Tuesday 27 May 2014

Berbaloikah menjadi surirumah?

Assalamualaikum...

Sejak dulu lagi bercita-cita ingin menjadi surirumah sepenuh masa..tapi ramai orang kata jadi surirumah ni lagi penat..mungkin betul la kata2 diorg tu..aku ada bertanya pada isteri kawan suami aku yang sejak anak ke-4nya lahir, dia menjadi surirumah..dia ckp bila kita duk rumah dgn automatiknya mata kita akan sentiasa melihat kebersihan rumah ni berada pd tahap AA.. betul gak tu..sakit mata bila tgk setengah2 ruang tu kotor atau bersepah..kalau kita bekerja, kdg2 sbb dah terlampau penat, jadi kalau kita nmpk ada kain tak berlipat atau ada ruang yg bersepah ke tutup sebelah mata je la..Mak mertua aku pun surirumah juga, dia pun pantang tengok tandas yg kotor.. betul la tu..

Pada aku berbaloi atau tidak jadi surirumah ni, bergantung pada niat seseorang.. semalam aku bersembang dengan salah seorang patient yg aku kaunseling tentang pemakanan, beliau seorang anggota polis. Beliau sedang mengandung anak ke-3 tetapi kali ini kembar.. wow!!  seronoknya kn? suami aku kembar, tapi tak de rejeki nk dpt anak kembar lg..beliau pun rasa mcm nk berhenti kerja sahaja sebab nak jaga anak sendiri.. sebagai seorang anggota polis, kerja tak tentu masa.. ada kala kena buat serbuan.. kadang tengah-tengah malam pun kene bekerja..lebih-lebih lagi beliau memikirkan siapalah yang mahu menjaga dua orang baby serentak.. pengasuh pun tak ramai nak jaga ramai2 baby dalam satu2 masa.. nak ambil pembantu rumah aka bibik lagi la.. banyak perkara nak kene fikir.. bibik pun byk kerenah..nak kene latih betul2..kalau memang niat diorang nak bekerja, okla..tapi yang dah niat melencong ke tempat lain, susah jugak..kang tak pasal2 lari la.. dera anak lah.. fuh.. fikir pasal bibik, aku rasa mcm tak nak berbibik..alamak..kang lari tajuk plak..hee..

Berbalik kepada soal nak jadi surirumah..aku lebih senang nak merasa mendidik anak sendiri.. nak jaga anak sendiri..masak untuk anak dan keluarga.. dan menghabiskan masa yang berkualiti dengan anak-anak dan keluarga..cabarannya mungkin besar sekarang sebab kene buat kerja rumah dan mendidik anak sekali tanpa pembantu rumah.. tapi itulah pengorbanan seorang ibu kan.. 

Ramai juga kawan suami aku yang isterinya tidak bekerja, ada yang sebelum tu mempunyai pekerjaan yang mantap, biasa pegang duit, sekalinya bila dah jadi surirumah, menjadi kejutan budaya sekejap sebab dah tak dapat pegang duit sendiri..3 bulan baru dapat biasakan diri tidak bekerja.. tetapi kesan positif yang dapat dilihat ialah anaknya 3 tahun dah pandai membaca!! alangkah bagusnya..

Ada jugak makcik biras aku menjadi surirumah terpelajar: maksudnya surirumah yang ada pendidikan tinggi, dapat mendidik anak-anaknya dgn tangan sendiri, hasilnya anak-anaknya semua berjaya dan menjadi.. aku juga menyimpan angan-angan untuk menjadi seperti itu.. cuma mungkin mencabar jugak la kan..cabaran setiap orang mungkin berbeza, yang penting.. bagaimana cara kita untuk menghadapinya.. kalau orang lain boleh, kita pun mesti boleh jugak!! Chaiyok2x!!  

 


1 comment:

  1. isu ini mmg hangat gak kat ofis ina tau... ramai yg teringin nak jadi suri rumah, nak jaga anak sendiri. bestkan... ina pun duk fikir-fikirkan gak.. anak2 ni kejap aje dengan kite. pejam celik pejam celik dah besar. cuma doa pada allah semoga jalan yg dibentangkan pada kite adalah yg terbaik. amin.

    ReplyDelete

Hobi bertukar side income

  Assalamualaikum.. Sejak berhenti kerja 7 tahun yang lalu, aku mmg tak bekerja dan hanya menumpukan sepenuh perhatian pada anak-anak, suami...