Thursday 1 May 2014

Turki: Hari Keempat di Ephesus Part I

Pagi2 lagi seawal jam 4 pagi kitorang dah bersiap2 utk ke Airport..

Pukul 5 pagi, kami dah bersedia depan hotel dan bergerak ke Ichatlar Terminali-Domestic Terminal dengan menaiki van yang telah disediakan dlm pakej. 


Kami akan ke Izmir, tempat yg jauh dr Istanbul, disebabkan kami bersama 2 budak kecil, jadi, naik flight adalah pilihan yg tepat..kami naik Airlines tempatan, tak ingat apa namanya.. perjalanan lebih kurang 45 minit. kalau naik bas, ia memakan masa selama 6 jam..oh.. xmungkin..lama sgt dlm perjalanan nnt..kami menggunakan tourist guide selama 2 hari 1 malam di kedua2 tempat ini (Ephesus dan Pamukkale). Sebanyak 1550TL untuk tour ni  termasuk tiket flight, (2 adult, 1 child dan 1 infant) hotel, breakfast, lunch, dinner dan tiket masuk ke tempat2 bersejarah.. semasa di Istanbul kami tidak menggunakan tourist guide, cuma selepas balik dari Izmir ni, kami sambung berjalan lagi di Istanbul, cuma naik bas Hop On Hop Off, tu nanti aku cerita kemudian.

Di sini kami akan menginap di Kusadasi, kawasan di tepian pantai.. Sebelum check in hotel, kami ke The House of Virgin Mary, aku tak dengar sgt tourist guide ni cerita apa kat sini sebab sibuk mengawal budak2, mana taknya..diorg sedang aktif lari sana lari sini..main daun.. husband aku je yg dengar..he..

Aku rasa kat sini diorang main daun, harapkan rumah aku..memang takde ler..celah mana pokok nk hidup...hehe..
 Seperti biasa tempat2 macam ni ada banyak lilin..dan tempat buat hajat..tulis hajat pastu gantung kat situ..macam kat jepun pun aku ada jumpa macam ni kat temple diorang..
Lepas tu, baru kitorang ke Ephesus pulak..
Mendengar penerangan dari tourist guide..
Ephesus ni banyak tempat bersejarah, sebelum ke sini, aku tak sempat nak baca2 pasal tempat ni..rugi je rasa sbb kurang sikit pengetahuan pasal tempat ni..cuma ingat2 lupa je..ada dalam buku sejarah..
 Luas tempat ni dan jauh jugak nak menapak..ramai betul orang..mujur laluan ni sesuai juga untuk stroller budak2..
Ni lah dia tandas zaman dulu..
yang ni pulak library
Lepas habis menjelajah tempat ni, kitorang pun lunch makanan tradisional Turki..
 Selamat Menjamu Selera~
Spaghetti ni untuk budak2..

Nanti sambung lagi ye..sebab mcm dah panjang sgt dan byk gambar pula..



5 comments:

  1. Assalamualaikum sis,

    Blh tanya x sis pakai travel agent aper yer utk trip ke Ephesus ni?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.. maaf lambat reply, sebenarnya tak tau nak explain macammana..sebab tak reti nak baca dlm resit dia..hehe.. travel agent ni kitorang amik yg dekat2 dgn hotel penginapan kitorang semasa di Istanbul. tak ingat apa namanya cuma ada no tel dan email yg terdapat dalam resit ialah (0212) 638 57 15 - (0212) 458 32 15, newdeal34@hotmail.com..

      Delete
  2. awesome sangat lah artikle ini..:)
    jadi ingin kesanaa..:)
    https://plus.google.com/+FelixSiauw1453/posts/a2AnRMTGvq9

    ReplyDelete
  3. bace blog pengalaman org ke turki,tetibe terjumpe blog jiha...hehehe..

    haiiii jiha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..nani, malu pulak bila org yg dikenali baca blog sy..hihi..

      Delete

Hobi bertukar side income

  Assalamualaikum.. Sejak berhenti kerja 7 tahun yang lalu, aku mmg tak bekerja dan hanya menumpukan sepenuh perhatian pada anak-anak, suami...