Friday, 28 February 2025

Keputusan yang ditangguhkan

Hari ni saya nak kongsikan satu cerita pengalaman masa sekolah menengah dulu. Pengalaman ni memang tak dapat dilupakan sebab macam magic dan tak terfikir dek akal yang Allah sangat mendengar doa hamba-hambanya dan mengabulkannya. Dulu waktu sekolah, saya target nak dapat 9A dalam PMR, walaupun tak pernah terfikir untuk tukar sekolah tetapi tetap nak juga 9A tu. Ramai juga kawan-kawan yang target nk pindah sekolah selepas PMR sebab dah tak nak belajar Bahasa Arab, nak tukar sekolah yang lebih dekat dengan rumah, ada yang nak masuk KISAS dan ada juga yang nak masuk sekolah teknik. Bagi saya, saya memang nak stay sekolah itu sahaja sebab sekolah tu kira dah dekat dengan rumah, kira-kira 30 minit sahaja, tambahan pula sekolah tu sebenarnya masih baru lagi, saya adalah batch kedua di sekolah tersebut. Jadi, masalah buli memang tiada. Alhamdulillah. 

Setiap kali waktu solat, pada sujud terakhir saya selalu berdoa agar saya mendapat 9A dalam PMR. Saya rasa sebenarnya macam tak layak sahaja dapat 9A sebab saya lemah dalam English. Tapi tak tau kenapa saya nak juga 9A tu. Nama saya bermula dengan huruf N dan dibelakang saya sewaktu exam trial PMR tu, adalah nama yang bermula dengan huruf S. Turutan nombor giliran kan mengikut nama. Kawan saya tu nama dia Safura, dia pandai English dan dia selalu score subjek tu, cuma dia tak suka Bahasa Arab, dia kata dia lemah Bahasa Arab. Dia harap dia dapat 8A, dan Bahasa Arab tu dia cuma harap dia lulus je. Saya pula Bahasa Arab, kira boleh la. Nak kata terer sangat tu tak la, tapi ustaz yang mengajar saya tu kata saya boleh score Bahasa Arab. 

Nak dijadikan cerita, beberapa bulan sebelum PMR sebenar, kawan saya tu terkena histeria. Tak lama selepas tu, saya dengar cerita dia dah pindah sekolah. Bila saya tanya dia semula selepas kami sama2 dah grad, maknanya dah berpuluh tahun selepas tu, dia cakap, dia pindah sekolah sebab dia rasa tak sesuai duduk asrama, dia pindah sekolah di kampung dia. Dia pulun amik tuisyen Bahasa Arab dan Math. Pada fikiran saya, mungkin sebab dah tak boleh nak drop subjek Bahasa Arab tu, sebab dah daftar PMR, jadi memang kena ambil juga la subjek BA tu. Dia cakap orang lain pergi riadah, dia pulun study dan tuisyen. Bila exam PMR sebenar, nama saya tiada dalam senarai pelajar yang ambil PMR, tapi no ic saya ada, saya tengok dalam senarai tu. Kira saya dah jadi calon tercicir. Jadinya waktu exam PMR tu saya duduk di belakang sekali, selepas nama huruf Z. Huhu. Kesian saya, rupa-rupanya PPD dah terdelete nama saya sbg pelajar yang pindah tu. Bila keluar result PMR, saya dapat result 8A 1D, Pafa gagal. Bahasa Arab saya D, ustaz saya tak percaya saya dapat D Bahasa Arab, dia suruh saya recheck saya punya keputusan. Yang paling tak percaya tu Pafa boleh gagal, padahal sekolah agama kot. Pelik sangat tu.

Kawan saya pula cakap result PMR dia 9TH. Pafa lulus. Dia cakap, penat je belajar dan jawab exam, apahal pulak Tak hadir. Serupa tak belajar je dia cakap. Cikgu dia pun suruh recheck result. Akhirnya dia dapat 8A 1D, D Bahasa Arab, Pafa lulus. Saya pulak selepas recheck result PMR, saya dapat 9A, yang D Bahasa Arab tu rupanya saya dapat A. Tapi result kedua saya punya Pafa still gagal. Ustaz suruh saya cek lagi yang Pafa tu. Akhirnya result ketiga PMR saya dapat 9A dan Pafa lulus. Alhamdulillah. Cerita ni saya rasa, mesti Allah nak bagi sesuatu yang suruh kita fikir. Allah beri juga saya dapat 9A tapi jalannya tak sama macam orang lain. Kemungkinan result kami bercampur dan saya rasa BI saya tu mungkin juga result BI dia. xpe yang penting, yang dah berlalu biarkan ia berlalu. Semuanya telah menjadi sejarah buat kami.

Bila SPM pula, saya tak bersungguh doa untuk dapat 11A seperti mana saya berdoa untuk dapat 9A dalam PMR, padahal sebenarnya SPM lagi penting dari PMR kot. Saya menyesal juga kenapa tak doa dan berusaha bersungguh-sungguh untuk SPM. Dan sekarang baru saya sedar, apa yang kita lalui dahulu banyak hikmah yang tersembunyi yang baru sekarang nampak. 

Saya contact balik Safura tu setelah sekian lama tak berhubung, itu yang saya tahu apa yang berlaku pada dia masa PMR tu. Masa SPM pula kami kan dah berbeza sekolah, result kami pun lebih kurang sama, saya dapat 6A 4B 1D dia pula dapat 6A 3B. Saya dapat D tu tau tak apa? Mestilah English yang saya tak terer tu..Aduss malu betul. Jadi, saya buat kesimpulan, sebetulnya itulah result saya. Result kami yang bercampur sebelum tu kira macam fair lah saling bantu membantu. ahaa.. 

Selepas SPM, saya sambung matrik dan seterusnya UKM. Kawan saya tu sambung di UNITEN. Sememangnya itulah target kami, saya nak sangat masuk UKM dan dia nak sangat masuk UNITEN. Rupanya nasib kami juga agak sama. Selepas grad, kami sama-sama bekerja sebentar dalam bidang masing-masing. Selepas itu, kami masing-masing melepaskan jawatan dan akhirnya menjadi surirumah, sebab nak jaga anak sendiri. Bila contact balik, Ya Allah sesungguhnya kami tak sangka dengan semua kebetulan itu. 

Apa yang saya dapat simpulkan di sini ialah sebagai seorang hamba Allah, kita sangatlah perlukan doa.. Memang betul doa adalah senjata orang mukmin. Semoga kita sentiasa dekat dengan Allah, dan ingatlah apa yang Allah kurniakan itu semuanya dari Allah, kita tidak punya apa-apa pun di dunia ini, semuanya milik Allah. Dia berhak beri dan Dia juga berhak tarik balik. Semua itu adalah pinjaman daripada Allah. Semoga kita menjadi hambanya yang sentiasa bersyukur di atas segala nikmatnya. Aminn.

Adam Khatam Hafazan 30 juzuk Al-Quran

Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Semuanya dipermudahkan. Hari ni Adam dah khatam hafazan 30 juzuk al-quran. Terima ...