Tuesday, 31 December 2024

Hari Terakhir 2024

Di luar hujan sangat lebat, membasahi bumi KK. Rupanya dah 3 tahun kami sekeluarga berhijrah ke sini. 19.1.25 nanti kira nak masuk tahun ke-4 kami di sini. Mudah-mudahan tahun baru nanti ada rezeki kami berpindah semula ke semenanjung. 

Ada pro&con bila kita berhijrah ni. Hari ni nak cerita yg pro sahaja. Nak mulakan kehidupan yg baru di tempat org, jauh dari saudara mara, makan masa juga. Tapi alhamdulillah sangat, kat sini dapat jumpa sahabat-sahabat yg sangat baik. Mereka terdiri dari parent sekolah anak-anak, guru2 sekolah, dan jemaah surau yg berdekatan. Kadang2 parent anak2 sekolah rendah, adalah org yg sama juga dgn parent anak yg sekolah menengah. Balik2 jumpa org situ2 juga..hehe. Mcm kecil sahaja dunia kan.. Kdg2 jumpa senior kwn baik kita masa sekolah men dulu masa dia sambung belajar kt DQ. Kakak kpd senior kita ms sekolah dululah. Junior masa U dululah. Pendek kata, tak de kesepian lah aku kat sini. Bestkan..

Setiap Jumaat malam sabtu pula, biasanya surau yg bersebelahan dgn sekolah anak2, ada buat usrah, bacaan ma’thurat dan ada jamuan makan. Masa tu lah aku akan berjumpa dgn kwn2 surirumah yg lain, ada juga yg bekerja..kami berborak-borak mcm2 perkara, kdg berborak soal pembelajaran anak2, kerja sekolah anak2, hala tuju anak2, dll kira mcm melepaskan kebosanan setelah seminggu bergelut dgn kerja rumah, kurang bercakap dgn org kan.. haha.. nak cukupkan kuota perkataan yg seharusnya perempuan perkatakan.. 🤣

Jarak rumah ke sekolah rendah dekat dlm 6-7 km pergi balik. Jarak rumah ke opis husband dlm 7km. Jarak rumah ke sekolah menengah anak pun 8km ja. Nk shopping pun dekat, kami duk kondo, pasaraya terdekat mmg kt bawah ni ja.. jalan kaki sikit dah sampai. Nk tempah baju atau alter baju pun area kedai2 tu. Kedai brg2 bakeri pun ada, tapi situ mahal sikit. Nk murah kena drive 5 min pegi kedai bakeri yg lain.

Kalau nk pergi shopping mall yg besar sikit atau nk beli brg basah dlm 15-20min perjalanan ja.. semua dekat2.. nak pi pantai pun sama 15-20min juga.. kalau dapat pindah semenanjung ni, rasanya tak kan dpt sama dekat2 mcm ni. Mesti akan rindu sgt dgn tempat ni..

Yang paling best kat sini ialah tingkap masterbedroom kami betul2 mengadap gunung Kinabalu.. dan jarak rumah dgn airport 3km shj..


No comments:

Post a Comment

Hari Terakhir 2024

Di luar hujan sangat lebat, membasahi bumi KK. Rupanya dah 3 tahun kami sekeluarga berhijrah ke sini. 19.1.25 nanti kira nak masuk tahun ke-...