Friday, 11 April 2014

Tiada tajuk?? hehe

Assalamualaikum..

Dah lama xbersua..rasa malas nk menulis semenjak mengandung ni..catatan perjalanan ke Turki tahun lepas pun xsiap-siap lagi..nanti bila ada mood baru nak teruskan kembali..hehe.. sekarang dah menjejak ke minggu ke-28 kehamilan.. kakak aku pun dah selamat bersalin 8/4 yg lalu. dia dapat baby boy seberat 3.63kg secara normal.. skg tunggu giliran adik ipar aku pulak.. rasanya dia macam xlama dah.. lepas tu baru aku..huhu..takutnya.. 

Alhamdulillah 23/3/14 hingga 2/4/14 kami sekeluarga telah menunaikan umrah di tanah suci.. terima kasih yang tidak terhingga buat ayah dan ibu mertua yg mensponser kami ke sana..niat suci mereka utk membawa kesemua anak2, menantu2 dan cucu2 akhirnya terlaksana walaupun pd mulanya plan nk pegi thn lepas..semoga rezeki mereka bertambah2 dan menjadi lebih berkat.. Betullah kata orang, bila dah sampai sana, memang terasa ingin pergi lagi.  doakan kami dapat pergi lagi pada masa akan datang, mudah-mudahan dapat mengerjakan haji pada usia sebelum 40 thn..aminn... mudah2an juga korang semua dapat ke sana.. best... automatik rasa syahdu bila terpandang kaabah depan mata dan lagi nak mengalir air mata bila dapat masuk ke kawasan hijir ismail..

Beberapa hari sebelum aku berangkat ke tanah suci, cek la bacaan hb kat makmal sebab aku rasa mcm cepat mengah dan penat..rasa xcukup oksigen je... sekali cek, memang betul.. hb aku low.. 10.6gm%.. huhu..dah agak dah..sebab mungkin aku skip mkn mlm kot..xde selera la.. pastu suka sgt mkn coklat.. risau jugak bila hb low ni takut xlarat je masa kt tanah suci.. mak selalu pesan berdoa supaya diberikan kekuatan..doa kat sana cepat makbul.. alhamdulillah masa kat sana kira larat juga la nk buat tawaf n saie..dan aku makan juga la kurma sikit2..sbb kurma boleh naikkn hb.. kalau berlebihan, takut GDM pula.. 
tadi aku cek lagi hb, alhamdulillah hb aku dah 12.7gm%.. terkejut jugak sebab kalau ikutkn research yg aku baca dan sebelum cuti umrah hari tu ada kursus pengendalian Ibu hamil Anemia, Peg Farmasi cakap nak naikkn 0.2++ pun makan masa sampai 2-3minggu.. Pil Iberat Folik aku mmg hari2 makan.. masa kat sana pun aku makan cuma timing je lari sket sbb aku confius nak mkn pukul berapa..sebab kalau kt Malaysia aku biasa makan sebelum tidur.. masa kat sana kan  lewat 5 jam.. jadi aku main belasah je waktu makan... yang penting aku makan waktu perut kosong..baru penyerapan lebih baik..coklat pun dah kurang2kan makan...huhu.. terpaksa.. demi kesihatan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...