Sunday, 2 March 2025

KOREA: Jeju Part 5

Jeju Folk Village

Jeju Folk Village ni kami pergi pada 2 Mac 2023. Tempat ni macam perkampungan orang Jeju zaman dulu-dulu iaitu pada tahun 1890an. Tiket masuk ke tempat ini berbeza ikut kategori sama ada secara individu atau secara berkumpulan. Tak pasti sama ada harga masih lagi sama atau tak dengan sekarang (2025). Boleh cek dlm website diorang. 

Individu:

Dewasa (19 tahun ke atas) 11,000 won

Warga Emas (65 tahun dan ke atas) 9000 won

Remaja (middle to high school) 8000 won

Kanak-kanak (4 tahun to elementary school) 7000 won

*tunjukkan ID kalau nak dapatkan diskaun utk warga emas

Berkumpulan:

Dewasa 9000 won

Warga Emas 7000 won

Remaja 5500 won

Kanak-kanak 5000 won

Kalau nak sewa Audio guide tool boleh juga harga 2000 won dalam English, Japanese dan Chinese



Waktu kami datang tu akhir musim winter nak ke musim bunga, jadi dah ada bunga-bunga sikit, rasanya kalau pegi bulan April, lagi cantik kot viewnya, mesti lagi rimbun dan penuh dengan bunga. 






Merata-rata bunga Canola atau rapeseed ni. 


Batu gunung berapi, diorang gunakan sebagai pagar.





Subhanallah, cantiknya bunga ni..

Ada kedai jual ukiran kayu




Bunga Camelia




Hari dah petang, marilah kita pulang.. Tapi malam tu kami plan ke Dongmun Market, yang sepatutnya kami pergi masa hari pertama, tapi masing-masing dah kepenatan, maka tukar ke malam ni.


KOREA: Jeju Part 4

Walaupun part 4 tapi masih hari kedua, sebab hari kedua sempat pergi 4 tempat. Hari pertama tu sebenarnya kami nak pergi Manjanggul Cave, tapi waktu tu tutup sebab diorang tengah buat baikpulih. Jadi, tak dapat masuk. 

Destinasi seterusnya selepas Seongsan Ilchulbong ialah bergambar di ladang Canola, ada banyak tempat sebenarnya, tapi yang kami pilih ni tempat mana yg kami nampak dulu dari tepi jalan. Pilih random je. 

Bergambar 4 beradik di situ

Sulung dan bongsu

Bincang soal bisnes berjuta-juta 

Apalah yg dibincangkan tu, dengan sepupu yang paling rapat 

Makin serius nampaknya perbincangan mereka

Annyeonghaseyo..

Inilah limau Hallabong yang sangat significant dgn Jeju.. Jangan lupa cari tau bila dah sampai sini.

Lepas bergambar di Ladang Canola, kitorang cari tempat untuk solat zohor dan asar kemudian ke Jeju Folk Village. 


KOREA: Jeju Part 3

Hari kedua kami di Jeju, kami ke Seongsan Ilchulbong. Perjalanan dari tempat penginapan ke sini memakan masa selama 1 jam. Dalam Bahasa Korea ia bermaksud puncak matahari terbit. Di Seongsan Ilchulbong terdapat sebuah kawah gunung berapi yang merupakan salah satu tapak warisan dunia (UNESCO). Ketinggian puncak ini ialah setinggi 180m di atas paras laut, terbentuk daripada magma yang keluar dari dasar laut kira-kira 5000 tahun dahulu.  Pada mulanya ia terpisah daripada pulau utama, tetapi tanah dan pasir yang terbina menghubungkan gunung berapi dengan pulau. Kawah gunung berapi yang terbentuk dengan kelebaran 600m diameter dan kedalaman 90m. Daripada puncak gunung ni kita boleh nampak Pulau Udo.  Tanah di Pulau Jeju ni sangat subur, masa kami datang tu, tengah musim Bunga Canola yang berwarna kuning dan musim buah oren. Ada pelbagai jenis limau dan oren yang ditanam di Jeju tetapi yang paling famous ialah limau Hallabong.. Bentuknya unik dan manis sekali. 


On the way nak ke Seongsan Ilchulbong, kami singgah sebentar di gerai yang menjual limau.

Awas, post ini ada banyak gambar. Simpan sini supaya akan datang boleh rujuk dan baca blog ni.


Dari jauh dah nampak puncak Seongsan Ilchulbong, kena pegi pagi-pagi supaya dapat tengok sunrise, tapi kami terlewat sikit sebab gerak beramai2 ni byk cabarannya. Tapi okla kan drpd tak naik langsung. 

Bergambar beramai-ramai di tempat parking

Arissa tak mendaki, risau dia tak larat pulak, naya je kalau kena dukung.. Arissa lepak dgn dima kat bawah je lah ye.. kt bawah ni ada banyak gerai2 dan cafe, boleh lepak situ kalau tak nak mendaki. 

Pintu masuk, kena bayar dulu tiket

Patut gambar ni sebelum gambar atas tu tadi, sebab pondok bayar tiket tu kat depan lagi

Masa ni tak penat lagi, baru nak panas badan..naik atas siapla..

Masa ni Aqlan dah mula kepenatan, cian baby ibu..chaiyok!chaiyok! Aqlan boleh!

Ni memang betul-betul kepenatan.. mujur ada bangku kat sini..

Alolo..cian dia..

Di pertengahan pendakian tu ada gerai jual air oren, sedap giler, pekat dan fresh.. Aqlan masih tak dapat nak buka mata..alahai..

Air oren tersedap sekali, turun bawah atau kat mana2 market pun tak sama rasa dia..
 
Unikla bentuk batu dia..

Pemandangan sebelum sampai puncak


Ni masih belum sampai puncak tau.. bergambar2 dulu.. penat juga wei..

Ni kawah gunung berapi, rasanya tak aktif lagi..tak nampak mcm kawah pulak..

Ha..yg ni aku ambil gambar google..camni la bentuknya yg sebenar.

Ni kira dah sampai puncak, cantik dan kemas je diorang bina platform macamni. Kat sini ada seorang uncle Korea tu kutip2 sampah tak tau la dia memang pekerja atau dia buat secara sukarela.. bagusla, terjaga kawasan ni daripada sampah sarap..

Dari angle yang berlainan

Aqlan..Aqlan..ni memang betul2 letih..dah sampai puncak pun Aqlan..

Bergambar 1 family kecuali Arissa

Bukti Aqlan dah sampai puncak, kenangan muka Aqlan sekali..hehe

Aqil, masa ni wajah kanak-kanak lagi..sekarang dah remaja

Adam pun wajah kanak-kanak lagi..

Penulis pun nak bergambo jugak..hihi..

Dah puas bergambar kat atas, sambil melepaskan penat lelah mendaki, jom kita turun balik..


Masa ni kami dah turun bawah.. budak2 semua dah laju je depa turun.. banyak patung batu macam ni kat Jeju ni..

Dari sini nampak kawasan yang penyelam wanita Jeju letakkan dan menjual hasil tangkapan seafood mereka ke darat. Diorang memang handal menyelam dan itulah sumber pendapatan mereka. Hasil tangkapan mereka tu, diorang masak2 kat situ juga..

Dari angle yang berbeza pula..

Boleh teropong juga..


Untuk part Seongsan Ilchulbong sampai sini sahaja, selepas tu kitorang pergi ke Ladang Bunga Canola yang dibuka kepada orang ramai untuk kunjungan. Tu aku buat entri lain ye. 

Tia oh Tia

Semalam Aqil call dlm pukul 9.00am lebih, terkejut juga aku dia call time2 camtu. Rupanya Pahang cuti Hari Hol. Seronok la dia tak sekolah. ...