Assalamualaikum.. Walaupun trip ni dah 2 tahun berlalu, tapi sebab nak tulis juga dalam blog supaya boleh baca semula pada masa akan datang. Hari yang kitorang pegi tu, pagi tu Adam ada interview TMUA, mujur ketika itu dibuat secara online. Habis je interview, apa lagi bergegas la sambung kemas beg. Sebenarnya trip ni anak2 tak tau pun destinasi sebenar kitorang nak bawa. Sampai dekat KLIA 2 baru kitorang reveal negara mana nak pegi. Seronok la diorang sebab dah lama tak travel ke luar negara.

Aqlan, Aqil dan Adam
First time naik Scoot Airline ni dan first time juga nak transit Singapore
Flight dari KL ke Singapore memang menakutkan sebab cuaca tak elok, byk kali bergegar, rupanya hujan lebat area belah Johor dan esoknya kitorang dapat berita byk area Johor yang terjejas banjir ketika itu. Memang mengucap panjang dan berzikir je sepanjang flight tu. Trip kali ni kami pergi bersama mil, fil dan family abg ipar iaitu abg en suami.
Tak banyak dapat ambil gambar kat Changi Airport
Cantiknya view macamni..matching pulak warnanya dgn Scoot..
Landing je, hujan..
Hello Jeju!!
Hello Jeju, I'm Coming
Arissa dan Tia
Sementara 2 driver ambil kereta sewa, kami bergambar-gambar dulu..Tia (anak patung burung hantu) ni ke mana-mana pasti ikut, untung tak payah bayar tiket flight..hihi.
Setelah ambil kereta sewa, kami bergerak ke destinasi pertama iaitu Woljeongri Beach. Angin ketika itu bertiup kencang tambah2 dgn cuaca sejuk memang menggigil jugak la.
Waktu ni cuaca macam nak hujan.. langit mendung..
Rambut Arissa dah macam apa..haha
Lepas dah jalan-jalan area pantai tu, kitorang terus ke Jeju Onuii Seafood Restaurant (Sibling in
naver apps) – Muslim Friendly Restaurant
(972, Haemajihaean-ro, Gujwa-eup, Jeju,
Jeju Island 63359 South Korea) untuk lunch. Kat restoran ni juga ada disediaka tempat solat. Baguskan..
Tak ingat nama menu ni apa, tapi rasa dia mcm asam pedas korea la.. ikan parang tu kalau tak silap aku, sebab panjang..
Ni abalone grill
Ni side dish dia sedap juga..
Kumpulan kanak-kanak dan remaja
Apalah yang diborakkan oleh mereka tu kan..
Makan
Selesai makan, kitorang siap-siap untuk solat jamak zohor dan asar kat restoran ni. Lepas tu kitorang nak gerak ke tempat penginapan dan on the way tu berhenti tepi jalan nak tangkap gambar kincir angin. Jeju terkenal dengan kincir angin di tepi pantai diorang.
Anak-anak lelaki
Gambar berdua
Tengok Arissa tu, dia menyorok belakang ibu dan ayah.. kadang2 dia ni xde mood nk bergambar, mula la buat perangai..
Pemandangan Jeju..
No comments:
Post a Comment