Monday, 13 January 2025

Keputusan Semakan MRSM

Semalam dah cek result Aqil, dia dapat waiting list.. Aku tau MRSM ni sukar sikit nak tembus kecuali kalau merit UKKM betul2 tinggi dan tergolong dlm golongan B40. MRSM ni mmg aku surrender awal2 dan tak meletakkan harapan yg tinggi utk dapat. Kalau dpt ahamdulillah, kalau tak dpt mungkin bukan rezeki dia di situ dan mungkin rezeki dia di tempat lain yg lebih baik lagi. 

Hari ni pengumuman keputusan SRU pulak. Aku harap Aqil dapat result yg lebih baik dari trial. Sepanjang 3 tahun dia bersekolah di sini, biasanya dia boleh skor subjek agama dgn baik, cuma mungkin Allah nak uji sikit masa trial dia demam dan tak dpt jawab soalan dgn baik, tambahan pula biasanya soalan trial lebih susah sikit berbanding SRU sebenar. 

Result semakan kelayakan ujian dan interview SMISTA pun Aqil tak dpt, mungkin sebab result trial SRU dia tak berapa cantik kot, tu sebab dia tak dpt. Murid2 selangor dpt isi result guna PSRA diorang, murid2 KL guna result UPSRA..  disebabkan Sabah ni lambat sgt dpt result sebenar, tu sebab aku guna result trial. Ntah la.. mungkin bukan rezeki dia di situ. Apa-apa pun aku sangat berharap agar dia dpt sekolah yg terbaik buat dia.. 

No comments:

Post a Comment

Keputusan Semakan MRSM

Semalam dah cek result Aqil, dia dapat waiting list.. Aku tau MRSM ni sukar sikit nak tembus kecuali kalau merit UKKM betul2 tinggi dan terg...