Setiap ibubapa pasti lebih memikirkan tentang pelajaran anak-anak, di mana mereka akan bersekolah..macammana suasana pembelajarannya, sahsiah dan akhlak anak-anak. Begitu juga kami suami isteri. Dulu, semasa kami menetap di semenanjung, anak-anak bersekolah di Sek Abim. Kami pilih sekolah itu sebab sekolah itu adalah sekolah rendah islam yang paling dekat dengan rumah. Tahun terakhir kami menghantar anak di sana yang pada ketika itu Adam darjah 5, Aqil darjah 3 dan Aqlan darjah 1. Target kami memang nak sekolahkan anak-anak di sekolah rendah islam supaya akhlak dan pergaulan mereka terpelihara, risau sangat dengan zaman sekarang. Tapi sebenarnya mana-mana sekolah pun sama cuma kurang sikitla masalahnya. Teringat kisah tahun lepas, masa tu Adam, Aqil dan Aqlan menjawab soalan exam UKM2 di sebuah sekolah rendah kebangsaan, masa tu perhimpunan. Adam la yang cerita pada aku, cikgu menegur murid-murid tentang sentuhan murid lelaki dan murid perempuan, masalah macam tu lebih teruk di sekolah biasa, berbanding sekolah agama. Semoga Allah melindungi anak-anak kita daripada perkara yang tidak elok.
Berbalik kepada cerita tadi, setelah pindah ke Sabah, kami memang mencari sekolah rendah islam juga. Waktu itu, tarikh untuk permohonan ke sekolah tersebut telah tutup dan kami terlepas untuk menduduki ujian dan sesi interview, tapi suami berjumpa dengan guru besar menyatakan yg kami terlewat diberitahu mengenai perkara itu. Mujur guru besar mengizinkan anak-anak kami menjalani ujian dan interview pada waktu lain. Alhamdulillah kesemua mereka dapat diterima masuk ke sekolah berkenaan. Waktu tu masih ada kira-kira 2 bulan sebelum sesi persekolahan baru bermula. Disebabkan sesi persekolahan tahun itu belum tamat, Anak-anak kami belajar sendiri di rumah, aku suruh anak-anak jawab soalan yg dicari sendiri di internet. Kira diorang ni berhenti sekolah lama sebelum exam akhir tahun, dan masuk sekolah nanti tunggu sesi baru je nanti. Jadi tahun tu xde exam akhir tahun la diorang.
Tibalah kira-kira seminggu atau beberapa hari sebelum masuk sekolah, time tu kan baru habis zaman covid, jadi sekolah buat taklimat secara online tentang kemasukan sekolah, silibus, cara lalu lintas hantar dan ambil anak dari sekolah dan lain-lain lagi. Waktu itu barulah yang aku tahu yang sekolah itu rupanya sekolah tahfiz. Ingatkan sekolah rendah islam biasa. Silibus ketika itu untuk tahun 6 kalau tak silap aku kena habis juzuk amma (juzuk 30), 7 surah-surah pilihan dan juga juzuk 1. Wallahh.. banyak juga tu Adam nak catch up silibus. Masa tu dalam fikiran aku dan suami, boleh ke anak-anak kita hafal ni. Tak pernah terfikir pun untuk diorang hafal al-Quran, ingatkan cukuplah sekadar sekolah agama. Tapi tak pe, kita teruskan dan tengok nanti macammana.
Sebelum pindah Sabah, aku dengan kakak aku yg no.2 tu selalu bercerita dan share pengalaman sekolah anak. Anak-anak dia semua hantar ke sekolah Al-Amin, dan dia selalu cerita pasal sekolah itu pada aku. Sekolah tu bagus, akhlak anak-anak bagus, sahsiah dia mantap, anak-anak dilatih menjadi ketua, pandai bercakap dihadapan. Aku pun sebenarnya dulu menyimpan harapan juga nak sekolahkan Adam dan Aqil di situ tapi disebabkan sekolah tu jauh sedikit dgn rumah dan jalan sangat jem nak ke sana.. maka, aku dan suami decide pilih sekolah Abim je. Abg ipar dan kakak aku memang aim nak anak mereka hafal Quran, jadi mereka memang akan pilih sekolah SMKA TMUA atau MRSM Ulul-Albab. Masa tu aku memang tak terfikir lagi sekolah menengah mana yang akan kami pilih sebab belum study lagi pasal tu. Adam pun masa tu baru nak masuk darjah 6. Bila dah pertengahan tahun dan permohonan kemasukan sekolah-sekolah khusus serta MRSM nak dekat dibuka barulah aku tercari-cari maklumat pasal sekolah-sekolah tersebut. Terima kasih juga buat kakak senior masa ukm dulu merangkap jiran satu taman perumahan masa kat semenanjung serta kawan baik kakak aku juga yang selalu berkongsi info2 sekolah-sekolah idaman mereka. Siap dia bagi contoh surat rayuan lagi sekiranya tak dapat sekolah yang kita idamkan tu. Baik sungguh dia, semoga Allah membalas segala kebaikan beliau berlipat kali ganda.
Setelah berjuang disekolah tahfiz, barulah aku sedar yang sebenarnya anak-anak ini berkemampuan untuk menghafal Al-Quran, kami cuma bg dorongan dan semangat serta doa supaya mereka mudah menghafal. Dan kami akan tanya sendiri anak-anak nak sekolah mana, yang ada hafazan atau tidak. Sebab kami tak nak paksa sekiranya mereka tidak mampu menghafal, mereka juga yang akan menghadapinya nanti. Adam dan Aqil memang diorang sendiri yang nak hafazan jadi kami cuma tunjukkan sekolah mana yang sesuai buat mereka. Disebabkan Adam anak sulung dan masa tu kami pun baru pindah Sabah, jadinya pemilihan sekolah untuk Adam semua sekolah di sekitar Sabah sahaja. Ayahnya tidak sanggup untuk berjauhan dgn anak katanya. hihi. Aku mengikut je.
Aqlan tahun ni dah darjah 5, dari semasa ke semasa aku sentiasa juga tanya Aqlan nak sekolah ada hafazan atau tak? Buat masa ni dia selalu cakap nak yg ada hafazan. Cuma, banyak perkara yang perlu diperbaiki sekiranya dia betul-betul nak sekolah TMUA. Setiap anak kan berbeza. Banyak lagi yang perlu ibu belajar untuk tackle hati Aqlan supaya dia rajin buat latihan, perbetulkan bacaan al-Quran dan latih sikap dia supaya lebih pandai berdikari dan rajin buat kerja rumah. KPI buat ibu juga ni nak pastikan dia boleh survive pada masa akan datang. Arissa pulak dia cakap awal-awal tak nak hafazan, dia cakap susah. Kalau boleh aku tak nak paksa kalau dia tak nak, cuma dia baru darjah 2 banyak tahun lagi kalau nak bersedia pun..hehe..
Kesimpulanya, sekolah rendah tahfiz diorang ni sangat bagus. Dah diajar macammana cara nak cepat hafal, siap ada buku gundalan, setiap hari guru halaqah akan share prestasi hafazan anak-anak. Rezeki yang tak disangka-sangka bila tercampak di bumi Sabah ini, dapat kawan-kawan yang sangat baik dan anak-anak mereka kebanyakkannya hafiz dan hafizah.. MasyaAllah, tabarakallah..
No comments:
Post a Comment