Monday, 13 January 2025
Keputusan Semakan MRSM
Sunday, 12 January 2025
Berdebar menunggu Result minggu depan
Assalamualaikum.. Esok merupakan hari keluarnya keputusan permohonan MRSM bagi tahun 2025, rasa berdebar juga walaupun rasa mcm tak tahu lah nk cakap mcmmana.. xpelah hanya Allah shj yg tahu apa yg terbaik buat Aqil. Ada 4 tarikh semakan 13/1/25, 27/1/25, 3/3/25 & 17/3/25.
Selasa pulak 14/1/25- keputusan SRU (Sjil Rendah Ugama) bagi tahun 6 di Sabah ni. Berdebar weh.. masa exam trial SRU, minggu tu mmg sama dgn tarikh exam UKKM utk MRSM, dan PKSK utk permohonan sekolah khusus SBP/SMKA. Pagi exam UKKM/PKSK ptg trial SRU.. mmg mencabar betul. Teringat lagi masa tu selepas Aqil betul2 habis jawab exam Ukkm dan ujian hafazan ulul albab, badan dia tiba2 panas.. dan terus demam.. ptg tu terpaksan tunda exam trial ke hari lain.. Esoknya exam PKSK pulak tu. ptg tu mmg bg dia rehat dan makan ubat. Esoknya dia jawab dlm keadaan demam lagi. Aku sgt risau tp apa yg dpt dilakukan hanyalah doa dan baca yasin sepanjang dia menjawab soalan.. semoga dia dpt jawab dgn baik.
23/12- semakan utk kelayakan ujian Tahfiz utk sbp/smka. Alhamdulillah nama Aqil tersenarai utk iv TMUA di Smap Bentong. 6/1 selesai iv, semoga Aqil dapat sekolah yg terbaik buat dia. Mak dia yg terlebih debor ni. Persediaan utk iv ni pertama, kami latih dia untuk hafal 1 muka surat dalam masa 30 min. Kedua, latih dia menulis ayat quran 3-4 baris dengan kemas. Ketiga, bagi dia baca al-quran, aku semak dia baca 1 muka surat. Semak tajwid, panjang pendek, dengung semua tu.
Hafazan tu, kalau dapat 15 baris tu mmg mantap, tapi Aqil xde la sampai 15 baris. Dapat lebih dari setengah muka surat dlm masa 30min tu pun dah cukup bagus. Malam sebelum iv aku try minta aqil hafal 1 muka surat, aku sengaja bagi ayat yg susah sikit nk sebut supaya biar dia rasa susah2 dahulu supaya bila dpt ayat yg susah, dia boleh bersedia. Tengah2 hafal tu dia berhenti, dia mcm xde mood nk teruskn sebab rasa susah nak sebut. Dia dpt hafal dlm 5 baris lbh kurang mcm tu tapi byk sangkut2. Dia dah mcm frust. Mujur sblm tu dia dah buat latihan tahriri, kalau x. Semua benda dia tak nak buat. Demi untuk menjaga emosi dia, aku cakap xpe Aqil, ibu akn doakan semoga esok Aqil dpt ayat yg mudah dibaca, mudah dihafal dan semoga esok segala2nya lancar.
Alhamdulillah, esoknya Aqil betul2 dpt ayat yg mudah dihafal dan dia dpt hafal 8 baris mcmtu.. tahriri pun dia dpt ayat yg dia pernah hafal. Bahagian tilawah pun alhamdulillah ok.. Sepanjang dia iv sebagai seorang ibu, doa dan pergantungan kpd Allah tu sangat2 diperlukan. Waktu2 kritikal mcmni apa yg boleh dibuat ialah solat, doa dan baca surah Yasin.. di samping selawat dan istighfar. Aku sangat berharap agar ada rezeki Aqil utk Smap Bentong. Atau apa-apa sekolah yg terbaik utk dia, baik utk masa depan dia, dunia dan akhirat dia.
Keputusan Semakan MRSM
Semalam dah cek result Aqil, dia dapat waiting list.. Aku tau MRSM ni sukar sikit nak tembus kecuali kalau merit UKKM betul2 tinggi dan terg...
-
Assalamualaikum.. Lama dah sebenarnya nak berkongsi sedikit sebanyak pengalaman menghantar anak di tadika. Ye lah, skg ni ibu bapa sdg sibu...
-
Assalamualaikum.. Mengandung kali ni teruja juga nak tau jantina baby sebab aku dah ada 3 boboiboy.. Kalau dapat gegirl alhamdulillah.. ...
-
Assalamu'alaikum.... Sejak beg pam susu aku tercabut zip, aku tercari2 beg yg sesuai utk menggantikannya..dlm masa yg sama, aku p...