Wednesday 16 July 2014

Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum..
Sambil2 menidurkan baby curik masa sikit untuk update blog.. Di tempat kerja aku, iaitu di klinik kesihatan, hampir setiap minggu, aku akan bagi ceramah pasal penyusuan susu ibu.. sebelum aku bersalin anak pertama lagi tugas bg ceramah aku dah buat walaupun waktu tu aku hanya ada teori sahaja, pengalaman tak de... kebetulan masa aku tengah mengandung tu, nama aku tersenarai untuk menghadiri kursus pengurusan laktasi 20 jam..so, kira pengetahuan aku mengenai penyusuan susu ibu bertambahlah sikit..alhamdulillah..

Sebenarnya tugas memberi ceramah kepada pesakit yang sedang menunggu sementara pengambilan darah kali kedua setelah minum air gula di klinik kesihatan ni bukanlah suatu perkara yang mudah sebab persediaan sebelum nak bagi ceramah tu penting.. pengalaman+ilmu sangat2 diperlukan..sebab aku bukanlah orang yang benar2 arif pasal penyusuan, ramai lagi diluar sana yang lebih arif dan lebih berjaya dari aku..aku pun masih banyak lagi yang perlu belajar.. 

Aku sendiri pun, gagal menyusukan anak pertama selama 2 tahun.. dia dapat dalam 6-7bulan sahaja, sebab aku dah mengandung anak kedua..waktu tu aku sedih sangat dan rasa bersalah sebab tak dapat menyusukan anak lama.. :( husband cakap janganla sedih sangat, mungkin rezeki dia setakat tu je utk menyusu susu bdn..selepas tu aku berazam untuk anak kedua nak menyusukan 2 tahun.. alhamdulillah dapat menyusukan dia lebih lama iaitu setahun 10 bulan..lagi 2 bulan je nak 2 tahun tu pun sebab aku dah mengandung anak ketiga..kalau nak ikutkan, aku nk je menyusukan dia tapi bila dia menyusu, aku bleeding.. dan doc nasihatkan aku utk stopkan breastfeeding sebab takut keguguran..siap doc bg ubat kuatkan rahim lagi waktu tu.. untuk anak ketiga ni mudah-mudahan dapat menyusukan dia 2 tahun..

Cabaran sepanjang menyusukan anak terutama masa berpantang anak pertama bila berhadapan dgn situasi mertua yang tidak begitu faham tentang penyusuan susu ibu begitu melemahkan semangat..mujur suami sangat memahami dan memberi sokongan.. dialah yang memberitahu ibunya pasal penyusuan susu ibu..apa yang boleh diberi..apa yang tidak boleh diberi..aku sebagai menantu kdg tak berani nak menyatakan pendirian..kat sinilah pentingnya sokongan dari suami..pertama sekali pengetahuan mengenai penyusuan susu ibu haruslah dikongsi dengan suami supaya dia dpt bg sokongan pd kita terutamanya sokongan emosi..sgt penting ni.. 

Walaupun kita tak berjaya macam orang lain, tapi pengalaman ni lah yang aku kongsikan pada ibu2 untuk menjadikan mereka lebih bersemangat dan lebih berjaya dari aku.. sampaikan ada seorang ibu tu cakap, disebabkan sy dengar ceramah awakla sy berjaya menyusukan anak saya 2 tahun walaupun ketika itu agak payah sy mendapat sokongan dr org sekeliling termasuk suami sy.. terharu aku mendengar pengakuannya.. ada juga seorang ibu yang bgtau aku.. kenapa biras dia masa mengandung takde pun dipanggil utk dengar ceramah mcmni..padahal dia mengandung anak ke3, biras dia pulak mengandung anak pertama.. sebenàrnya pengetahuan tentang penyusuan susu ibu ni perlu kita dpt semasa setiap kali mengandung..terutama bg ibu2 yang baru mengandung anak petama lagi..kalau suami dengar lagi bagus..

Mungkin inilah limitasi yang tidak dpt dicover oleh klinik kesihatan sbb kadang2 bukan kita tak buat ceramah tp kadang2 ada ibu2 yg balik ke rumah setelah minum air gula..sebenarnya tak boleh balik sbb nnt bacaan tahap gula akan jd tak accurate.. kadang2 peserta ceramah, aku amik yg minum air gula je..yang tak minum  xdpt dengar.. kadang bila aku nk buat ceramah sementara ibu tunggu giliran nk jumpa doc, diorang dah buat muka..siap tanya lg lama tak?..lepas ni sy ada meeting.. suami dah tunggu la.. anak kt rumah xde org jaga.. mcm2 alasan diorg bg..diorang mcm malas nk dengar... xpe ni mungkin cabaran juga bg aku nk sebarkan ilmu mengenai penyusuan ni..sebab tu lah rasa terpanggil untuk menulis di dlm blog sendiri.. 

Mengenai sokongan dari suami dan keluarga tu kan..mmg sgt penting..alhamdulillah family belah aku mmg sgt2 menyokong penyusuan susu ibu..terutama kakak aku yg kedua (kak lin)..anak2 dia semua susu bdn rasanya dpt 2thn ..waktu mengandung pun dia masih boleh menyusukan.. suami aku pulak mmg sgt2 menyokong .. sgt bersyukur sbb dia sgt memahami dan sanggup membelikan aku breastpump yang best..masa anak pertama abg ipar hadiahkan spektra3.. pakai sampai 6-7bln..spectra3 kan berat..masa tu kerja aku byk kene travel sbb kene cover 3 klinik.. mmg berat nk hangkut breastpump, beg icepack,beg kerja,laptop..dah la masa tu laptop besar n berat..tambah2 kene naik turun tangga sbb waktu tu duk apartment yang xde lift..tingkat 3..bila anak no2, dia belikan laptop yg kecil dan ringan dan breastpump medela mini elektrik plus..sgt ringan.. skg ni anak no3, dia belikan medela fs..sgt2 terharu dgn pemberiannya.. ni menunjukkan yg dia sgt2 menyokong  dan memberi galakan kpd aku utk terus memberikan susu ibu kpd anak2.. breastpump tu dia ckp kalau xguna dah nanti boleh turunkan kpd adik aku..mujur   adik-beradik ramai perempuan..so tak la rasa membazir..

Aku sgt berharap agar sapa2 yg berpeluang mendengar ceramah penyusuan di klinik  cedoklah seberapa byk ilmu supaya dpt dijadikan pedoman dan panduan.. sebab byk kebaikan yg diperolehi bila menyusukan anak dgn susu ibu.contohnya antibodi baby lebih kuat, hubungan ibu dan anak lebih rapat, IQ anak lg tinggi, kurang risiko kanser payudara dan ovari, mempercepatkan pengecutan rahim dan sbgnya..

3 comments:

  1. kenapa kat kk kajang takada pun ek..teringin sgt nk dgr tp tak ada peluang. byk belajar melalui buku and google je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya ada juga, tapi mungkin tak kena tarikh yang diorang buat kot. pegawai pemakanan pun rotate klinik juga..

      Delete
  2. salam kenal..

    jumpa yr blog masa nak cari info for Japan..

    ReplyDelete

Hobi bertukar side income

  Assalamualaikum.. Sejak berhenti kerja 7 tahun yang lalu, aku mmg tak bekerja dan hanya menumpukan sepenuh perhatian pada anak-anak, suami...