Menurut kawan aku, Kobe ni canteknya waktu malam sebab disimbahi dgn cahaya lampu..kira hidup la waktu mlm..kalau kt Kyoto, kebanyakan kedai2 dh tutup, mlm xhidup..
tp kitorang sampai Kobe kira dh lewat petang..mujur sempat nak tengok peninggalan sejarah iaitu kejadian gempa bumi yg berlaku sekitar tahun 1995..kerajaan Jepun masih menyimpan tempat ini utk dijadikan tinggalan sejarah..
kalau korg pandai baca, silalah baca...aku buta huruf..nak translate pn xreti..hehe..
lepas amik gambar kt tempat ni kitorg bergegas ke Masjid Kobe, sbb nak masuk Maghrib dh..igtkan dekat je..rupanya bapak jauhnya nak menapak ke sana...dr station train nak ke tempat ni pn kitorg berlari2 sbb nak kejar waktu..dahsyat sungguh..rasa xpenah nak hargai masa mcm ni..aku ni jenis yg kalau buat kerja relax2..bila sampai cni hambik ko..mmg kene pantas la bergerak...
ni gambar sewaktu Kobe kene bom tahun 1945, antara bangunan yg terselamat ialah Masjid Kobe..Subhanallah...
Masjid Kobe ni comel je saiznya..tapi bertingkat2..
tempat amik wudhu'..siap ade air sejuk&panas..
comel kan diorg susun selipar..stail diorg mmg cmtu..sbb senang org nk pakai, terus sarung je..kalau kt rumah2 diorg pn cmtu..siap2 susun, kalau nk keluar rumah, terus sarung je..xyah nak pusing2..
berhampiran dgn Masjid Kobe, ada banyak gak kedai2 yg menyediakan brg2 masakan &mknn halal, biasanya diorg jual biskut,rempah ratus dll..
ada gak restoran halal kt area ni..iaitu Naan Inn..rupanya restoran ni pernah dikunjungi oleh Siti Nurhaliza dan Aizat penyanyi tu..balik dr Jepun je, tgk la Program Jelajah Zizan ke Jepun saluran 105 Astro..dia pun ke situ jugak.. nasi beriyani dia fuh...mmg sedap..
kawasan dlm restoran ni pun xla besar sgt..comel2 je keluasannya..
laki aku siap amik gmbr kebersihan sinki..mcm ppkp la pulak...hihi...
kertas yg tampal kt dinding tu, tandatangan diorg...lupe nk hambik gmbr dekat..
yg tengah2 tu namanya menara Kobe..kat sini pemandangan dia cantik pd waktu mlm..
muka pun dah berkilat..hua..hua..
No comments:
Post a Comment