Monday, 13 October 2025

Tuna Corn Mayo Bread

Assalamualaikum..

Sekarang ni hujung minggu dah free. Kalau tak sebelum ni sibuk nak hantar dan ambil Adam ke pusat tuisyen. Dalam stok makanan ada 1 tin kernel jagung dan 1 tin tuna perisa kari. Jadinya, nak kena buat roti mayonis jagung tuna. Dah lama tak buat. 

Resepi ni saya follow dari Youtube Wenz Dianne. Sedap tau. Rugi tak try. Kalau beli roti ni kat kedai bakery, tak dapat isi yang melambak macam ni. Resepi ni saya olah ikut step guna thermomix. 

Tuna Corn Mayo Bread

Bahan A:

200 mL susu full krim

4 g yis kering

40 g gula

Bahan A (mix 2 min/37 darjah celcius/speed 2)

Bahan B

300 g tepung roti

3 g garam

Masukkan bahan B ke dalam bowl kemudian knead 3 minit

Bahan C

30 g mentega

Masukkan bahan C kemudian knead lagi 3 minit

Dah siap uli, keluarkan doh dari bowl dan masukkan ke dalam silicon baking mat, bungkus doh dalam tu biar dia mengembang sekali ganda. Kalau nak masukkan ke dalam mangkuk besar dan tutup dengan cling film pun boleh. Sementara tu, boleh lah kita sediakan bahan filling dia.

Bahan Filling:

1 tin/200 g sweet corn (jenis yang kernel tau)

2 tin tuna (chunk in the water atau olive oil), tadi guna yang perisa kari sebab tu je yang ada kat rumah. Ada 1 tin je pulak tu, xpe lah. ok je.

2 sudu besar susu pekat

4 sudu besar mayonis

serbuk lada hitam/lada putih

sedikit garam

parsley kering (untuk tabur)

cheese (untuk tabur)

Bahan-bahan filling tu combine sehingga sebati.

Bila doh dah mengembang, bahagikan doh kepada 8 bahagian. Kalau rajin timbang bagi sama besar. Tapi saya malas. haha. Agak-agak je saiznya. Sendiri yang nak makan kan. Lepas tu, ambil satu doh, gelekkan guna kayu penggelek bagi dia leper, masukkan bahan filling dalam tu, lepas tu tutup semula. Nanti bentuk dia jadi lonjong2. Ada 2 ketul yang tak dapat cantumkan, mungkin sebab isi dia dh terlebih, jadi saya biar je dia terbuka. 😅Lepas tu, doh yang dah isi filling tu letak atas dulang pembakar. Lepas tu yang kelar doh tu dengan pisau yang tajam, dan nampakla sikit isi dalamnya. Kemudian, tabur atau sumbat2kan mozarella cheese ke dalam doh yang telah dikelar tadi. Taburkan parsley kering ke atasnya sebagai hiasan.

Lepas tu, biarkan doh tadi mengembang dan naik sekali ganda. Cara saya untuk mempercepatkan proses pengembangannya, saya masukkan dulang tadi tu ke dalam oven yang tidak dihidupkan tetapi saya letakkan 2 mug air panas dalam oven. Dulang tu letak atas sikit tingkatnya. Biarkan ia mengembang dengan bantuan suhu panas dari air dlm mug tersebut.

Setelah doh roti mengembang dengan jayanya, barulah keluarkan mug tadi dan dulang pembakar yang berisi doh roti . Kemudian panaskan oven sebentar dan masukan semula dulang pembakar yang berisi roti tadi. Bakar selama 13-15 minit dengan suhu 180 darjah celcius. 

Setelah siap bakar, sapu butter ke atas roti supaya kelihatan berkilat permukaan roti dia. Bahagian roti tau bukan bahagian yang ada cheese dan jagung tadi. Lepastu..Tadaaa... Dah siap pun.. Sedia untuk dihidang.. 

Yang jagung bertebaran ni sebab tak dapat nak katup doh tu, bior je lah dia terdedah macamtu. Yang ni Arissa punya sebab xde cheese. Dia tak suka cheese.

Yang ni pula yang nampak isi dia macam sikit tapi bila belah, banyak isinya tau. Bentuk tak seragam..haha.. xpelah, ni untuk makan sendiri..bukan untuk jual pun. 

Thursday, 2 October 2025

Hari-hari terakhir Adam di Smakk dan Hari pertama di Smaputra

 Assalamualaikum..Lama tak muncul dalam blog. Sibuk menguruskan Adam dan en suami nak pindah balik semenanjung. Minggu lepas start dari hari Selasa 23/9/2025 Adam request buatkan cinnamon rolls buat kali terakhir untuk rakan-rakan halaqah dia. Rakan-rakan halaqah dia suka sangat cinnamon rolls yang sy buat. Ustaz halaqah Adam pun rajin buat makan-makan dan perjumpaan ibu bapa. Halaqah dialah yang paling aktif, sedih juga baru nak baik-baik dengan parent yang lain, dah kena pindah. 24/9/2025 hari Rabu pula buat cinnamon rolls untuk kawan-kawan sekelas dia. 25/9/2025 en suami pula request buatkan pecan pie untuk staff2 department dia buat kali terakhir. Bos baru en suami cakap, sedapnya pecan pie wife u, lebih sedap dari yang dia pernah makan kat luar negara. Bos dia tu sblm ni posting kat sana, baru dpt pindah balik ke Sabah. En suami kena lapor diri kt opis baru 1/10, kira semalamla. 

25/9/2025 adalah hari terakhir Adam kat Smakk, pengetua hari tu ada cakap, sebelum keluar nanti, jumpa saya dulu tau. Bagus pengetua ni, dia banyak tolong kami. Alhamdulillah. Dia sendiri yang call pengetua sekolah baru untuk terima Adam di sana. Pengetua baru pun ok je. Sebab kalau pindah borneo ke semenanjung nak tak nak diorang memang kena terima. Hari tu pun, kitorang apply Smakl dan Smaputra. Dua-dua dapat. Tapi kami memilih Smaputra sebab Smaputra lebih dekat dengan rumah kami di Kajang. Buat masa ni en suami dan Adam dahulu pindah, manakala saya, Aqlan dan Arissa stay dulu di KK, nak habiskan sesi persekolahan tahun ni dulu di sini. 

Masa Adam form 1 masa baru daftar dulu pernah tangkap gambar dengan pengetua kat sini juga, hari last di sini pun bergambar lagi. Terbaik puan pengetua. Terharu kami. 

Bergambar dengan Ex-PPIAN, Qaleef form 2 dan Fathur sama kelas dan bilik dari form 1 sampai form 3. Masa kt PPIAN dulu pun sama kelas dgn Fathur. Saya pun baik dengan parent kedua-duanya, sedih juga sebab sy pun bakal berpisah dengan mereka. 

Tangan kanan cinnamon rolls untuk rakan sekelas, tangan kiri dia dpt hamper pertandingan main batu seremban kt sekolah hari tu. 

Cinnamons rolls yang menjadi kesukaan rakan-rakan halaqah Adam, Arissa kat rumah pun hantu cinnamon rolls, kalau buat untuk kawan-kawan Adam, mesti selit untuk Arissa juga..  

Pecan pie buat 2 saiz 11 inci untuk staff kat opis en suami. Kawan-kawan opis kat semenanjung dah seronok2 sebab diorang dah boleh order semula pecan pie ni. hehe.. kembali bekerja la saya.. baru ingat nak relax2 mcm kat sabah ni. Kat Sabah awal2 dulu je buka order, lps tu dah malas nak buat, brg2 bakery kat sini mahal betul. 

Terima hadiah al-Quran dari guru kelas dia Ustazah Norafidah dan Ustaz Musaddiq. Guru halaqah Adam, Ustaz Nasir pun bagi al-Quran, semoga Adam sentiasa istiqamah murajaah, mengamalkan dan memelihara al-quran dengan baik selepas ini. 

Bersama rakan-rakan sekelas, ada beberapa orang yang tiada dalam gambar sebab terlibat dengan pertandingan bicara berirama dan memanah. 

Welcome to Smaputra, semoga Adam cepat sesuaikan diri di sini. Dapat kawan-kawan dan guru-guru yang baik. 3 bulan ni berjauhan sebentar dengan ibu, tapi dekat dengan ayah. 

Semoga Adam dapat melakar kecemerlangan di sini. Ameen. Dah khatam, mudah-mudahan Adam dapat tumpukan lebih pada akademik pula di samping sentiasa rajin murajaah agar dapat menjaga hafalan dengan baik. Semoga Adam juga lebih aktif di sini. Ibu akan sentiasa doakan Adam. Tak sabar nak pindah, tapi dalam masa yang sama, sedihh sebab nak meninggalkan sahabat-sahabat yang baik kat sini. Begitulah kehidupan kita kan, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Semoga kedua-duanya adalah kerana Allah. Mudah-mudahan ukhuwah berkekalan selamanya. 

Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid

  Assalamualaikum Khamis lepas 11/12/25 merupakan Majlis Anugerah Kecemerlangan sekolah Aqlan dan Arissa. Alhamdulillah Aqlan dapat 2 anuger...