Tuesday, 20 May 2014

Family Hall Menjadi Ruang Bermain Anak-anak

Pada mulanya nak jadikan ruang ni sebagai ruang santai2 family..kengkonon nak letak tv kat situ.. tv pun xbeli lg..haha..post sebelum2 ni pernah tunjuk yg aku dah letak meja rendah kat situ..tapi hampeh sbb biasanya kami sefamily lepak kat ruang tamu bawah depan tv atas sopa je..takdenye nak lepak2 kat tingkat atas..

Kalau dulu petang2 ada gak sekali sekala bawa anak-anak ke taman permaianan yg berdekatan dengan rumah, tapi sekarang dah tak bawa dah sebab xlarat..lagipun petang2 selalu hujan..balik kerja je rasa nak berehat2...lagi2 sebab mengandung ni kn.. disebabkan rasa bersalah pada mereka, husband pun membelikan mereka papan gelongsor, rumah kecil tempat bermain, kuda, beberapa jenis permainan seperti blok2 kecil yang boleh disambung2, reptika farm animal dan rak bakul tempat menyimpan mainan mereka..aku xreti nak sebut apa nama maianan tu..tu ikut pemahaman aku je.. =P

So far, mereka menggunakan kawasan tu dengan sebaiknya..cuma, kadang2 mereka bawa turun maianan tu ke tingkat bawah atau ke dalam bilik aku utk bermain, yg tu aku tak berkenan, mmg kena bising mulut la bgtau kat diorg nanti kemas balik, masukkan semula mainan tu ke dalam bakul..


Antara hasil idea Adam dalam mencipta sesuatu mengikut kreativiti dia..tak sangka aku dia boleh buat macam ni..
Ni adam cakap pistol..
Yang ni bunga ok..
Yang ni tak sure apa..
Yang ni pulak ular...kaki tu bukan kaki aku tau, ni kaki Adam yang snap gambar ni..
Pistol panjang, tapi aku nampak mcam pedang pun ada..
Ni pun aku tak sure apa..
Kira berguna dan bermanfaat jugak apa yang kitorang belikan untuk mereka.. menggalakkan perkembangan kreativiti..mula2 aku risau, sebab mende alah ni kecik takut diorang masukkan dalam mulut..bahaya..pernah hari tu Adam mengadu sakit tekak, bila aku tanya kenapa, dia jawab dia makan mainan..aku tanya mainan yang mana...dia tunjuk mainan ni...mana tak gelabah aku dibuatnya.. rasa nak buang je semua mainan ni..aku pun tengok tekak dia memang merah.. patutla dia tak nak minum susu.. cemas giler time tu, dah la masa tu husband tak de kat rumah, aku pun call la mak mertua aku..terus aku terjah Columbia Hospital Cheras, sbb tu lah yg paling dekat dengan rumah.. sekali sampai kat sana, doc cakap kalau x-ray tak nampak ni..doc tu bg cadangan cuba pergi hospital yang lebih besar sikit utk pemeriksaan selanjutnya..macam hosp serdang or prince court.. hoho.. hosp serdang xmungkin la..takut lambat pula servis diorg.. dah la masa tu hari cuti.. last2 aku amik keputusan untuk check-up di Prince Court je..lagipun under panel husband..okla, xyah bayar..hehe... kat prince court, boleh je buat x-ray, aku pun xfaham..kenapa Columbia xbuat..aku rasa mungkin staff x-ray dia xde kot.cuti..hehe..tu telahan aku je.. minta maaf le kalau salah..pastu hasil x-ray tu tengok memang xde mainan yang tersangkut kat tekak.. pasal yang tekak dia merah tu, doc cakap tu jangkitan je.. dia bg antibiotik, kene makan dalam masa 5 hari.. fuhh...lega...risau giler aku kalau betul2 tertelan mainan.. kalau betul tertelan mungkin mende tu dah tersangkut kat tekak dan kalau budak makan atau minum dia akan muntah..so far aku tengok adam xde la muntah..cuma waktu tu dia xde selera nak makan atau minum susu pun kurang.. 

Kesimpulannya memang kena lebih berhati-hati bila ada anak kecil yang suka masukkan mainan ke dalam mulut.. bahaya.. kene pantau selalu.. sekarang ni aku dah warning diorang jangan masukkan maianan tersebut ke dalam mulut..diorang pun dah besar dan faham..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...