Tuesday 7 January 2014

~Dua tahun yang lalu~ Part II

Bersambung balik cerita Part I..

Baby ok, cuma aku yang ada masalah sikit..hari yang kedua selepas bersalin, aku demam, Dr bagi makan PCM, dah lama giler aku tak makan ubat2 ni..sbb aku jenis yg takut ubat sbb tak nak ubat tu berada lama dlm badan, takut ada effect lain pulak bila sentiasa bergantung dgn ubat..haha..ada gak orang macam tu ek.. aku ler tuh.. Pukul 8mlm nurse bagi aku 2 biji sekali mkn, tp aku aku makan sebiji je..jadi, panas badan aku tu xkebah lg..menggigil2 aku..rasa sejuk, tapi dlm panas..pukul 2pagi, nurse bg ubat lagi, kali ni aku telan la 2 biji tu..mudah2an cpt kebah..tp bbrp jam lps aku mkn ubat tu, aku rasa gatal2, kat tanganla..kaki la..badan la.. esoknya ingat nk discharge dah, tapi tengok2 satu badan aku merah2 mcm udang kene bakor.. Slps Dr check, rupanya aku alergic dgn PCM..demam aku pun masih turun naik, tekanan darah amat rendah, heartbeat aku tinggi..so, Dr tak benarkan aku keluar ward lagi..diorg suspect aku ada infection..sebab tu aku demam..

Dr cari punca aku dapat infection tu dari mana..mula2 igt mungkin ada sisa2 uri/plasenta yang masih tertinggal dlm rahim..Dr kata, kalau ada yg tertinggal, kene buat operation untuk buang sisa2 tu.. seriaunya aku dengar.. dah elok2 bersalin normal, nak kene operate pulak..pastu Dr kata, sebelum buat operation, perlu scan dulu nak pastikan betul2 ada ke lagi sisa uri yang tertinggal tu.. alhamdulillah.. setelah discan, memang xde yang tertinggal.. lega aku mendengarnya..dalam masa yang sama, aku masih demam lagi..

Lama jugak demam tu turun naik, last2 diorang masukkan aku ke ICU..hu..sedih..penuh wayar kat badan aku..masukkan air+antibiotik.. setiap hari kene amik darah nak tengok bilangan sel darah putih aku masih tinggi atau sudah berkurang, kalau masih tinggi bermakna badan aku tengah dlm proses untuk melawan jangkitan..sekalinya mmg tinggi, pastu sel darah merah aku pulak yang rendah..jadi anemia pulak..dah kena masukkan darah.. 2 pain lak tu..baru merasa sakitnya masukkan darah tu.. hari demi hari, aku rasa dada aku berat sangat.. nak bernafas pun susah.. aku bagitau husband mungkin sebab byk sangat kot diorang masukkan air..lagi satu, sebab diorang tgk urin output aku rendah, padahal dah minum air..sebab tu diorang masukkan air sebab tak nak aku dehidrasi.. esoknya aku bagitau Dr, yang dada aku berat.. Dr cakap dia akan buat x-ray kat dada nak tengok banyak ke air dlm paru-paru aku.. sekalinya tengok result memang banyak.. dugaan lagi, sabar je lah.. Dr kata, kalau terlalu banyak, dada aku perlu ditebuk utk mengeluarkan air tersebut.. sekali lagi aku rasa seriau.. takutnya.. dalam masa yang sama aku masih batuk2 lagi..batuk2 yang mcm xlepas..rasa sakit sgt dada..

Dr rujuk aku utk jumpa fisioterapi.. fisioterapi ajar aku cara bernafas yg betul.. sbb cara bernafas aku salah..aku pun xperasan sebenarnya.. ini sbb nafas aku jd pendek2, heart rate aku tinggi, tekanan darah rendah..dia juga ajarkan aku tiub bebola dlm alat tu..ntah apa nama alat tu..lepas tiub je, mesti aku batuk, bila batuk, pasti keluar lendir2 likat warna lutsinar..dia kata mmg bagus keluarkan lendir tu..mmg bykla keluar..husband aku selalu bg semangat kat aku utk guna alat tu..sbb makin byk buat latihan tu, makin byk lendir yg keluar..aku rasa lendir tu la yg memenuhi paru2 aku..sebab tu aku rasa nafas aku berat sgt.. rasa xcukup oksigen bernafas..

Setelah tiba hari aku kene x-ray semula dada, Doc ckp, air dlm peparu dah berkurang, jadi dada aku tak jadi ditebuk...alhamdulillah..syukur sgt2..rasanya pengalaman bersalin kali ni sgt2 menguji macam lepas dr kandang harimau masuk pula mulut buaya.. macam2 berlaku.. macam2 doc pakar yg aku kene jumpa...11 hari aku berkampung di hospital termasuk 2 hari di ICU.. Perkara yang paling menyedihkan aku ialah bos kat tempat kerja aku xluluskan cuti bersalin 90 hari..alasannya aku tiada pengganti..memang kejam..aku tak kisah kalau aku bersalin takde komplikasi.. tapi lepas bersalin ni Allah dah takdirkan aku dpt sepsis ni, pun dia tak peduli..takde hati perut dan tak de perikemanusiaan... last2 aku cuti 60 hari je..dia cakap kalau aku tak sihat lagi, minta mc.. yang paling aku tak boleh terima ayatnya ialah tu lah kamu bersalin lg kt private lagi, kan dah kena..kita ada pakar2 dr gov.. cuba la terima rwtn di gov...heh..hello! suka hati aku la nk bersalin kat mana.. pd aku, xkisah bersalin kt mana pun kalau menda dah nk jadi nk buat mcmmana..masa aku dlm pantang, ada junior sekolah aku yg kene sepsis. tp dia kena masa tu dia masih mengandung lagi, akhirnya dia dan kandungannya tak dapat diselamatkan..dia dirawat di hosp gov.. sedih aku dgr berita tu.. nak je aku bgtau dia, kalau mende nk jadi xkira hosp private ke gov... ada ke patut dia cakap mcmtu.. dah la dia tu berkhidmat dgn kkm tp langsung tak sokong apa yg kkm cuba perjuangkan... cuti bersalin 90 hari.. title dia Doc ok... padahal suami aku bkn kerja sektor kesihatan pun, bos dia sgt prihatin dgn kesihatan pekerja.. inikan pula dia yg dah sah2 sektor kesihatan, Doc lg.. mmg tak patut..

Nak je suami aku buat aduan ke kkm, tapi aku tak bagi sebab mesti aku kene blacklist dgn dia..kebetulan waktu aku bersalin tu, ada gak staff yg bersalin, dia pun xdapat cuti 90 hari..so, suami dia buat aduan di kkm..last2 bos aku kene mengadap pengarah..nak je aku ckp padan muka dia..geram tul aku.. selepas dr itu, semua staff dpt cuti bersalin 90 hari.. blk dari dia kne jumpa pengarah, dia suh seseorg staff tya sama ada akukah yg buat aduan tu.. kenapa dia tak tya direct je kat aku?? takut?? aku ckp terus terang mmg bukan aku yg buat aduan tu.. tu la dia mmg nk cari sampai lubang cacing sapa yg buat aduan.. padahal bkn aku yg buat aduan tapi aku tetap kena tempias blacklistnya.. dlm meeting pencapaian aku mesti kene.. bila aku nak jumpa dia utk pembelian, ada je nak cari salah aku.. sebab tu setahun yg lepas aku asik stress je dgn kerja..rasa nak resign je...kebanyakan staff ckp kt aku, kalau sy jadi awak mesti saya minta pindah..ada gak yg ckp, Najiha u very strong la..bos ckp apa pun, u tahan aje.. mmg ramai gk staff yg xtahan dgn dia dan bertukar ke tempat lain.. aku nak tukar ke mana? xterfikir lg nk bertukar ke mana2.. kdg2 dia ugut aku dgn markah SKT dan xde kenaikan gaji la..lantaklah..kdg aku fikir, biarlah..bkn dia yg bg rezeki pd aku.. aku bukan seorang yg mengejar gaji, pangkat dan kedudukan..

Setelah 2 tahun, baru ada kekuatan nk cerita semua ni.. =(

3 comments:

  1. sabar2 ehh... manusia.. mcm tu la..asik tgk salah org jer.. diri sendir..??

    mmm kuatkan semangat.. wat solat istikharah n tahajjud banyak2 ya.. in syaa ALLAH...

    ReplyDelete
  2. Seriau baca pengalaman yang nie.....setiap anak kelahiran lain-lain dan pengamalaman berbeza. Apapun aqil dah besar sekarang, nanti suh dia baca. hehehe...

    ReplyDelete

Hobi bertukar side income

  Assalamualaikum.. Sejak berhenti kerja 7 tahun yang lalu, aku mmg tak bekerja dan hanya menumpukan sepenuh perhatian pada anak-anak, suami...