Wednesday, 15 August 2012

Resepi Red Velvet Cake



Disebabkan ada kawan2 yg bertanyakan resipi, ni aku tepekkan resepi yg aku try..cuma ada gak yg aku derhaka pd resepi..kiki..mohon panjangkan ilmu memasak ni ye Teratak Impian.... =).. sebenarnya resepi ni pun ada byk version..tp boleh je nak buat yg mana satu, terpulang ye...

Red Velvet5 biji telur gred B- aku guna gred A 4biji sahaja
250 gram mentega beku tanpa garam- aku guna buttercup biasa je
*3 cawan tepung naik sendiri- aku guna blue key *3 sudu makan koko Vochelle- aku guna Van Hauten
2 cawan gula kastor
4 sudu makan pewarna Red Bright - aku guna 2 tablespoon1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
1 sudu teh garam - tak letak sbb guna buttercup biasa
1 sudu makan bicarbonate of soda
1 sudu makan cuka makan

Cara-caranya:
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.

Nota: Gunakan dua biji dulang pembakar bulat bersaiz 8". Sejukkan kek kemudian barulah dipotong dua untuk mendapat empat lapisan. - aku xpotong pun, so jadi dua lapisan je..

Filling:
500gram blueberry filling- aku xletak

Krim:
500 gram krim keju Phillidephia- aku guna Tatura sbb Phillidhephia dh habis stok
1 cawan krim putar - aku guna jenama Emborg, aku lebihkan 1/2 cawan lagi
Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
*Campur sedikit butter(agak2) dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk - aku xletak

cuma aku tambah gula kastor 1 cawan sbb xguna filling blueberry tu..
sedikit perahan lemon sbb xnak rasa muak sgt..- ni aku tambah


Nota:
Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.


Kalau perasan la kan dlm resepi tu dia lupa masa bila letak pewarna merah, aku letak time pukul mentega dan gula tu..

lg satu, kek ni naik agak tinggi, melebihi loyang aku, jadi aku potong sikit..kek yg berderai2 tu tabur atas cream cheese..

No comments:

Post a Comment

Hobi bertukar side income

  Assalamualaikum.. Sejak berhenti kerja 7 tahun yang lalu, aku mmg tak bekerja dan hanya menumpukan sepenuh perhatian pada anak-anak, suami...