Assalamualaikum..
Lama betul tak tulis dalam blog, memang sengaja nak tulis di sini sebab tak nak orang yang dikenali baca luahan ini, sekarang kan zaman fb, ig, tik tok, threads.. tapi aku dah rasa malas nak update apa2 kat sana.. baru aku merasai betapa kejamnya comment2 yang mmg aku rasa dia sengaja tuju pada aku.. Baru-baru ni aku ada tinggalkan comment pada seseorang yang aku kenali semasa zaman bekerja dahulu, sekejap je pun mengenali beliau, tapi sebab dah meninggalkan alam pekerjaan lebih 10 tahun, kira dh 10 tahun jugala friend dlm fb. Aku kan sebenarnya jarang sangat dah muncul dlm fb, sekali-sekala je ada tinggalkan comment tapi aku langsung tak berniat apa2 pun.. Dlm post dia, dia ada menyatakan dia dah ada 20 tahun pengalaman dgn snow. Antaranya di Canada, UK, Swiss (Jungfraujoch, Mont Blanc, Mt. Titlis), Kashmir (Sonamarg, Gulmarg). Dia ckp setiap negara ada keunikannya yg tersendiri. Itu memang tidak dinafikan lagi. Aku just comment " Bestnya, lepas ni boleh try salji kat Sapporo pulak.. lebih powdery.." . Masa aku comment tu serius aku takde niat apa2 pun just bgtau Sapporo salji dia lebih powdery.. Dia balas comment aku, "I dah g japan. I have enough of powdery snow in Mt Titlis, Mont Blanc, Canada. Nak experience others lak.
Dalam post dia tu, xde pulak mention japan yg dia kata dah pernah pergi, jadi aku suggest la Sapporo. Kalau aku tau dia dah pernah pergi xde lah aku nak suggest Sapporo.
Lebih kurang 3 minggu lepas tu, dia ada post lagi.. " Ari tu masa i kat Kashmir, siap ada komen gi "somewhere" utk powdery snow. Kashmir pun ada la. Ari tu mmg masa kami gi, baru nak snow. The date tu mmg the only time convenient utk i yg still bekerja. So, sblm nk komen tu, think twice. xyah nak sibuk ajar kita yg frequent traveller ni.
Aku memang terasa giler dgn kata-kata dia, aku tak de niat apa2 pun, aku bukan nak ajar dia pun..aku just bgtau je apa yg aku tau. pengetahuan aku pun terbatas. Dia jawab macamtu seolah-olah dia bangga sangat dah pernah rasa snow banyak negara.. selalu sangat travel sana-sini. Aku pernah diberitahu powdery snow ni paling bagus antaranya di Canada, Sapporo dan 1 lagi aku tak ingat negara mana.. selepas aku terbaca post dia tu, memang aku rasa down gila.. bila teringat rasa nak menangis.. kadang rasa nak off je semua sosial media yg ada..
Sampai la aku mencari kata-kata semangat dlm google utk aku cuba lupakan apa yg berlaku..
Belajarlah utk melepaskan duka. Sekalipun kau rasa ia seringkali merabakkan di jiwa. Bila kita melepaskan, kita akan membuka ruang kepada perkara yg lebih baik utk hadir dlm kehidupan kita.
Mungkin Allah akan biarkan hati kita hancur berkali-kali sampai kita rasa tak ada lagi harapan di dunia ini. Dan itu akan membuat kita punya harapan hanya untuk Allah saja.
Hakikatnya, setiap perkara melukakan kita pada hari ini hanya akan membuatkan kita lebih kuat pada akhirnya.
Kadang kita perlu memaafkan orang lain bukan kerana mereka layak dimaafkan. Tetapi kita memaafkan kerana kita sendiri yang memerlukan ia. We cannot let go and move forward completely without it.
Orang yang pertama memohon maaf adalah orang paling berani. Orang yang mampu memafkan adalah orang yang terkuat. Dan orang yang terdahulu untuk move on adalah orang yang paling bahagia.
Sememangnya kemaafan tak dapat mengubah apa yang jadi, tapi sekurang-kurangnya ia membuka jalan kepada sesuatu yang baik untuk masa hadapan, membuka hati kita sekurang-kurangnya untuk melihat hikmah, untuk tidak bersangka buruk dan mengajar hati menjadi lembut dan baik.
Hidup ini terlalu pendek untuk berperang dengan diri sendiri. Apa yang terbaik adalah mula untuk menerima dengan ikhlas setiap perkara dan memberi kemaafan kepada semua. Letting go of yesterday’s troubles is your first step towards happiness today.
Perkara yg dah berlaku, biarkan ia berlalu. Kesembuhan hati berjalan seiring dgn masa yg berlalu..
No comments:
Post a Comment