Wednesday 24 December 2014

Turki: Hari kelima di Pamukkale

Ni gambar dari en google eh..

Pamukkale membawa maksud Cotton Castle (atau Istana Kapas ) dalam Bahasa Turki.. di mana kawasan ini terbentuk dari mineral yang membentuk teres2 yang berwarna putih. tempat ni agak tinggi macam bukit dan teres2 kolam air panas terbentuk..suhu kolam air panas ni mencecah ke 35 darjah celcius.. sangat cantik pemandangan di sini..nampak macam tempat bersalji padahal tak... cuma hari tu kitorang xdpt nk bergambar byk2 kt sini sebab tau la kan travel dgn budak2 ni mmg sgt mencabar.. Kat sini la nk solat zohor jama' dgn asar pastu Adam dan Aqil bergilir2 nk "berry" plak.. nk cebokkn diorg satu hal.. dah kene beratur pjg..   Masa yang diperuntukkan di sini amat limited sebab petang ke malam (xigt da..) adalah flight ke Istanbul semula.. Dari tempat turun van persiaran ke teres2 mineral ni  sangatttttla jauh.. nikmatilah pemandangan yang rasa macam muka kita ni  tertepek kat buku sejarah..haha.. macam padang jarak padang tekukur pun ada tapi tempat ni mmg byk sejarahnya..

 Pemandu pelancong menerangkan tempat ni..

Jauh nak berjalan ni..

Pemandu pelancong tu kata kat sini boleh rendam2 kaki sahaja.. tapi air dia agak beracun sebab tu xde orang berendam.. sorila, tak dapat amik gambar dari angle yang cantik sebab kene jaga anak2 dalam stroller.. husband je yg dapat turun bawah.. tapi xsempat juga nak bergambar byk2 sebab kesuntukan masa..huhu..

Kolam air panas dalam Antique Pool ni boleh berendam..tapi memang bykla mat saleh-mat saleh dalam tu..dan pakaian mereka faham2 je la.. mujur aku rabun..jadi xnampak sgtla..haha..

  jernih air dalam kolam ni..

Ni pun gmbr dr google jugak... Subhanallah cantiknya!!

Petang ke malam tu kitorang berlepas ke Istanbul semula dan sambung jalan-jalan kat sana lagi..



Tuesday 23 December 2014

Aqlan Danish dah 6 bulan


Assalamualaikum.. lama sungguh aku xupdate blog.. bz sesangat la sejak menjadi surirumah ni.. kdg nk pegang hp pun xsempat.. Usia Aqlan Danish dah 6 bulan, iaitu 180 hari ..hehe.. aku siap kira lagi.. alhamdulillah setakat ni Aqlan masih fully breastfeed.. semoga berjaya sehingga dia berusia 2 tahun.. Mulanya aku bg bubur nasi blender.. sikit2 je dulu, sebagai permulaan..  dia mkn ok..abg2 dia semangat nk tgk adik dia makan.. Kali ni rasa semangat nk try macam-macam resepi bubur baby 6 bulan..abang2 dia sebelum ni carrot/brokoli/bayam/kentang/ labu balik2 tu je.. kali ni ingat nk pelbagaikan lagi jenis mknn.. contoh bubur nasi+jagung ke.. kurma ke.. puree epal atau pear..hehe.. semoga berjaya!!


Ni contoh bubur nasi yang dah diblender.. kuantiti sedikit sbb baru start je kan.. dalam minggu pertama macam ni la.. nanti dah masuk minggu kedua baru aku akan pelbagaikan dan kuantiti dia for sure la bertambah sedikit demi sedikit :)


Saturday 1 November 2014

Turki: Hari Keempat di Ephesus Part II

Lama juga entri ni duk dlm draf dan tak siap2.. skg ada masa baru boleh sambung balik.. dah setahun berlalu pun.. cerita dah basi...kiki..
Ni sambungan part I ye..
Selepas makan, kitorang melawat ke kilang karpet. Kalau ke Turki memang tak sah kalau tak ke kilang karpet.. Kebanyakan karpet yang berkualiti tinggi memang berasal dari Turki..  Tapi harganya memang kerat leher la.. haha... nak2 karpet yg diperbuat dr sutera.. teksturnya lebih lembut dan best dipijak..

Diorang buat dengan tangan je. 
Nah.. tengok dekat2..

First time tengok ulat sutera depan mata..
Lepas tu, kitorang melawat masjid yang tertua di Turki, yang telah dibina pada tahun 1375M. Lama tu.. 
 Bahagian dalam masjid

Bahagian luar masjid.. memang binaan lama..

Setelah habis melawat masjid, kitorang meneruskan perjalanan ke hotel tempat kitorang menginap untuk satu malam.. nama tempat ni Kusadasi.. area tepi pantai.. di lereng2 bukit, banyak sangat rumah atau hotel..jalan dah la berbukit... naik semput jugak nak mendaki.. kene tolak stroller lagi.. kalau nak ke kedai kene turun bukit yang menjunam, pastu jalan sikit, baru jumpa macam pekan yang banyak sikit kedai2 dan restoran2..
Petang tu,kira nak dekat maghrib tu kitorang jalan2 di sekitar pekan untuk cuci2 mata.. pastu makan malam di hotel..dan merehatkan diri setelah penat seharian berjalan..
Ok, selesai untuk hari ini..
Moh kita layan gambar..
So far, okla bilik ni.. tidur utk satu malam je pun..esoknya balik ke Istanbul semula.. cuma yang tak bestnya ialah air paip dia, rasa mcm air laut..xbest bila gosok gigi nk kumur2..

Pemandangan dari sliding door hotel.. ada balkoni.
Memang sangat berbukit..
 Macam padat je tempat ni..sbb byk sgt rumah2 bertingkek2..
 Pemandangan menghadap laut..
Pemandangan ketika sunset..byk syaitan berkeliaran ni..haha..tp nk jalan juga.. kawasan ni tepi laut, seafood dia segar..

Design kedai2 kat sini cantik jugak..

Lanskap dia pun boleh tahan juga..

dinner di hotel saja sbb dh include dlm pakej..
Syoknya dpt mkn anggur ni..

Ok, sekian utk hari ini.. 

Thursday 30 October 2014

Klinik Pergigian Putra Kajang

Assalamualaikum..

Hari ni nak promote sikit berkenaan Klinik Pergigian Putra Kajang.. kakak aku dah setahun lebih buka klinik pergigian ni.. Sebenarnya dah lama aku nk post tp asik tertangguh je.. duk terperap dlm draf lama2.. he.. Sesiapa yang rasa nak buat rawatan gigi bolehla berkunjung ke klinik beliau eh.. klinik ni letaknya di Taman Putra Kajang.. bersebelahan dgn tol sg ramal.. kedudukan klinik ni ialah bersebelahan dgn Butik Syazara..selang sebuah dgn Butik Modest Culture Inspired by Prof Muhaya.. lg.. selang bbrp buah dgn Restoran Laman Grill.  

Antara rawatan yang boleh dilakukan di klinik tersebut ialah ....

1) cabutan
2) gigi palsu
3) tampalan
4) whitening
5) orthodontik
6) crown dan bridge
7) scaling dan polishing
8) rawatan kanal akar
9) pembedahan pergigian 

Harga adalah mengikut jenis rawatan yang dilakukan.. InsyaAllah ok..

Antara kemudahan yang ada dalam klinik beliau ialah surau, sudut membaca dan ruang bermain untuk kanak-kanak kecil..

Ni alamat klinik tersebut:

Dr. Nurin Nadia Binti Ngatiman
No. 32-G Jalan Putra 2
Taman Putra Kajang

No tel untuk sebarang pertanyaan atau membuat temujanji:

014-621 5782 / 03-8740 7992

Waktu Klinik:
Isnin-Ahad (Cuti Umum TUTUP)
Masa: 9.00 pagi hingga 9.00 malam

ni la klinik beliau..
 
 
Bilik rawatan
 
 
Sementara tunggu giliran rawatan, boleh la tambah-tambah ilmu dengan membaca..
 
Bagi yang membawa anak-anak, boleh la diorang main kat sudut ini..
 
 


Friday 24 October 2014

Inilah jalan yang aku pilih...

Assalamualaikum..

Akhirnya aku dah memilih jalan untuk resign dr gomen.. rasanya ini mungkin yang terbaik buat aku.. segalanya aku serahkan pada Allah..sebab Dia sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk aku.. ntahla.. bila fikir2 balik..bila aku amik keputusan utk resign, segalanya macam mudah, tak seperti aku try untuk mohon cuti tanpa gaji.. padahal aku rasa nak je bekerja, tp kenapa la susah sangat nak mohon cuti tanpa gaji menjaga anak.. seolah2 xde orang lain lg yg boleh buat kerja tu.. 

Masa Raya Haji hari tu, aku dan suami mengadap mak dan abah utk menyatakan hasrat aku utk berhenti kerja.. suami yg byk ckp masa tu.. sbb skg aku dibwh tggungjawab dia kn..cuma mak abah aku la byk support aku utk belajar dr kecik smpi dpt masuk U.. mak aku ckp la.. kalau dah itu keputusan kitorang, jgn ada rasa menyesal dan kene kuatkan semangat untuk hadapi cabaran di rumah pulak.. kalau bekerja, ujiannya lain.. contohnya mcm melayan kerenah bila berhadapan dgn org atasan- byk sgt bos- yg ni ckp lain, yg tu ckp lain.. pening kepala aku... rakan sekerja- yg ni ok.. staf- ada yg ok, ada yg x.. tp kebanyakkannya ok.. baru dpt agak, sbb org atasan ler yg lbh byk bg aku stress..hehehe.. kalau cabaran di rumah pulak, biasala - melayan kerenah anak.. yg ni pd aku ok lg sbb anak sendirikan.. nak tak nak kene hadap jugak.. walaupun kadang2 diorg ni ada je mende yg mencabar kesabaran..

Dari segi mak ayah mertua pulak, dulu2 pernah tanya.. diorang tak setuju.. tp skg diorg ok pulak sbb perhatian pd anak2 tu sgt penting la.. nak2 skg ni zaman dah x mcm dulu.. kurang perhatian je, anak2 akan terbiar.. tak de tempat nk mengadu masalah.. tak rapat dgn mak ayah sbb mak ayah sibuk dgn kerjaya..
(sbb plan nk resign dah lama cuma, xde masa yg sesuai je..) ada hikmahnya bibik aku lari.. mungkin ni la masanya utk aku jd surirumah dan didik anak2 sendiri..

Beberapa hari sblm hantar notis berhenti, aku sempat attend bengkel fail meja lagi..kat cameron highland pulak tu.. padahal dah plan utk resign, xde maknanya dah bengkel tu lg pd aku, tp diorg suh dtg gk walaupun aku tgh cuti tanpa gaji.. suami aku ckp, pegi je la..boleh jumpa2 diorg sblm betul2 resign.. dan bole jalan2 juga..hehehe.. hari last berbengkel, smpat juga aku bg hint dan menyatakan hasrat nk resign pd ketua unit aku prkt negeri.. pd pandangan dia, jgn aku resign dulu..fikir2kn dulu.. cukup ke x backup wang simpanan dlm bank utk bbrp bulan? U ada perjanjian bertulis ke dgn husbd u utk bg u duit bulan2.. -suami aku ckp, seolah2 mcm suami-isteri saling tidak mempercayai antara 1 sama lain kalau ada prjanjian cmtu.. pastu dia ckp aku ni jenis yg xkeluar2 atau join mana2 persatuan utk bersosial.. pastu dia ckp jd surirumah ni selekeh.. kwn seusia dgn dia yg xkerja nmpk lbh berusia dr dia.. pastu dia ckp, lain la kalau aku ada side income utk aku pegang duit sendiri... aku dgr je pndgn dia.. xsemestinya betul atau salah..ha... lg satu dia ckp takut husband ada org lain. Dia bercerita berdasarkan pengalaman dia dan kawan2 dia..okey.. aku faham..dia xnak nasib aku kemudian hari tidak terbela.. tapi aku tawakal je la.. masa akan dtg kita tak tahu.. tp buat apa fikir yg negatif..sedangkan byk lg yg positif boleh kita fikirkan.. sedangkan rezeki itu mcm2 cara ia dtg.. anak yg soleh.. waktu yg bermakna utk keluarga..rasa tenang dan bahagia..rasa cukup dgn apa yg ada..

Masa aku hantar notis tu, ramai yg terkejut kenapa aku nk resign.. xpelah.. mungkin rezeki aku dgn gomen setakat ni je.. makin lama aku stay, kang makin syg plak nk berenti sbb setiap tahun gaji akan naik..tapi demi anak2 dan keluarga aku ketepikan semua itu... dah la tahun depan dpt bonus setengah bulan gaji... aww... suami aku cakap, apalah sgt bonus tu berbanding dgn anak2... huuu... mmg xde tandingan ler... 

Semoga  jalan yang aku pilih ni, menjadikan aku seorang yang sabar.. dan cekap membuat kerja rumah... pandai masak lauk... sejujurnya, aku xberapa pandai masak lauk.. baking2 suke la.. mencabar gk bila anak xnak mkn apa yg kita masak...huhu.. sekarang ler masanya untuk improve skill memasak dan improve skill memujuk anak2  makan, mengemas mainan, berus gigi.. dan lain2...tu semua utk displinkan mereka ye x.. hehehe.. 

Sebenarnya aku ada plan, sementara anak2 sdg membesar 6 tahun pertama aku akn tumpukan sepenuh perhatian kpd mereka...bila mereka dah besar sikit dan aku dah bosan xde mende nak buat, aku nak buat sesuatu yg sgt aku suka.... nk tau.. tunggu la bbrp tahun lg ye..baru aku bgtau..InsyaAllah sekiranya umur masih pjg..

kadang2 apa yang diimpikan menjadi kenyataan bila kita tulis dan sentisa sebut.. itulah doa.. betul tak?? 

Sunday 28 September 2014

Surirumah vs berkerja

Assalamualaikum.. 
Ntah berapa kali ntah aku post tajuk yg sama..hehe.. tapi isu perbincangannya lain..

Lama sangat dah tak update blog.. berhabuks tebal dah.. sejak akhir2 ni macam2 yang berlaku..huhu..bibik lari..lagi 2 minggu nk naik kerja, dia lari pulak..dah pening kepala aku memikirkan mana nk cari pengasuh or pembantu rumah lain lagi.. disebabkan cuti bersalin aku belum habis, maka aku apply cuti tanpa gaji menjaga anak.. mulanya aku mohon setahun.. xdapat... 6 bulan.. xdpt... 4 bulan.. xdpt..3bulan..xdpt..so, bos bagi 2 bulan je.. kalau ikutkan husband aku memang dia suruh berhenti je kerja kalau xdpt cuti ni.. tapi disebabkan dapat, maka bolehlah aku berfikir, buat solat istikharah semoga dapat buat keputusan yg terbaik.. dulu2 mmg aku sgt suka kalau jadi surirumah, boleh jaga anak sendiri, buat kerja rumah sendiri, so, segalanya aku boleh buat ikut cara aku...kalau ada bibik, xde privasi, memang kita dah train ikut cara kita, tapi pasti ada jugak yg xpuas hati sana sini..cuma relaxla xpayah buat kerja rumah..xyah basuh baju, xyah sidai baju, xyah gosok baju..lps msk serahkn kt dia utk kemas dapur.. segala kerja rumah termasuk basuh berak kencing mandi budak dia yg buat.. seronok jd mem kt rumah..heheh.. bila aku bagitau mak ayah pasal macammana seandainya betul2 aku berhenti kerja, diorg rasa terkilan la sebab dah hantar aku belajar tinggi2, last2 berenti kerja dan jadi surirumah.. dan lagi satu mak aku tak tahan dgn mulut jiran tetangga yg akan mengata "buat apa hantar anak pompuan belajar tinggi2, nnt ke dapur gak akhirnya" sbb xbekerja walaupun ada lulusan..huhu,, sadiss..

Maka bermulalah episod hidup aku bergelar surirumah..hari ni hampir sebulan aku lintang pukang buat kerja rumah sendiri..husband outstation..nk raya haji baru dia balik..mulanya memang kelam kabut aku handle budak2, seminggu mak mertua duk sekali, sebab nak minta dia tolong jagakan anak aku kejap sementara aku turun naik ofis settlekan hal surat2 dan borang mohon unpaid leave ni.. pastu mak mertua aku bawa Aqil tinggal dgn dia dlm seminggu lebih.. so, aku boleh tumpukan sikit pd Adam dan Aqlan.. handle dua org pun kelam kabut.. kiki.. minggu lps baru aku bawa Aqil balik rumah untuk aku jaga..hu... mmg mencabar nk jaga 3 budak sorg2.. lagi2 time diorg bergaduh...aduii..stress mak dibuatnya.. kalau time ikut ckp ok la..tp bila diorg xnk dgr cakap...fuhh... aku rasa nk nangess... time ni aku rasa nak kerja opis hour la pulak.. rindu dgn kerjaya aku... huhu..

Kadang2 bila aku baca blog2 org pengalaman jd surirumah.. rasa nk jadi surirumah.. ada gk yg lbh nk pilih wanita bekerjaya sbb boleh bantu ekonomi suami..boleh shopping2 brg2 ikut kehendak sendiri.. ada gk yg perlu bekerja sbb nk bayar balik ptptpu... ada yg dah kira2 untung rugi jadi surirumah.. jadi bila baca semua tu.....aku jadi confius sama ada nk resign atau tidak...td tgk gaji dah masuk...tp nnt mesti kene byr blk kn..nama pun unpaid leave.. kdg2 rs mcm rugi je kalau aku resign.. gaji pun ok.. bukan senang aku nk dpt kerja gomen ni dulu...4-5kali interview tu.. bila dh dpt.. nk resign pulak.. tp dari sudut lain, aku fikir.. anak2 nk hantar kat mana.. asik xde rezeki dgn bibik.. bkn kitorang xtry cari bibik lain..dah amik tu.. tup2 esoknya kata xboleh nk kerja pulak... hantar balik pd ejen.. dh try call bibik yg sblm ni hbs contrak.. tp dia nk gaji rm1300..giler apa.. byk tu.. lbh dua kali ganda gaji dia yg sebelum ni.. aku ckp kt husband..baik duit tu bg aku..bg aku jd bibik..tp upkan sikit lg..heheh.. bkn apa, kitorg try je call kot2 la nk keje balik dgn kitorg..nk kata kerja 100% ok pun xla juga.. cuma dia pandai jaga budak..pandai bersihkan rumah ikut cara kitorang.. cuma tang gosok baju je problem.. tp okla asal jg budak dia ok..nk hantar pengasuh, byk kali nk kene fikir.. dah la tempat kerja aku jauh..sejam perjalanan..sblm pukul 7 dh nk kne bertolak.. selalu ada bibik..bgn pukul 6, ngam2 sblm pukul 7 boleh keluar.. hantar Adam ke sekolah..mujur dekat je sekolah Adam tu...sampai tmpt kerja bbrp minit nk pukul 8.. tu ada bibik ok la..sbb bibik boleh siapkan Adam awal2..tp kalau aku hntr taska atau pengasuh mesti kne bgn lg awal sbb nk siapkn diorg .. 3 org lg tu.. dah la kalau nk bgn tdo, kdg2 diorg pyh..belum campur kalau meragam ke.. huhu..mencabar2.. bila hantar taska pulak.. kalau hantar dekat dgn tempat kerja, mmg senang aku nk pergi kalau ada hal2 kecemasan ke apa, tp kalau aku kene ke shah alam ke atau ke tempat lain ..kursus ke.. jenuh pulak nk menghantar ke sepang pastu patah blk ke shah alam.. 

Huhu..kali ni betul2 buntu sama ada nk resign atau tak.. Ya Allah..bantulah aku dlm membuat pilihan dgn betul dan bijak.. kalau fikir utk masa depan anak2 mmg rasa nk resign.. jaga anak sendiri..nk didik mrk sndiri.. nk bentuk mrk dgn cara kita sendiri.. tp bila tgk realiti yg aku boleh buat dlm masa hampir sebulan jd fulltime housewife ni kn.. hari2 bz buat kerja rumah.. basuh kain..angkat kain..lipat kain..belum lg tang nk gosok baju..kdg berlonggok nk kene gosok..masak..kemas dapur..lap pinggan mangkuk..mop sekali sekala..vacum pun  xdpt buat hari2.. dlm sehari xdpt nk settle kn semua ..ada je x dpt siapkn.. belum lg tang anak2 nk kencing..berak.. buat hal xnak makan.. nk susu je..selongkar fridge cari vitagen la.. yougurt la.. buah la.. air kotak la.. buat kelecah atas sofa.. kdg nk tengok Adam buat aktiviti buku sekolah dia..nk ajar iqra'..kdg tak terbuat..ada hari dpt buat..ada hari xdpt buat.. hu..mencabar jd surirumah.. kalau kerja.. sama juga..dh penat balik kerja..kdg terbawa kerja blk rumah..tu bila time kene buat slide pencapian daerah.. bila dh penat, xdpt nk tumpu bermain dgn anak..kdg2 termarah diorg sbb buat bising..kita nk berehat..padahal seharian diorg duduk dgn bibik (time ada bibik la).. mlm la diorg nk perhatian kita..nk ajar iqra' pn xsmpt..apalagi nk tgk buku kerja Adam lg..

Bila aku tnya diorg nak ibu jaga ke bibik jaga..pastinya diorg jawab nak ibu jaga..hu.. berbelah bg..korang..doakan aku dpt buat pilihan yg terbaik ok.. sorila entry ni sgt pjg..

Wednesday 16 July 2014

Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum..
Sambil2 menidurkan baby curik masa sikit untuk update blog.. Di tempat kerja aku, iaitu di klinik kesihatan, hampir setiap minggu, aku akan bagi ceramah pasal penyusuan susu ibu.. sebelum aku bersalin anak pertama lagi tugas bg ceramah aku dah buat walaupun waktu tu aku hanya ada teori sahaja, pengalaman tak de... kebetulan masa aku tengah mengandung tu, nama aku tersenarai untuk menghadiri kursus pengurusan laktasi 20 jam..so, kira pengetahuan aku mengenai penyusuan susu ibu bertambahlah sikit..alhamdulillah..

Sebenarnya tugas memberi ceramah kepada pesakit yang sedang menunggu sementara pengambilan darah kali kedua setelah minum air gula di klinik kesihatan ni bukanlah suatu perkara yang mudah sebab persediaan sebelum nak bagi ceramah tu penting.. pengalaman+ilmu sangat2 diperlukan..sebab aku bukanlah orang yang benar2 arif pasal penyusuan, ramai lagi diluar sana yang lebih arif dan lebih berjaya dari aku..aku pun masih banyak lagi yang perlu belajar.. 

Aku sendiri pun, gagal menyusukan anak pertama selama 2 tahun.. dia dapat dalam 6-7bulan sahaja, sebab aku dah mengandung anak kedua..waktu tu aku sedih sangat dan rasa bersalah sebab tak dapat menyusukan anak lama.. :( husband cakap janganla sedih sangat, mungkin rezeki dia setakat tu je utk menyusu susu bdn..selepas tu aku berazam untuk anak kedua nak menyusukan 2 tahun.. alhamdulillah dapat menyusukan dia lebih lama iaitu setahun 10 bulan..lagi 2 bulan je nak 2 tahun tu pun sebab aku dah mengandung anak ketiga..kalau nak ikutkan, aku nk je menyusukan dia tapi bila dia menyusu, aku bleeding.. dan doc nasihatkan aku utk stopkan breastfeeding sebab takut keguguran..siap doc bg ubat kuatkan rahim lagi waktu tu.. untuk anak ketiga ni mudah-mudahan dapat menyusukan dia 2 tahun..

Cabaran sepanjang menyusukan anak terutama masa berpantang anak pertama bila berhadapan dgn situasi mertua yang tidak begitu faham tentang penyusuan susu ibu begitu melemahkan semangat..mujur suami sangat memahami dan memberi sokongan.. dialah yang memberitahu ibunya pasal penyusuan susu ibu..apa yang boleh diberi..apa yang tidak boleh diberi..aku sebagai menantu kdg tak berani nak menyatakan pendirian..kat sinilah pentingnya sokongan dari suami..pertama sekali pengetahuan mengenai penyusuan susu ibu haruslah dikongsi dengan suami supaya dia dpt bg sokongan pd kita terutamanya sokongan emosi..sgt penting ni.. 

Walaupun kita tak berjaya macam orang lain, tapi pengalaman ni lah yang aku kongsikan pada ibu2 untuk menjadikan mereka lebih bersemangat dan lebih berjaya dari aku.. sampaikan ada seorang ibu tu cakap, disebabkan sy dengar ceramah awakla sy berjaya menyusukan anak saya 2 tahun walaupun ketika itu agak payah sy mendapat sokongan dr org sekeliling termasuk suami sy.. terharu aku mendengar pengakuannya.. ada juga seorang ibu yang bgtau aku.. kenapa biras dia masa mengandung takde pun dipanggil utk dengar ceramah mcmni..padahal dia mengandung anak ke3, biras dia pulak mengandung anak pertama.. sebenàrnya pengetahuan tentang penyusuan susu ibu ni perlu kita dpt semasa setiap kali mengandung..terutama bg ibu2 yang baru mengandung anak petama lagi..kalau suami dengar lagi bagus..

Mungkin inilah limitasi yang tidak dpt dicover oleh klinik kesihatan sbb kadang2 bukan kita tak buat ceramah tp kadang2 ada ibu2 yg balik ke rumah setelah minum air gula..sebenarnya tak boleh balik sbb nnt bacaan tahap gula akan jd tak accurate.. kadang2 peserta ceramah, aku amik yg minum air gula je..yang tak minum  xdpt dengar.. kadang bila aku nk buat ceramah sementara ibu tunggu giliran nk jumpa doc, diorang dah buat muka..siap tanya lg lama tak?..lepas ni sy ada meeting.. suami dah tunggu la.. anak kt rumah xde org jaga.. mcm2 alasan diorg bg..diorang mcm malas nk dengar... xpe ni mungkin cabaran juga bg aku nk sebarkan ilmu mengenai penyusuan ni..sebab tu lah rasa terpanggil untuk menulis di dlm blog sendiri.. 

Mengenai sokongan dari suami dan keluarga tu kan..mmg sgt penting..alhamdulillah family belah aku mmg sgt2 menyokong penyusuan susu ibu..terutama kakak aku yg kedua (kak lin)..anak2 dia semua susu bdn rasanya dpt 2thn ..waktu mengandung pun dia masih boleh menyusukan.. suami aku pulak mmg sgt2 menyokong .. sgt bersyukur sbb dia sgt memahami dan sanggup membelikan aku breastpump yang best..masa anak pertama abg ipar hadiahkan spektra3.. pakai sampai 6-7bln..spectra3 kan berat..masa tu kerja aku byk kene travel sbb kene cover 3 klinik.. mmg berat nk hangkut breastpump, beg icepack,beg kerja,laptop..dah la masa tu laptop besar n berat..tambah2 kene naik turun tangga sbb waktu tu duk apartment yang xde lift..tingkat 3..bila anak no2, dia belikan laptop yg kecil dan ringan dan breastpump medela mini elektrik plus..sgt ringan.. skg ni anak no3, dia belikan medela fs..sgt2 terharu dgn pemberiannya.. ni menunjukkan yg dia sgt2 menyokong  dan memberi galakan kpd aku utk terus memberikan susu ibu kpd anak2.. breastpump tu dia ckp kalau xguna dah nanti boleh turunkan kpd adik aku..mujur   adik-beradik ramai perempuan..so tak la rasa membazir..

Aku sgt berharap agar sapa2 yg berpeluang mendengar ceramah penyusuan di klinik  cedoklah seberapa byk ilmu supaya dpt dijadikan pedoman dan panduan.. sebab byk kebaikan yg diperolehi bila menyusukan anak dgn susu ibu.contohnya antibodi baby lebih kuat, hubungan ibu dan anak lebih rapat, IQ anak lg tinggi, kurang risiko kanser payudara dan ovari, mempercepatkan pengecutan rahim dan sbgnya..

Tuesday 15 July 2014

Pengalaman Bersalin ke 3 Part II

Selepas aku dibawa ke ward, baby memang sentiasa bersama dengan aku..(rooming-in), aku nak pastikan baby menyusu susu badan dengan kerap..walaupun aku xpasti berapa banyak susu yang dia dapat, tapi aku percaya perut baby sangatlah kecil dan susu yang dihasilkan sangat sesuai dengan saiz perut baby.. hisapan baby yang merangsang pengeluaran susu..yang aku perasan,  hari pertama mmg susu sgt likat sbb aku tengok, lepas menyusu je, baby macam muntah sikit, muntah bukan macam muntah susu yang putih tu tapi cecair likat..itulah yang dinamakan kolostrum..ptg tu tengok baby dah poo poo..najis dia mmg warna hijau kehitaman..banyak pulak tu..so, dengan itu, aku percaya la yg baby dapat susu..

Esoknya iaitu hari ke-2, doc dah sahkan yang darah baby adalah dari group  A, sama dgn husband, aku pulak darah O..disebabkan darah aku dgn darah baby berbeza, takut baby mudah dpt kuning..so, aku kerapkan baby menyusu je la..xnak jadi macam Adam dulu..lama jugak dia kuning dan terpaksa letak dia bawah lampu.. dulu masa anak pertama, xde pengalaman..harapkan teori je.. tak sama teori dengan pengalaman.. So, kali ni confident la sikit nak menyusukan baby..dah no 3 dah pun..  Setiap kali baby menyusu, aku rasa sakit sangat kat rahim..terasa macam contraction pulak..rasa sangat sakit, sampai kekadang aku dah sampai tahap yang tak tahan.. rasanya dulu masa anak pertama dan kedua xde pulak rasa sakit macam ni.. aku bagitau nurse, dia pun bg ubat tahan sakit.. nurse dan doc cakap, tu normal.. semakin bertambah anak, memang akan rasa sakit sikit..betul ke??  dia cakap ada yang anak no 2 pun dah rasa sakit.. mak ai, takut pulak nak tambah anak lg..kuikui..

 Kiss dari abang2.. muah..muah..

Aku dan husband decide nak sunatkan baby terus, iaitu hari ke-3..sementara baby masih belum pandai meniarap, better sunatkan je..masa Adam dgn Aqil dulu tak terfikir nak sunatkan diorang.. xpelah adik dulu sunat..tunggu Adam dgn Aqil sekolah rendahlah..kalau sekarang tak sesuai, diorang tengah lasak.. sunat sekarang dah tak macam dulu, sekarang ni aku tengok dia pakai ring kt "situ"..dlm masa 2 minggu ring tu akan tertanggal sendiri.. dan ring tu dah tertanggal pun dlm masa 2 minggu lebih sikit dan skg baby Aqlan dah “dewasa”.. hehehe..

 Reaksi setelah disunatkan..maintain je..control macho.. ehem..

Hari yang ke-4, baru kitorang discharge..bila baby confirm tak kuning dah dan aku pun xde masalah kesihatan yang lain.. tak larat nak berkampung di hospital lelama.. =) Alhamdulillah..

Jutaan terima kasih kepada staff Prince Court Medical Centre dalam memberikan khidmat yang terbaik sepanjang aku dirawat di sini.. Sayang u all..

Hobi bertukar side income

  Assalamualaikum.. Sejak berhenti kerja 7 tahun yang lalu, aku mmg tak bekerja dan hanya menumpukan sepenuh perhatian pada anak-anak, suami...