Tuesday 24 September 2019

Trip Europe I : Switzerland

Assalamualaikum. 

Perjalanan dari Venice ke Switzerland mengambil masa kira-kira 6 jam 30 minit iaitu ~ 552 km drive. Sepanjang perjalanan mmg terasa rugi kalau memejamkan mata. Menikmati pemandangan di kiri kanan jalan terasa betapa indahnya ciptaan Tuhan. Aku pernah terbaca keindahan bumi Switzerland ni umpana syurga di dunia. Kalau syurga sebenar yg Allah ciptakan lagi lah berjuta2 kali ganda indahnya sehingga tak terjangkau oleh fikiran kita. 
Sepanjang perjalanan dari Italy ke Switzerland ni mmg nmpk perbezaannya. Kalau di Italy bentuk muka buminya berbukit bukau, manakala di Switzerland bergunung-ganang. Tu pemandangan kitorang sepanjang perjalanan la. Ada beberapa tempat kitorang stop, minum2, pergi tandas, solat dan beri peluang anak-anak bermain.


Kira mcm RnR la




Stesen minyak terakhir sebelum memasuki Negara Switzerland, kami beli pas berupa stiker ditampal pd cermin kereta menandakan kita boleh memasuki Negara itu.

Kami menginap di Interlaken, tapi dalam perjalanan tu kami singgah di Lucerne untuk tidak melepaskan peluang bergambar di Chapel Bridge. Chapel Bridge ni merupakan jambatan kayu yang tertua di Eropah. Kami tiba di Lucerne pun dah lewat petang. Suhu waktu tu mmg sejuk,  anak2 pun kalau dah terlalu sejuk depa tak nak bg kerjasama waktu nak ambil gambar..cepat2 je bergambar dan masuk dlm kereta balik. 



Sampai sahaja di tempat penginapan, hari pun dah gelap dan sesuailah untuk merehatkan diri. Sambil2 tu husband aku update tempat yg dilawati hari sebelum tu dlm fb dan dia bgtau esok kami akan melawat Switzerland. Tiba2, ada seorang kawan sekolah aku komen, dia cakap skg dia tgh sambung belajar di Switzerland, katanya kalau ada masa dtgla jumpa dia dan isteri di Bern. Apalagi, kami mmg tgh mencari2 tempat untuk dilawati dan boleh selit2 tempat tu sekiranya ada masa.

Tempat yang dilawati di Switzerland:
1) Lucerne
2) Grindelwald
3) Lauterbrunnen
4) Bern
5) Zermatt
6) Interlaken

Tak puas rasanya menikmati keindahan bumi Switzerland ini. Semoga suatu hari nanti dapat pergi ke sini lagi, semoga dimurahkan rezeki encik suami dan bawa aku ke sini lagi..hehehe.. pandang depan gunung, pandang belakang gunung, kiri dan kanan pun gunung.. berpusing2 la situ ko..haha

Grindelwald ni kira sebuah perkampungan di sini. Unik betul bentuk rumahnya dan hampir semua rumah sama.
Pemandangan perkampungan rumah2 di Swiss. Kebanyakannya diperbuat daripada kayu dan batu.



Air terjun kat belakang kitorang ni namanya Lauterbrunen Waterfall. Tak dapat nak berlama-lama di sini sebab ada banyak lagi tempat lain yg nak dikejar.. hehe


Clock tower, Zytglogge.. Yang pakai jaket maroon tulah kawan sekolah aku, Faiz. Tgh sambung phD kat sana. Sekarang ni dia dah jadi lecturer kat USM.


Ni di hadapan rumah Albert Einstein. Tempat tinggal Albert Einstein yang dijadikan muzeum. Beliau tinggal di sini dari tahun 1903 hingga 1905 dan developed teori relativity dia kat sini. 
Pemandangan Old Town of Bern
Sempat berpicnic dalam kesejukan lagi 
 Cantik pulak tengok bangunan ni bersama ranting2 pokok ni kan?

Walaupun kami stay di Interlaken, tapi tak banyak tempat di Interlaken yang kami dapat jelajahi sebab kami banyak travel ke tempat2 lain yang lebih jauh. Rasa tak cukup masa. Macam kene repeat balik je Swiss ni.hehehe..
Di Interlaken, ni je lah gambar yang sempat diambil, sebab lepas ni terus nak ke Zermatt pulak. Perjalanan dari Interlaken ke Zermatt mengambil masa kira2 2 jam 16 minit.
Zermatt ni merupakan sebuah perkampungan yang tidak menggunakan kenderaan bermotor di kawasannya. Mereka mengamalkan car-free zone setiap hari sejak tahun 1947 lagi. Udaranya sangat bersih dan segar sekali. Rasanya mereka nak mengekalkan udara yang bersih dan tidak tercemar dan mungkin juga tak nak ubah suhu persekitaran bila terdapat pembakaran bahan api sehingga menjejaskan kualiti salji di puncak Matterhorn tu. Ia berada di ketinggian 1,620 m di atas permukaan laut. Nak ke sini kereta kene parking kereta di Tasch, kira-kira 7km lagi untuk sampai ke Zermatt, kemudian naik train. Mini bus yang digunakan di sini pun hanya menggunakan bateri. Di sinilah terletaknya puncak yang tertinggi di  Swiss iaitu Gunung Matterhorn. Gambar gunung yang menjadi ikonik kpd coklat Toblerone. Time ni lupa nk bawa coklat ni ke sini.. Kononnya boleh bergambar sebelah menyebelah. Tapi nasib tidak menyebelahi kami sebab, dari bawah tak berapa nampak puncak gunung Matterhorn ni sebab berkabus. Cuaca pun tak begitu baik di atas sana. Sampai di Zermatt, sebenarnya ada lagi tiket utk naik ke puncak, kalau xsilap aku harganya CHF 99. Mahal tau. Biasanya yang suka naik atas tu yg nak main ski. Puncak Matterhorn ni sentiasa dilitupi oleh salji sepanjang tahun. Kalau sesiapa yang nak merasa 2 musim, contohnya boleh la datang waktu musim bunga, then naik atas ni, dapat merasa salji.
Jernih sungguh airnya tau.
Mulanya kami ingat nak jalan kaki je di sekitar kampung2 ni, tapi dgn budak2 kecik ni, dgn sejuknya, xkuasa pulak nk hadap perangai, last2 kitorang naik mini bus utk jalan2 sekitar kampung ni. Dari atas ni, boleh nampak keseluruhan Zermatt yang sangat cantik dan membuatkan ku jatuh hati...
Semuanya diliputi salji, cantik sangat

 Kalau tak silap aku, mini bus atau taxi dia ada jenis yg angkut orang, dan ada yg jenis angkut barang. 
 
Secara keseluruhannya, Zermatt ni memang sgt mengagumkan..aku pun last minute decide nak pi sini. Dah sampai sini memang tak rugi dan sangat berbaloi. Sepanjang perjalanan naik train dari Zermatt ke bandar Taesch pemandangan tidak kurang cantiknya. Bila nampak sungai2 di sini, woah.. mmg sgt jernih sekali.. ada juga kereta yang kami sewa tu naik train sekali aku tak pasti kat bahagian mana. 
 
 


Monday 23 September 2019

Trip Europe I: Paris

Assalamualaikum..

Bertemu lagi untuk entri Paris pulak. Dari Switzerland, kami parking kereta di Airport Milan untuk ke Paris. Kami stay di Paris selama 3 hari 2 malam. Kecik je bilik di Paris ni, apartment pun takde lif. Tapi dari tingkap bilik, boleh nampak Eiffel Tower. Boleh la kan.. 
Anak2 bergilir2 demam sepanjang trip kali ini. Mujur tak serentak, jadinya stroller hanya boleh digunakan utk pesakit sahaja..hehe.. Masa kat Rome dan Venice adam demam, Aqil gigih berjalan sepanjang hari di Venice, kat Paris Aqil pulak demam.

 Eiffel Tower waktu siang
 Eiffel Tower waktu malam

Gigih tak gigih pergi sini 2x untuk dapatkan 2 view yang berbeza..hehehe
cuma susah jugak nak dapatkan view penuh, camera aku tak cukup wide utk ambil gambar besar2.. 
Arc de Triomphe
Louvre Museum
Tak leh nak mimpi sangat kita tangkap gambo sorang2 kat situ, pasti ada org2 lain di sekitar..huhu.. 
 Bangunan ni di sekitar Louvre Museum, tak pasti apa namanya
 
Ada lagi beberapa tempat lain yang kami lawati, cuma gambar xde dlm camera aku, rasanya dlm hp husband.
 
  • Sacre-Cour
  • Place de la Concorde
  • Jalan2 sepanjang Champs-Elysees
 

 

Sunday 22 September 2019

Tasman Island Cruises, Tasmania, Australia

Betapa lamanya memeram gambar dan kenangan ke Tasmania, Australia ni. Sebelum aku terlupa, baik simpan kenangan ini di sini. Naik cruise ni memakan masa selama lebih kurang 3 jam. Dapat lihat pemandangan, keunikan dan keindahan ciptaan Allah. Bentuk batu-batu yang unik akibat hakisan ombak dan angin, seperti yang kita belajar Geografi masa form 3 dulu. Macam tulah. Yang ni dapat lihat depan mata. Kalau bernasib baik, dapatlah lihat singa laut atau anjing laut, aku xsure..dah terlupa yang mana satu. Katanya ada dolphin, tapi aku tak dpt lihat. Tengah2 laut tu ada sesi bagi makan daging pada burung, yang ni pun aku tak pasti burung helang atau burung camar. Dalam camera aku xdpt capture, rasanya dlm hp husband aku ada dpt. Kalau bernasib baik lagi dpt lihat peguin berenang. tp aku xdapat juga tengok. Aku dpt tengok real peguin masa kat Philip Island. 


b



Unik betul bentuk batu ni





Aku sejenis yang suka melihat alam, setiap orang berbeza apa yang mereka suka. Bagi aku bila kita memerhati alam ini, kita dapat merasai kehebatan pencipta alam tu sendiri. Subhanallah. Betapa luasnya Allah ciptakan alam ini. Semoga bertambah iman kita dan lebih mendekatkan diri kepadaNya.
 

 Ada nampak tak singa laut terdampar di atas batu2 tu?


Kalau ada rezeki dan peluang, memang rasa nak menjelajah segenap pelosok negara kan.. InsyaAllah semoga bertemu lagi. Kalau nak tahu lebih lanjut lagi pasal trip ni, boleh buka terus website Tasman Island Cruises. Aku memang dah lupa betul berapa harganya, maklumlah bukan aku yang bayar..kikiki.. Semoga murah rezeki husband aku untuk bawa kitorang berjalan lagi.

Tuesday 16 April 2019

Penginapan semasa trip ke Europe I

Trip ni terdiri dari 2 dewasa dan 3 kanak-kanak. Untuk penginapan, kami booking melalui booking.com. Harga bilik biasanya ada 10% VAT, kalau kat Switzerland 3.8% VAT dan city tax per person per night excluded. Maknanya harga bilik nanti campur tax2 tu. Tax tu berbeza2.

1) La Grande Bellezza, Rome, Italy (11-12 March 2016) sebuah apartment, ada private parking berdekatan, kos EUR 15 per day. Di sini, kami stay selama 2 hari 1 malam. Harga bilik RM 561 @ € 120.

2) Holiday With Children In Venice
(12-14 March 2016). Harga RM 799 @ €170 utk 3 hari 2 mlm. Kami cari penginapan yang bukan betul2 di Venice, apartment ni terletak di Mestre, Italy. Nak ke Venice kami naik train. Sebab drpd survey kami dibeberapa blog sblm ke sana, katanya hotelnya xde tangga nk naik atas, pastu nak kene angkut beg jauh jg dr stesen ke hotel. Kat Venice kira mcm pulau yg sistem pengangkutan dia sama ada naik bot atau jalan kaki. cer bayangkan kalau dpt bilik yg agak jauh.. lagipun aku tengok hotel2 kat Venice agak lama, lorong2 utk berjalan kaki tak begitu bersih, kadang2 bau kencing, sama ada kencing orang atau pun anjing. Kt Venice ramai yg bawa anjing jalan bersama. 

3) Jani's Holiday Apartment, Interlaken, Switzerland
(14-17 March 2016). 4 hari 3 malam
€553, kalau dlm local currency CHF 600
1apartment, 3.80 % VAT, CHF 3.50 City tax per person per night
Cantik apartment ni.. buka sliding door je terus nampak gunung-ganang yg diliputi salji, pemandangan yg sgt wow!!! tak dpt digambarkan dgn kata2..
Bumi Switzerland ni sgt cantik sbb tu stay sini paling lama..hehe



Rumah ni agak besar sebenarnya utk kami sekeluarga, tapi berbaloi la. Tingkat atas yg berkayu tu yg kami sewa. Bhgn bwh owner dia duduk.



Sebenarnya ada bilik lg satu, mybe gmbr tu dlm hp husband. 1 toto tu dh bw ke ruang tamu sbb anak aku kesejukan.


Bhgn ruang tamu, penuh dgn mainan, Seronok anak2 bermain. 


Dari balcony, boleh nmpk gunung-ganang yg diselimuti salji di puncaknya.. Subhanallah, mmg cantik sgt.. Ada trampoline juga di luar. 



4) Rennes Montparnasse, Paris, France
(17-19 March 2016) Stay kat sini 3 hari 2 malam. Harga €166.80. Dr tingkap apartment ni nmpkla menara Eiffel.. 


Compact sikitla apartmentnya. Sorry la keadaan dah serabut.

5) Charming Bellagio, Bellagio, Italy. (19-20 March 2016). Harga € 150 utk 2 hari 1 malam. Apartment ni berhadapan je dgn Lake Como. 

6) Red Line Apartment Milano, di Milan, Italy.  (20-22 March 2016). Harga €169.20 utk 3 hari 2 mlm. Apartment ni baru dan cantik, moden.. berkaca2 dindingnya..

Secara keseluruhannya, kami memilih apartment berbanding hotel sebab senang nak masak.. masak pun yg ringkas2 je.. Harga bilik tu aku xsure dah masuk tax ke belum.. kira lebih kurang la tuh.. ada sesetengah apartment xde parking, tp ada public parking yg berhampiran. Dari Switzerland, kami ke Milan utk ambil flight ke Paris. Parking kereta di Airport Milan, xigt la kene byr berapa. 

Cerita berkenaan pengalaman sepanjang perjalanan dan tempat2 yg dilawati aku akan tuliskan dlm entri ikut tempat. Ada yg dah post ada yg belum.. jenuh juga nak ingatkan balik.. bertahun dah.. tapi sebab aku nak kenangan itu tersimpan dlm blog walaupun xtau la ada yg baca ke tak ni, at least aku boleh igt balik bila aku baca.. hehe.. aku ni sejenis yg segan kalau org yg aku kenal baca blog aku. tp kalau org yg tak kenal, aku xkisah.. sebab tu aku tak cerita sgt dlm fb.. kecuali kalau husband aku tag kisah2 travel kami. dlm fb ramai kawan2, cikgu, lecturer dan sedara mara yg kenal. Dlm ig pun sikit2 je la aku post sebab aku restricted org2 yg follow. org yg aku kenal je aku approved. 

Hobi bertukar side income

  Assalamualaikum.. Sejak berhenti kerja 7 tahun yang lalu, aku mmg tak bekerja dan hanya menumpukan sepenuh perhatian pada anak-anak, suami...