Assalamualaikum..
Dari semalam lagi bertrip-trip basuh baju. Banyak betul baju-baju yg nak dibasuh. Masa kami ke Ranau, cuaca di KK tidak berapa baik. Hujan sepanjang malam dan awal pagi. Ada juga hujan sepanjang hari, berhenti sekejap, lepas tu sambung balik hujan. Banyak tempat yang telah dinaiki air. Alhamdulillah hari ni tak hujan. Hari ni terasa macam nak masak nasi lemak, dah lama tak buat. Periuk nasi kat rumah ni kecik, muat 4 cup beras je. Selalunya masak nasi 1 cup setengah atau 2 cup je. Kalau semua ada kat rumah, baru masak 3 cup. Jarang sangat masak 4 cup. Sebenarnya tak yakin sangat boleh masak dengan sempurna nasinya.. sekalinya memang betul. Nasi masih mentah. Saya pun terus sendukkan nasi, masukkan ke dalam periuk pengukus.
Sementara itu, nak masak sambal ikan bilis. Disebabkan malas nak kotorkan dapur dengan percikan sambal, saya masak sambal guna thermomix sahaja. Sambil malas2 pun boleh settle. Kalau masak nasi goreng atau mihun, saya lebih suka guna kuali.
Nasi ni warnanya kuning sikit, sebab letak serbuk kunyit. Mula2 tumiskan hirisan bawang putih dan hirisan halia. Lepastu terus campak dalam rice cooker, tambah santan kotak 1, susu cair-balance yang ada dalam fridge, sebab nak habiskan. Malas nak simpan lama-lama. Masukkan air, garam dan daun pandan. Kacau-kacau.
Hasil sambal masak guna thermomix, minta maafla banyak betul minyak. Lurus naw, ikut resepi sebiji-sebiji. 150-200 gram minyak masak. Saya letak dalam 195 gram. 🙈 Tapi xpe, kadang-kadang balance sambal nasi lemak ni, bahagian minyak dia saya akan guna untuk menumis bila nak buat nasi goreng ke utk keesokan harinya. Siap-siap cakap ke anak, kalau nak amik sambal, jangan amik minyak, amik sambal je.
Timun jepun
Tadaaa.. dah siap dah nasi lemak yang sangat-sangat jarang memasaknya.. konon nak buat ala-ala kedah, tapi yg tu diorang guna beras basmathi. Saya pulak tak pernah beli beras tu. Orang kata lebih cantik kejadiannya kalau guna beras basmathi. Saya tak pernah beli sebab beras ni tak berapa kenyang..😅Mungkin next time boleh cuba.. Teringin juga nak belajar nasi yang berperisa ni.. Musim cuti sekolah ni, sarapan pagi kena berat sikit supaya anak-anak kurang sikit kekerapan diorang buka fridge.. kalau tak asik ke situ je la kerjanya.. haha..
No comments:
Post a Comment