Hari kedua kami di Jeju, kami ke Seongsan Ilchulbong. Perjalanan dari tempat penginapan ke sini memakan masa selama 1 jam. Dalam Bahasa Korea ia bermaksud puncak matahari terbit. Di Seongsan Ilchulbong terdapat sebuah kawah gunung berapi yang merupakan salah satu tapak warisan dunia (UNESCO). Ketinggian puncak ini ialah setinggi 180m di atas paras laut, terbentuk daripada magma yang keluar dari dasar laut kira-kira 5000 tahun dahulu. Pada mulanya ia terpisah daripada pulau utama, tetapi tanah dan pasir yang terbina menghubungkan gunung berapi dengan pulau. Kawah gunung berapi yang terbentuk dengan kelebaran 600m diameter dan kedalaman 90m. Daripada puncak gunung ni kita boleh nampak Pulau Udo. Tanah di Pulau Jeju ni sangat subur, masa kami datang tu, tengah musim Bunga Canola yang berwarna kuning dan musim buah oren. Ada pelbagai jenis limau dan oren yang ditanam di Jeju tetapi yang paling famous ialah limau Hallabong.. Bentuknya unik dan manis sekali.

On the way nak ke Seongsan Ilchulbong, kami singgah sebentar di gerai yang menjual limau.Awas, post ini ada banyak gambar. Simpan sini supaya akan datang boleh rujuk dan baca blog ni.
Dari jauh dah nampak puncak Seongsan Ilchulbong, kena pegi pagi-pagi supaya dapat tengok sunrise, tapi kami terlewat sikit sebab gerak beramai2 ni byk cabarannya. Tapi okla kan drpd tak naik langsung.
Bergambar beramai-ramai di tempat parking
Arissa tak mendaki, risau dia tak larat pulak, naya je kalau kena dukung.. Arissa lepak dgn dima kat bawah je lah ye.. kt bawah ni ada banyak gerai2 dan cafe, boleh lepak situ kalau tak nak mendaki.
Pintu masuk, kena bayar dulu tiket
Patut gambar ni sebelum gambar atas tu tadi, sebab pondok bayar tiket tu kat depan lagi Masa ni tak penat lagi, baru nak panas badan..naik atas siapla..
Masa ni Aqlan dah mula kepenatan, cian baby ibu..chaiyok!chaiyok! Aqlan boleh!
Ni memang betul-betul kepenatan.. mujur ada bangku kat sini..
Di pertengahan pendakian tu ada gerai jual air oren, sedap giler, pekat dan fresh.. Aqlan masih tak dapat nak buka mata..alahai.. Air oren tersedap sekali, turun bawah atau kat mana2 market pun tak sama rasa dia..
P
emandangan sebelum sampai puncak
Ni masih belum sampai puncak tau.. bergambar2 dulu.. penat juga wei..
Ni kawah gunung berapi, rasanya tak aktif lagi..tak nampak mcm kawah pulak..
Ha..yg ni aku ambil gambar google..camni la bentuknya yg sebenar.
Ni kira dah sampai puncak, cantik dan kemas je diorang bina platform macamni. Kat sini ada seorang uncle Korea tu kutip2 sampah tak tau la dia memang pekerja atau dia buat secara sukarela.. bagusla, terjaga kawasan ni daripada sampah sarap..
Dari angle yang berlainan
Aqlan..Aqlan..ni memang betul2 letih..dah sampai puncak pun Aqlan..
Bergambar 1 family kecuali Arissa
Bukti Aqlan dah sampai puncak, kenangan muka Aqlan sekali..hehe
Aqil, masa ni wajah kanak-kanak lagi..sekarang dah remaja
Adam pun wajah kanak-kanak lagi..
Penulis pun nak bergambo jugak..hihi..
Dah puas bergambar kat atas, sambil melepaskan penat lelah mendaki, jom kita turun balik..
Masa ni kami dah turun bawah.. budak2 semua dah laju je depa turun.. banyak patung batu macam ni kat Jeju ni..
Dari sini nampak kawasan yang penyelam wanita Jeju letakkan dan menjual hasil tangkapan seafood mereka ke darat. Diorang memang handal menyelam dan itulah sumber pendapatan mereka. Hasil tangkapan mereka tu, diorang masak2 kat situ juga..
Dari angle yang berbeza pula..
Untuk part Seongsan Ilchulbong sampai sini sahaja, selepas tu kitorang pergi ke Ladang Bunga Canola yang dibuka kepada orang ramai untuk kunjungan. Tu aku buat entri lain ye.
No comments:
Post a Comment