Sunday, 14 April 2019

EUROPE ~ Tips dan perancangan perjalanan

Pengembaraan ke Benua Eropah ni mmg memerlukan kami membuat research dan persediaan yang lebih teliti. Aku guna perkataan pengembaraan sebab rasa mcm mengembara pulak dgn hangkut barang2.. anak2 dan berpindah2 dari 1 tempat ke tempat lain.. hihi.. Husband pula banyak bertanya kpd kawan2nya yg telah sampai ke sana. Sementara aku byk baca blog2 org yg telah ke sana dan mencari tempat2 menarik untuk dikunjungi. Kebanyakan mereka menaiki train sepanjang berada di sana. Ada juga yang memandu sendiri dan ada juga yang ikut travel agensi. Kami pula bercadang untuk menyewa kereta, jadi, tak banyak blog yg bercerita pasal pemanduan di sana. Pada pendapat kami, bila drive kereta sendiri senang nak hangkut segala brg, ye la kami dgn 3 anak kecil jadi senang bergerak. kalau menaiki tren, kene ikut waktu dan tak dpt nak bayangkan dgn nak angkut segala mende, dgn nk jaga keselamatan brg2 lg. Macam2 aku baca pasal kt sana byk kes pick pocket profesional.. takut kelam kabut je. kalau drive sendiri boleh ikut waktu sendiri yang telah dirancang. Kalau tak ikut waktu yg dirancang susah juga sebab nanti drag masa. Mujur husband aku mmg jenis yang bersistematik. 

Disebabkan entri ni dah tertangguh beberapa tahun, maka aku akan kongsikan tempat2 yang aku dapat lawat dan apa2 perkara/tips yang aku ingat.. itenerary utk Europe ni sangat ringkas sebab kitorang drive. Tak macam kat Jepun kene study detail sikit sebab guna train dan ada masa yg tepat.. sekali dgn harga tiket. Senang nak budget cost utk pengangkutan.

So, penting utk pengembaraan Europe ni ialah:
1) Tiket flight - sama ada nak pilih yang transit atau direct~kitorang pilih transit kat Dubai
-pilih sama ada turun kt airport yang sama atau airport yg berbeza/sama ada negara yg sama atau tidak~ kitorang pilih negara yg sama iaitu Rome dan airport yg sama. Kalau masuk dan keluar dr airport yg sama harga tiket murah sikit.

2) Penginapan- beberapa tempat dan decide awal2 nak stay brp lama kat sesuatu tempat tu. Yg ni ptg sbb kwn husband pernah tiba2 tukar plan nk stay kt 1 tempat tu lebih sehari dan dah drag penginapan di tempat yg seterusnya. Yang ni aku ada buat entri khas mengenai penginapan. 


3) Pengangkutan- drive. Pastikan anda memiliki lesen memandu antarabangsa.. senang je nak apply, just pergi ke jpj then cakap nak buat lesen antarabangsa bayar RM 150 tu harga 2thn lepas. La ni aku xsure berapa.. sewa kereta, dari airport Rome then kene pulangkan balik kat tempat kita sewa lebih murah berbanding kita pulangkan kat tempat lain. Sebab tu kitorang decide masuk dan keluar dari airport yg sama. Pastikan kita sewa kereta sekali dgn GPS, kalau ada anak kecik, kene sewa baby seat atau booster seat. Disebabkan aku ada 2 kids dan 1 baby kene sewa 2 booster seat dan 1 baby seat. Kat sana wajib pakai mende alah tu.  Kat sana serasa aku xde tol so, sediakan duit minyak je lah. Cuma masa nak masuk Switzerland kene ada pas. Beli kat perhentian sebelum masuk Switzerland. Sewa kereta selama 12 hari ialah sebanyak €1000++ termasuk insuran sekali dan minyak kereta sekali. Bersyukur sangat kami ada byr insuran, nak dijadikan cerita kami mengalami kemalangan kecil semasa di Lake Como. Bahagian pintu hadapan belah penumpang kemek sikit, belah aku duduk pulak tu. mujur xde kecederaan berlaku. Alhamdulillah sgt. Kereta dia yg teruk bhgn hdpn. Masa hantar kereta tu xde kene charge apa2 pun sbb ada insuran. 




Kereta Ford apa ntah.. lupa pulak.. pjg sikit drpd yg ada kat Malaysia.. Kereta yang banyak berjasa membawa kami mengembara ke benua Eropah.



Pemandangan belakang tu sgt mempesona..



Bahagian belakang kereta.



Mujur muat segala beg yang ada.


Senarai negara yang dilawati:

1) Italy: Rome, Venice, Milan, Lake Como
2) Switzerland: Interlaken, Bern, Zermatt, Lucerne, Grindelwald, Lauternbrunen
3) France: Paris

Kitorang ambil masa selama 12 hari utk pengembaraan kali ini. Bermula dari Rome ➡ Venice ➡ Switzerland ➡ Paris ➡ Lake Como ➡ Milan ➡ Rome 


Perjalanan dari 1 tempat ke 1 tempat sgt jauh.. kene ikut masa yg telah dirancang supaya tak drag masa ke tempat yg selanjutnya. Antara tempat yg paling aku suka dan berangan2 nak pergi adalah Switzerland. Jadinya masa yg diperuntukkan di Switzerland adalah plg lama.. tu pun rasa tak puas lg.. rasanya tulah negara paling cantik yg pernah aku pergi.. opps.. cerita selanjutnya dlm entri Switzerland ye... hehe..


Biasanya kalau dlm perjalanan, kitorang solat kat mana2 tempat yg bersih.. kalau kat R&R diorang kdg ada bilik utk mandi, asing drpd tandas.. pastu ada ruang sikit utk salin baju, kat situlah kitorang solat. Jgn lupa bawa kompas.. Masa kat Venice, susah juga cari tempat yg bersih sebab byk tahi burung kat jalan2.. lorong2.. anjing pun byk.. anjing pun kencing merata-dinding2 dan tiang2.  Jadinya solat kat gereja, husband minta kebenaran dulu dgn penjaga gereja..dia bg.. pastu husband cari tmpt yg jauh dr tmpt org lalu2 dan bhgn yg bukan mengadap patung2 depa.. dlm gereja bersih..tawakal je la.. mana ada surau kat Venice.. 


Bab makanan pulak, kitorang byk bawa bekalan dr Malaysia~ beras, santan serbuk, biskut2, mknn dlm tin, nasi Brahim's dll. Sblm pergi search dulu restoran atau tempat mkn halal yg ada kat sana. Disebabkan harga brg2 mknn di Switzerland mahal, jadinya kitorang beli siap2 dari Italy~telur, sayur2 sikit, buah2, roti, air mineral. 




Depan supermarket di Mestre, Venice sebelum ke Switzerland.



Kene timbang dan tampal pelekat sendiri. Kat Malaysia bangla tolong timbang 😜 

Lagi satu, kat Italy ni nak pegang buah atau sayur perlu pakai sarung tangan plastik yg disediakan, untuk mengelakkan kontaminasi agaknya. sebab kitorg kene tegur sebab xpakai sarung tgn masa pilih buah. Mana kitorang tau sblm tu. 


Tu dia byk borong bekalan mknn. 

Bab pakaian pulak, seperti biasalah ikut suhu, time aku pergi tu kira penghujung musim sejuk. Kt Italy dan Paris xsejuk sgt berbanding Switzerland, masa tu la. Pakai long john, baju yg kain kapas dan jaket. Time berangin mmg bertambah2 sejuk.









Wednesday, 10 April 2019

Trip Europe I : Venice, Italy

12 March 2016

Perjalanan dari Rome ke Venice mengambil masa lebih kurang 5 jam 30 minit, campur berhenti2 lbh krg 6 jam jugala. Kami stay di Mestre, bahagian darat dan bkn di Pulau Venice. Apartment ni, tak jauh dari Stesen Venezia-Mestre. Kami stay kat apartment ni selama 3 hari 2 malam.


Banyak giler bekalan makanan yg dibawa



Makanan ruji tidak dilupa..heheh

Benda terpenting bila bawa travel, sabun taharah. 

Awal2 pagi 13 March 2016, kami bertolak dr apartment yg disewa utk ke Venice.

Dari Stesen Venezia -Mestre ke Stazione Venezia Santa Lucia lebih kurang 12 minit naik train. Boleh juga kalau nak naik bas. Hari ni seharian kami di sini.

Sesampai sahaja di Venice, kami mengambil peluang untuk menaiki gondola, harga xingat dah.


Tempat servis gondola


Pengalaman yg tak dpt dilupakan dpt naik gondola ni. Alhamdulillah..
Aqlan xtgk camera pulak..


Payah juga nk amik gambar lengkap semua orang pandang camera. xpelah yg ptg gambar mak ayah helok..


Inilah Venice.. kata kawan husband aku sungai ni berbau waktu summer. nasib kami pergi penghujung musim sejuk, jadi xdelah berbau.. hee..

Kami berjalan kaki segenap ceruk bandar Venice ni. Aqlan duk dlm stroller. Sebenarnya waktu ni Adam demam. waktu dia tak larat jalan terpaksalah Aqlan didukung, Adam duk dlm stroller. Aqil alhamdulillah kuat kaki dia berjalan. Agak penat jugak la utk kami yg bw anak2 kecil ni berjalan2.. tapi kami berhenti2 la, nak cari  tempat yg dlm plan kitorang bukannya senang, asik sesat je.. lebih sesat masa nk cari jalan keluar dr Venice..haha..

Tempat-tempat yang dilawati di Venice:
1) Rialto Market
2) Rialto Bridge
3) St Mark Square
4) St Mark's Basilica
5) Doge's Place





Restoran Pizza Halal di Venice


Rialto Market


Berhenti sebentar utk minum2 petang sikit




Tempat wajib bergambar katanya, St Mark Square.


Adam dah tak larat sgt, kesian.. tp nak buat mcmmana kan terpaksa redah je lah. dah nk keluar dr Venice. Hari pun dah nak malam. Aqil la paling kesian berjalan. Suhu mmg sejukla time ni.. Esoknya Aqil pulak yg demam, Adam dah sihat.

Selepas Venice, kami akan bergerak ke Switzerland pulak.. 



Trip Europe I : Rome, Italy

ROME

Sebelum aku meneruskan cerita tentang tempat-tempat yang dilawati, nak bagitau yang kat Italy ni ada sesetengah tempat, pelancong tidak boleh memandu di kawasan tersebut. Biasanya kawasan tengah bandar, sebab tu la kitorang ambil apartment yang berada di pinggir bandar, bukan di tengah-tengah bandar. 


Antara tempat yang dilawati di Rome ialah:

1) Spanish Steps
2) Colosseum
3) Roman Forum
4) Palatino

Tempat2 yang aku bgtau kat atas tu, kitorang pergi naik train. tempat2nya pun berdekatan. Hotel tempat kitorang menginap tu berhampiran dengan train station. 




Bergambar depan Colosseum, blkg tu mmg ramai org la..



Gambar bahagian dalam Colosseum, nak masuk dalam ni kene beratur, better beli tiket online siap2 sebab terhad juga yg boleh masuk dlm satu2 masa.



Kadang2 nak minta tolong orang lain amik gmbr, tak memuaskan hati sebab angle tak betul. Bila sendiri amik gambar, ha.. kan diri sendiri yang takde..



Yg ni kitorang naik bas hop on hop off.


Hello! Hello! encik ni mata buka ke tak dlm tu.. haha..ade ke patut jalan jauh2 ke negara orang tutup mata plak .. 



Ni kat Palatino.


Spanish Steps ni tempat orang lepak2, sangat ramai orang kat sini.

Disebabkan entri ni sebenarnya dah tertangguh beberapa tahun, jadi aku tak ingat sangat nak cerita secara detail tempat2 ni. Sepatutnya ada 2 hari yg patut dihabiskan untuk melawat tempat2 ni, tapi sebab hari yang kitorang sampai tu, kitorang semua dah flat.. penat sgt, waktu kat Rome ptg, kt Malaysia dh malam, mmg sgt mengantuk dan tak larat nk berjalan. Jadinya keesokan harinya baru kami melawat tempat2 yang dah dirancang. Di Rome, kami stay 2 hari 1 malam. Seterusnya kami akan bergerak ke Venice pula.

Thursday, 4 April 2019

Resepi Banana Choc Moist Cake

Bahan-bahan

150g unsalted butter
1cup brown sugar
2 eggs beaten
5 bananas (extreme moist)
1 cup plain flour
1 cup wholemeal flour
1 ts bicarbonate soda
1/2 ts salt
1/2 ts vanilla
3/4 cups choc coin chopped

Cara-cara

1. Lenyekkan pisang kemudian ketepikan
2. Pukul butter dan gula hingga kembang
3. Masukkan telur satu persatu hingga sebati
4. Masukkan tepung, garam, soda bicarbonate, vanilla dan pisang yg dilenyek tadi
5. Akhir sekali masukkan choc coin dan gaul sebati
6. Masukkan dlm loyang dan bakar dlm suhu 170°C sehingga masak.


Kali ketiga aku buat, guna 3 biji telur, pisang 3 biji,tambah baking powder 1/2 sudu teh dan sedikit serbuk kayu manis.. sedap.. kek naik tinggi sikit.

Pisang yang aku gunakan ialah pisang cavendish.. mmg besarla saiz dia. actually nk guna pisang apa pun boleh.. agak2 je kuantitinya. Selamat mencuba..

Thursday, 16 November 2017

Arissa ~Start Makanan Pelengkap~Makanan baby 6-8 bulan

Assalamualaikum..
Sedar tak sedar baby Arissa dah nak masuk 8 bulan. Mula agak nerves nk mulakan Arissa dgn solid food. Ntah papekan padahal anak dah masuk 4. Aku start bagi Arissa makan masa umur dia 180 hari~6 bulan la.. aku mulakan dia dgn bubur nasi kosong 3 hari..pastu baru puri sayur carrot 3 hari.. puri brokoli 3 hari..kalau ikutkan 4 hari tp aku mcm xsabar dan boring asik mknn yg sama.. so far Arissa xde alahan .. bila dia dh ok dlm penerimaan mknn dan agak gelojoh juga ketika mkn, mana taknya masa umur dia 4-5bln mcmtu dh terliur tgk org lain mkn, aku xnak mulakan makanan pelengkap terlalu awal.. perut baby belum bersedia lg nk terima mknn+sistem pencernaan baby belum matang sblm umur 6bln.. tang ni aku ikut guideline.. lagi 1 byk aku baca kt blog2 org, diorg start bg puri buah dulu drpd puri sayur.. kalau ikut bos aku dulu kt Jab Kesihatan Neg Selangor, bahagian pemakanan dia ckp bagi puri sayur dulu baru buah sebab bila kita dah start buah dulu, baby akan suka rasa buah yg lebih manis, bila nk bg sayur nnt bby xnak sbb sayur biasanya kurang rasa. 

So better bg sayur dulu, bila baby dah boleh terima sayur, baru kita perkenalkan buah. 

Cara aku, walaupun aku tak bekerja, kerja di rumah memang banyak ... aku prepare puri sayur banyak2..dan puri buah sejenis. Antara sayur yg aku gunakan ialah carrot, brokoli, kacang buncis, labu manis dan kacang peas. Buah pula, setakat ni buah epal. Pernah juga beli buah lai.. tp xsempat dipurikan, abg2nya dah habiskan dulu.. Stimkan dan blend, pastu frozenkan dlm bekas ais berpenutup. Bila dah beku, aku pindahkan kiub2 puri tersebut ke dalam ziplock, catat puri apa dan tarikh. Beli bekas  tu kat Daiso.. harga RM5.60. Pastu dlm 2-3hari sekali aku akan masak bubur nasi+stok ayam yg dibuat sendiri@ayam.. Biasanya aku akan keluarkan siap2, malam sebelum atau awal pagi kiub2 puri sayur dlm bekas kecil dr freezer ke chiller. Aku akan keluarkan 3 ketul, 1 utk sarapan, 1 utk mkn tengahari dan 1 utk mkn mlm. Kdg2 aku bg puri epal sebagai snek, tu pun tgk keadaan..kalau nampak dia mcm lapar je.. 


Dari kiri puri brokoli, puri epal, puri carrot


Puri kacang peas~setelah dikeluarkan dr bekas ais.
Puri japanese sweet potato.. sedap, yg ni kadang2 aku bg dia makan macam tu je, kadang2 campur dlm bubur nasi
Yg ni puri carrot+saleri+kentang-sayur2 yg aku masukkan masa buat stok ayam. So sekali kerja je lah.. stok ayam dapat..puri sayur dapat..
Puri labu manis.. nak cari butternut squash xjumpa2 lg..
Stok ayam yang aku buat sendiri..ayam dan tulang ayam dh tenggelam dalam tu tak nampak dh..masukkan carrot, saleri, bawang kuning sikit.. xigt ada letak bawang ke tak yg ni..kdg letak..kdg tak letak..xde tambah bahan perasa..xde gula.. xde garam.. biarkan rasa semulajadi ayam dan sayur2an je ok..
Stok ayam yang telah siap utk dibekukan.. masa nak buat bubur nasi, campak 1 ke 2 ketul dlm tu..baru rasa sedap sikit baby makan.. xde la plain sgt.
Yg ni pulak..lepas aku tapis stok ayam, ada sayur2 n daging ayam... so, aku blend utk jadikan puri..belah kiri tu isi ayam, belah kanan tu geng2 sayur dr stok ayam. Kdg2 geng2 sayur stok ayam ni aku campak dlm bubur nasi.
Bekas2 yg aku gunakan utk buat puri ni semuanya berpenutup.. ini bertujuan utk mengelakkan kontaminasi silang dlm freezer kita tu..tak nak ada bau lain pulak yg melekat pd puri tu.
Bila puri2 tu dah beku, aku keluarkan dan masukkan ke dalam plastik ziplock. Catatkan tarikh dan nama puri.
Yang ni pulak bubur nasi+stok ayam yang sudah diblend. Aku akan masukkan dalam bekas kecil2 utk sekali makan. Dlm bekas tu agak2 je la letak bubur nasinya sebab nanti aku akan tambah lg puri sayur dlm tu masa nak makan.. agak2 Arissa habis.. xde la penuh..dlm setengah atau 3/4 bekas tu. Biasanya aku masak utk 2-3 hari macamtu.
Kadang2, aku buat bubur nasi tu tambah stok ayam+jagung manis sikit+kacang peas sikit..tu kaler dia lain mcm sikit.
Kalau rasa yg sama masa makan yang berturut, biasanya aku tengok Arissa mcm boring..mula la dia dongak2kan kepala la.. xnak buka mulut la.sembur2la...jadinya, apa yg aku buat ialah rasa yang berbeza setiap kali waktu makan.
Contohnya: 
Sarapan: bubur nasi+puri brokoli
Tengahari: bubur nasi+puri labu
Malam: bubur nasi+puri kacang peas/kcg buncis
Kali ni aku dah terus masukkn ayam dalam bubur tu siap2.. usia Arisaa pun dah nak masuk 8bulan.. aku tak sempat lagi beli ikan utk bg Arissa makan..

Selain nasi, aku juga pernah bagi Arissa makan spagetti+stok ayam pastu blend. Ada masa aku bagi oats+puri epal. Kadang2 beras putih+beras perang. 

Masa umur Arissa 6 bulan, aku bg tekstur bubur yang sedikit cair... semakin bertambah umur, aku bg tekstur yg lebih pekat lagi..kang nanti bila dia dah start tumbuh gg, tekstur bubur akan berubah lagi.. lebih kasar supaya dapat melatih dia menggunakan gg, gusi dan rahang semasa makan.
Semoga Arissa membesar dengan sihat ye nak..

Friday, 20 October 2017

Breadmaker Panasonic SD-P104

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama ku survey2 breadmaker, akhirnya dapat juga beli.. asalnya survey dari tahun lepas lagi.. tp ntah tiba2 tak jadi beli.. tahun ni baru survey balik dan hasilnya terbelilah breadmaker brand Panasonic SD-P104 ni..
Pada 14-15 Okt 2017 yg lalu, kat Aeon  ada sale sempena Deepavali, harga utk breadmaker ni RM699 setelah diskaun. Harga asalnya kalau xsilap aku RM899 ke RM900++ aku tak igt pulak. Bila nak beli sekalinya tak ada stok kat Aeon Cheras Selatan. Pastu call Aeon Equine, diorang pun xde stok. Diorang cakap kalau stok dah sampai nanti diorang call.

Esoknya, pegi Seng Heng saja la tengok2 kot ada sale juga.. sekalinya harga ahli mmg sama dgn harga sale kat Aeon.. kehkeh.. saje je diorang ni.. Husband aku cakap hari tu beli washer-dryer ada voucher boleh redeem.. RM375 tu.. sapa nak bagi cik kak oii.. boleh la guna utk beli breadmaker ni cuma top up sikit je lg.. Alhamdulillah dapat juga beli...akhirnya bayar cuma RM 324 je.

Nyaris2 tahun lepas nak beli Panasonic P2001W, saiz dia besar sikit dari SD-P104. Husband aku cakap alang2 nak buat roti biarla besar sikit sebab anak ramai kang tak cukup..haha.. padahal aku risau ntah sedap ke tidak..ntah jadi ke tidak rotinya.. aku survey2 tak de pun review pasal P2001W ni.. tu yg xjadi beli. Sebab kat oversea mungkin no siri dia lain kot.. Yg aku beli ni ramai juga yg beli tp mostly chineese la.

Aku berkenan juga brand Kenwood BM 450, baca review dia ckp terlalu sensitif sbb ia touch screen.. pastu xdpt nak tgk nombor dgn jelas. Katanya BM450 better dari BM250.. design dan bentuk Kenwood BM450 mmg elegan la.. tp kalau xpraktikal xyah la..
Ni lah rupanya gajet terbaru.. harap2 rajin la meroti.. malam hari breadmaker tu sampai terus aku test2.. tp aku mmg xreti buat roti.. bentuk roti pun pelik.. tp tibai je la..

Malam ni aku try buat roti paun pulak.. ntah jadi ke tidak ni.. harap2 jadi ler..

Friday, 13 October 2017

Rutin Surirumah~

Assalamualaikum..
Sejak dah beranak 4 ni memang bertambah bz.. sampai tak sempat nk jenguk blog sendiri.. apatah lg up status kat fb.. lg jarang.. baca pun sepintas lalu je apa2 yg lalu kat wall. Birthday kawan2 pun dah lama xwish.. 

Sekarang ni aku banyak tengok ig je.. teruja tgk blogger2 share gambar diorang masak2, baking2.. rasa nak buat roti sendiri tapi aku tak pandai uli.. pernah try nak buat roti tp keras keletung..haha.. masa nilah rasa nak ada bread maker. tengah survey2 bread maker mana yg paling ok. sebab anak2 aku suka sangat makan roti, rasanya dah tiba masa nk buat roti sendiri. 

Sejak menjadi surirumah ni, aku jadi superduper busy, jadi driver hantar dan amik Aqil pergi dan balik sekolah, mujur si abang sulung tu van yang amik dan hantar balik rumah.. mandikan si baby yg dah 6 bulan lebih dan abg baby yg dah 3 tahun lebih ni, sediakan makanan diorang, belum lagi dengan nak hadap perangai anak2 yg macam2 kerenah, pening kepala wei.. tapi puas hati sebab dapat tengok anak2 membesar depan mata. 

Aku suka tengok orang yg pandai masak macam2.. nak jugak jadi mcm tu.. aku waktu tengahari masak mana yg sempat je. ringkas2, kalau ada balance lauk mlm tadi, makan yg tu je lah.. tak pun tapau je tepi jalan atau Kedai Makan Gulai Panas.. balik dari amik Aqil, kadang2 singgah mana2 kedai kot2 nak beli barang2 dapur yg dh habis. lepas zohor biasanya aku tidurkan Arissa, aku pun rehat sekejap.. lepas tu baru gigih nak masak utk makan malam atau baru nak sidai kain, mesin basuh tu nak basuh je dah 3 jam.. kadang aku start lambat, lambat la dia siap.. time tu ngam2 matahari dah kat belakang rumah, jadi bila aku sidai baju, sekejap je dah kering.. pukul 3 -4 dah boleh angkat baju. tapi kalau hari mendung dan gerimis sikit2 macam hari ni.. rasa lemau je nak buat kerja rumah.. time ni barulah guna dryer..

Petang lepas asar, baru aku start vacum rumah dan kemas rumah..kang laki balik tak la nampak rumah mcm kapal pecah.. haha.. rumah aku ni kalau sehari tak vacum memang berhabuk semacam.. kadang2 settle masak, vacum tak settle.. bila settle kemas rumah mop, lap habuk, vacum segala masak pulak tak settle.. aku sorang je ke macam tu.. tak siap2 kerjanya.. haih.. kalau anak meragam lagi delay la masa nak settle2 semua mende..

Bab gosok baju, selalu buat hari sabtu atau ahad.. kalau weekend tu ada program lain atau keluar jalan ke, terbantutla kerja menggosok baju.. kang malam2 buta stay up gosok baju.. tu pun gosok mana yg perlu je.. ada lagi balance yang tak settle.. adeh... 

Lepas Adam balik sekolah dalam pukul 4.30-4.45pm cmtu, nak suruh dia mandi dan solat asar je dah makan masa berejam.. time tu la dia lapar sangat2 la.. padahal dia nak tengok tv sambil makan, tu alasan dia.. mmg balik sekolah aku tau lapar, tp lepas makan sikit2 tu pegi la mandi dan solat asar.. ni kdg sampai pukul 6.30pm baru nk pi mandi.. adehh.. lepas maghrib, ajar Adam, Aqil dan Aqlan baca Qiraati.. Aqlan tu kalau sempat je dan mood dia ok baru ajar. Ajar Qiraati kalau nak cepat kene bahagi2, sorang baca dgn aku, sorang baca dengan ayah dia.. Lepas baca Qiraati baru makan malam, tengok keadaan sama ada aku atau ayah dia suap atau makan sendiri.

Kalau time nak dekat exam, atau hari exam, masakla Adam mengadap belajar dgn ayah dia. Biasanya ayah dia ajar BM, BI, Math, Sains, PJK. Aku pulak, Bahasa Arab, Pendidikan Teras Islam, Jawi, Quran, Seni. Kadang2 mana2 je ikut dan. Adam kalau belajar dgn ayah dia memang fokusla, tak bergerak dari kerusi kecuali nak minum atau ke tandas. Kalau dgn aku, kdg2 dia boleh ngelat2 lagi.. main2..  

Baru2 ni Adam habis exam akhir tahun, harap2 dapat markah yang cemerlang, setakat ni markah dia atas 90 , ada 1 subjek je yg 80 lebih.. Adam ni mmg kene bg perhatian lebih.. kalau tak nanti dia xfokus dan main2..

Okla, penat dah luah kt blog..misi survey bread maker perlu diteruskan!!!

Wednesday, 30 August 2017

Tadika Part II

Assalamualaikum..
Lama sungguh tak bersiaran.. tak sempat wei.. nak menguruskan anak 4 orang, kelam kabut dibuatnya.. tak dan nak menghapdet blog.. 

Dah lebih setengah tahun dah ni..kejap je dah bulan 8.. Dah nak masuk bulan September dah pun.. Tahun ni Aqil sekolah di Smart Reader Kids.. tahun lepas dah booking kat Sekolah Tadika Khalifah Bestari RM100.. kononnya kot2 la Adam dpt Al-Amin, so, Aqil boleh lah sekolah tadika under Al-Amin..senang nak hantar dan ambil.. hangus je la RM100 tu..  Pastu sekalinya Adam dapat sekolah kat Seri Abim, Sg Ramal.. so, booking la si Aqil kat tadika under ABIM juga. RM 100 juga bookingnya..

Last minute, husband aku tanya pasal silibus utk 5tahun.. cikgu tu cakap basically 5 tahun pun kebanyakan yg dtg baru first time bersekolah..mean masa 4tahun xsekolah lagi. Jadi cikgu tu cakap 5tahun ajar yang basic2 je.. kami bertukar fikiran utk cari sekolah lain untuk Aqil sebab takut Aqil bosan bila belajar yg asas. Aqil ni pada kami dia agak advance sebab dia dah sekolah sejak umur 3 tahun dan diri dia sendiri yg bersemangat utk belajar plus ingatan dia agak kuat. So, tahun ni husband target nak bagi Aqil improve BI dan nak bagi dia berkawan dengan kawan2 yang berlainan bangsa sebab plannya sekolah rendah nanti nak sekolah agama. Sekarang la masanya bagi dia kenal dan kawan yg berlainan bangsa. Nanti sekolah agama jumpa Melayu Islam sahaja.. 

So far tengok perkembangan Aqil okla kat Smart Reader ni.. ayah dia target nak Aqil pandai speaking English.. teacher dia ckp kat rumah pun kene cakap BI. Setakat sikit2 tu boleh la.. lebih dari tu serahkan pd en suami lah ye.. haha.. 

Smart Reader ni ada exam juga.. cuma dia xde la nombor2 ikut ranking.. hari tu Aqil xsempat study sangat pun..sempat baca sikit2 sebab balik kampung sblm raya.. Tawakal je lah.. Alhamdulillah Aqil boleh jawab.. semua subjek dia dpt 100%.

Masa report card day, teacher dia cakap Aqil cepat belajar dan dia boleh ajar kawan dia mana yg tak faham. Cuma Aqil kalau sentap sebab adala dia terbuat salah ke.. kene marah dgn teacher ke..terus merajuk masuk bawah meja.. mood pun terus spoil..hai.. Aqil2.. kat rumah pun sama.. ibu dah masak sangat perangai Aqil.. Harap2 tak sampai ke besar ye Aqil..

Sekolah ni bagusnya teacher akan tunggu murid2 kat tepi Papa Rich pukul 7.30am-8.00am. Teacher sendiri yg akan buka pintu kereta dan pimpin tgn murid.. pastu murid2 beratur dgn diiringi guru ke sekolah diorang yg berada di tingkat 1. Aku dgn baby dan toddler ni payah juga nk hntr ke atas.. balik sekolah pun sama.. pukul 11.50 -12.10pm camtu diorg dh tunggu.. dan hantar murid2 ke kereta.. drive thru je hantar dan amik Aqil ke sekolah.. senang utk aku yg ada anak kecik ni..

So far, aku tengok Smart Reader ni banyak improve vocab Aqil. Bagusla.. setiap hari Jumaat dan sblm school holiday mesti ada homework.. Selalunya aku suruh dia siapkan hari Jumaat jugak lepas balik sekolah supaya lepas tu dia dah tak hadap homework lg, bolehla main ke tgk tv dengan riang.. tapi kengkadang aku dh lemas sgt dia asik ngadap tv aku bg je dia buat dlm buku kerja yg beli sendiri. Mujur la dia ni mmg jenis yg sukakan cabaran.. cepat je siap kerjanya.. 

Cuma sekolah ni kurang sikit pelajaran agamanya.. cuma ada jawi, iqra' aku xsure la.. tp aku kat rumah ajar sendiri iqra' tp sejak Adam Sekolah Abim, terus tukarkan dia dgn Qiraati. Kat sekolah ni xdela solat dhuha. Tahun depan plan nak hantar Aqil sekolah islamic balik sbb fokus utama tahun ni nak dia improve English je. 

Yang aku suka Smart Reader ni, bila dia ajar vocab sekali dgn gmbar..so budak terus akan igt maksud nya. Contohnya mcm dlm gambar ni : 



Kadang2 dia akan guna perkataan lain utk benda tu, so secara tak langsung aku juga belajar.. improve vocab aku jugak..hikhik.. 
Pernah 1 kali tu, dlm homework dia aku tak tahu maksud cob siap google lg nk tau ape kebendenya.. ada gambar, tp xdpt agak sekalinya rupanya cob tu bun jagung.. adeh.. 
Manela aku tau.. 

Biasanya homework yg teacher dia bg merangkumi semua subjek yg dia belajar. Yg aku nmpak sekolah ni, bila budak dah biasa tulis.. byk homework secara tak langsung ia melatih budak pandai tulis dan bonusnya tulisan dia cantik.. 

Dah terlipat2 dah homework sheetnya.. haha



Utk yuran pulak, setiap 3 ke 4 bln sekali bayar.. dia ikut term. Bukan byr bulan2.. 

Sambungan kisah Barium Swallow dan Endoscopy

Assalamualaikum.. Sambungan kisah semalam. Pada 16/10/2026 (Jumaat) aku pegi lah KPJ Damasara 2 tu untuk buat prosedur endoscopy dan xray tu...