Tuesday, 11 November 2025

Minggu peperiksaan

 Assalamualaikum..

Bertemu kembali setelah hampir sebulan tidak bersiaran. Aduhai..kadang mood nak menulis tu tak berapa nak ada.. nak2 sekarang kat rumah tinggal bertiga je..Aqlan dan Arissa baru je habis exam minggu lepas, seminggu sebelum tu memang sesi mengerah dan memerah otak untuk mengulangkaji. Kita pun belajar dan ulangkaji sekali pelajaran diorang. Saya tengok Aqlan sekarang dah ada kesedaran sendiri untuk ulangkaji, kalau tak sebelum ni memang banyak mengelat sikit. Sebab tahun lepas nak tengok 3 orang sekali memang mencabar sikit bagi saya. Cuma Arissa jelah masih lagi mcm nak elak2 bila suruh buat latihan banyak sikit daripada selalu. Nak exam kan mesti la kena tambah sikit latihannya. Lepas berlalu hari pertama exam, baru Arissa ada kesedaran nak baca-baca lebih sikit sebab ada soalan yang dia tak dapat jawab, saya banyak kali cakap, siapa yang berusaha dia yang dapat. Kalau kita banyak dan rajin baca buku, senang je nak jawab exam tu.. cuba kalau tak baca, macammana nak jawab. 

Ada satu hari tu, Aqlan tertidur lepas maghrib, mungkin penat dan tak cukup tidur kot sbb malam sebelum tu dia pulun baca sejarah sampai pukul 11.30pm. Jenuh juga kejut dia, mujur sejam setengah lps tu dia bangun, solat isyak kemudian baru dia start baca utk subjek exam esoknya. Cuak dah ibunya pun, risau dia tak sempat ulangkaji.

Aqil pagi tadi dia exam hifz, jumaat nanti last paper maharat. Adam last exam tengahari ni, hifz sekali dgn maharat. Mudah-mudahan lancar semuanya. Risau juga Adam tu baru bertukar sekolah. Baru tau, rupanya format exam tak sama antara sekolah. Tak pelah nak buat macammana, hadap je lah kan. Adam ada call dia bgtau ada soalan math yang dia tak dapat jawab, dia pulak terstuck kat soalan tu sampai habis masa. Patutnya, langkau la dulu, jawab soalan lain yg mudah2 dahulu baru pegi balik kat soalan tadi. Tapi ntah mcmmana dia boleh tak fikir pulak. Tiba2 teringat pulak kisah dahulu. Saya pun penah juga masa SPM dulu, tetiba blur tak dpt nak jawab soalan kimia, sampai sejuk kaki dan berpeluh2. Sebab duk risau, kalau xskor subjek ni mcmmana nk masuk matrik. Last2 habis je masa, saya berlari terus masuk tandas..menangis sepuas-puasnya. 

Kadang-kadang kan, saya suka baca kisah2 atau tanya kawan2 mcmmana diorg ajar anak diorang supaya anak dapat score dlm exam. Itulah kdg2 anak2 ni ada yg mudah ikut arahan, ada yang tak. Bersyukur sangat kalau anak tu dia sendiri yang berusaha untuk memajukan diri. Mungkin sebagai parent kita perlu sentiasa bagi semangat, sokongan, dorongan dan yang paling penting doa supaya mereka mendengar kata. Apa-apa pun Allah jualah yang memegang hati mereka. Semoga Allah permudahkan jalan ibu-ibu dalam mendidik anak-anak mereka. 

1 comment:

  1. sokong yang part last tu, agaknya itu lah perasaan mak2 kita dulu bila anak orang lain lagi cemerlang dari anak dia...hihihi...tapi mak linda ok je... bapak je yang selalu kabo "anak orang tu, anak orang nie"... tapi anak sendiri sekarnag nie, bikin geram je.. hahaha

    ReplyDelete

Minggu peperiksaan

 Assalamualaikum.. Bertemu kembali setelah hampir sebulan tidak bersiaran. Aduhai..kadang mood nak menulis tu tak berapa nak ada.. nak2 seka...