Showing posts with label Makan Angin. Show all posts
Showing posts with label Makan Angin. Show all posts

Thursday, 18 September 2025

Air Terjun Langanan di Poring Hot Spring

Assalamualaikum..

Cuti sekolah kali ni, kami ke Hot Spring Poring, Ranau. Mungkin ini merupakan percutian terakhir kami di Borneo..huhu.. sedih la pulak nak meninggalkan bumi Sabah ni. Banyak lagi tempat yang belum kami pergi. Bunga Raffelsia pun belum tengok lagi.

Kami menginap di Sutera Sanctuary Lodges @ Poring Hot Spring selama 3 hari 2 malam. Kali ni kami nak cuba menjelajah air terjun dan mandi di kolam air panas yang terdapat di sini. Ada 2 air terjun. Yang pertama, Air Terjun Kipungit dan yang kedua Air Terjun Langanan.

Sebelum ni kami pernah datang sini 2 tahun lepas dengan family belah saya. Waktu tu kami pergi ke Canopi Walk sahaja. Mandi air panas pun tak. Kali ni Canopi Walk tutup untuk penyelenggaraan. So, kami nk try ke Air Terjun Langanan pula. Jarak dia lebih kurang 4km. 


Mari memulakan pendakian, Arissa memang berkepit je dengan ayah dia sebab kalau dengan saya nanti dia banyak songeh. hihi.. Biar ayah dia yang settlekan. Ibu boleh jalan dengan tenang. Adam, Aqil dan Aqlan memang laju je diorang, jauh meninggalkan kami di belakang. 


Masa ni tak tau lagi betapa mencabarnya jalan yang bakal kami lalui, maklumlah kami ni jarang hiking. Pengalaman yang sangat bermakna bagi kami. 

Kawasan ni biasanya ramai pengunjung bermandi-manda, sebab air terjun ni lah yang paling dekat. Tak jauh nak berjalan. Tapi kami singgah sini sekejap je, just tangkap2 gambar pastu terus meneruskan perjalanan. 


Air terjun Kipungit ni masih sama macam 20 tahun lebih yang lalu kakak sulung saya pernah pergi masa dia mengajar kat Ranau suatu ketika dulu. 


Kena merentas sungai untuk ke seberang dan perjalanan harus diteruskan.


Kami mengambil masa selama 2 jam setengah untuk pergi dan 2 jam 15 minit untuk balik. Cuaca ketika pergi baik, cerah.. tapi bila nak dekat sampai air terjun Langanan tu dah start hujan rintik-rintik. Kejap berhenti kejap rintik-rintik. Baliknya pula, hujan dah semakin lebat, baju pun basah. Jalan licin, banyak kali la menggelongsor. hehe.. Mujur la ada beberapa pendaki lain yang tolong memimpin tangan saya bila saya nak tergelincir. Baiknya diorang. Kasut saya tak berapa sesuai untuk mendaki. Persediaan diorang memang lengkap la nak mendaki berbanding kami yang masih amatur ni. Diorang kebanyakannya pakai kasut yang khas untuk hiking, ada gerigi dan lebih cengkam. Patutla diorang steady je jalan kat jalan yang berlumpur dan berlecak.. laju-laju lagi. 


Kawasan gua kelawar, manusia tak boleh masuk..hanya kelawar sahaja. hehe.


Merentas sungai kedua

Kakak sulung ada tanya, ada jumpa pacat tak. Saya cakap tak. Cuma Aqil dan encik suami je yang kena. Dalam perjalanan tu jumpa cendawan. Comel. 

Sudah 3 km berjalan dan mendaki. Masa pergi haus, air pun dah tinggal sikit. Tapi masa balik tak minum pun. Mungkin sebab hujan dan menurun bukit jadi tak terasa terlalu haus.


Seterusnya dah 3.5km, lagi sikit nak sampai. 


Cantik pula sawang labah-labah ni. 


Akhirnya, alhamdulillah sampai juga ke air terjun Langanan ni. MasyaAllah tinggi betul air terjunnya. Berbaloi juga 4km mendaki. Tak pernah-pernah sejauh ini kakiku mendaki. Takde pun orang mandi kat sini. Cuma ramai bergambar dan berehat2 setelah penat mendaki.

Dua-tiga hari lepas hiking tu, kaki ni sakit betul. Nak melangkah pun payah. Apatah lagi nak naik tangga. Saya urut-urut sendiri je kaki ni dengan minyak gamat. Saya tanya anak-anak. Korang tak lenguh kaki ke? Diorang jawab tak. Nampak sangat saya dan en suami dah meningkat umur, cepat rasa lenguh. Budak2 muda bergagah lagi. Okeylah nanti saya sambung pasal tempat penginapan kami dan hari kedua kami buat apa pula k. Jumpa lagi.

Wednesday, 27 August 2025

Krishna Curry House dan Kokol Hill

 Hari ni, kakak ipar dah free, meeting 2 hari berturut2 di sini. En suami pula mohon cuti hari ni. Dapatla kami bawa kakak jalan-jalan area KK ni. Pukul 9.30 pagi ambil kakak di hotel tempat penginapan dia dan bawa dia cuci-cuci mata di Jamilah Jewellery. Kat KK ni ada 2 jenis kedai Jamilah Jewellery, satu yg jual perhiasan yg agak mahal tapi kualiti dia bagus dan design dia lebih cantik. Lagi satu yg murah sikit dan ada juga jual macam-macam cenderahati. Sesuai untuk bagi kawan-kawan atau saudara-mara sebagai buah tangan dari Sabah. Bagi saya terpulang la nak pilih yang mana. Cantik itu subjektif.

Lepas dah cuci-cuci mata, adalah beberapa kerongsang yang menarik minatnya untuk dibeli. Lepas pegi Jamilah Jewellery, kami lunch di Krishna Curry House di Penampang. Kedai ni halal tau dan kari dia memang sedap meletop. 

Kari kepala ikan merah


Roti canai dia lembut, tak liat

Nasi, sayur kobis goreng dan terung sambal

Sotong sambal

Kakak ipar dan en suami pilih sayur kacang panjang dan terung, adik-beradik selera sama..

Lepas lunch, kami ke Kokol hill. Nak tengok pemandangan KK dari atas bukit ni. Mulanya nak pegi Hillside Kokol, tapi hari Selasa dia tutup pula. last-last kami ke Kokol Haven Resort. Tiket masuk dia RM20 seorang, boleh redeem RM10 setiap tiket untuk makanan atau minuman kat cafe dia. So ok la, buleh kupi-kupi juga di sini. 

Banyak spot menarik untuk bergambar. Kitorang pegi hari sekolah memang seronok la bergambar, xde orang lain melainkan kami..haha.. Ada orang lain juga tapi diorang tak bergambar pun..diorang datang minum2 kopi kat situ sambil berborak.


Nampak pulau-pulau dari atas bukit ni





Dah puas bergambar, baru kami order minum petang.. ice latte, Manggo cheesetart dan chocolate cheesetart. Sangat kecoklatan cheesetartnya. Yang manggo tu ada rasa masam-masam manis, tapi tak terlalu manis. Ok ok la kemanisannya. Lepas kupi-kupi terus kami gerak ke airport untuk hantar kakak balik KL. Cuti bulan 9 nanti, kami dah booking untuk menginap kat sini. Saja nak menghabiskan baki-baki percutian di Sabah sebelum kami berpindah balik ke semenanjung nanti. Sebelum ke Kokol Hill ni, kami akan bercuti di Ranau dahulu. InsyaAllah nanti saya akan ceritakan di blog. Kena cerita untuk catatan kenangan di sini, pasti saya akan merindui semua tempat-tempat menarik di Sabah. Sebenarnya banyak saya nak cerita, terutama kisah jalan-jalan Sabah sepanjang kami menetap di sini tapi itulah semoga ada kekuatan dan kerajinan untuk menulisnya nanti. 

Friday, 1 August 2025

Miri

3 Jun 2025 (Selasa)

Pasar Tamu Muhibbah

Kami bersarapan di gerai yang berdekatan dengan tamu ni. Menu pilihan kami ialah Mi Kolok.

Selesai makan, kami berjalan-jalan di pasar tamu tersebut. En suami bercadang nak beli beras kat situ untuk diberikan kepada adik-beradik dan ibubapa sebagai buah tangan sewaktu kami balik semenanjung untuk raya haji nanti. Ada macam-macam jenis, beras warna merah, purple dan hitam. Sebelum ni en suami pernah beli, sedap berasnya. Selalunya saya campurkan sedikit beras tersebut dengan beras putih yang biasa dimakan. Contohnya 1 3/4 cup beras putih campur dengan 1/4 cup beras warna purple. Bila dah siap masak, semua nasi bertukar warna purple. Sukatan air sama seperti kebiasaan saya masak nasi. 



Loofah ni, bila dibuat span cuci pinggan best tau, makanan yang terlekat kat pinggan boleh tertanggal, lagi satu buat penyental daki sewaktu mandi pun best.


Nak dekat raya haji, jadi diorang dah siap-siap anyam daun kelapa untuk dibuat ketupat, yang tak pandai anyam boleh beli siap-siap macam ni


Miri Crocodile Farm (Wildlife Mini Zoo)




Lembu ni sangat besar

Mengkarung atau sesumpah

Boleh beri burung makan

Angsa



Banyak betul buayanya



Burung helang



Rusa pun ada

Sun bear kat sini sihat-sihat, ada 2 ekor takde la dia kesepian

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya


Buaya sebenar ni, kulit dia diawet, Arissa agak takut nak bergambar dekat2, padahal buaya tu dah mati pun..aishh..

Kat sini haiwan-haiwan dia terjaga dengan baik dan bagi aku cukup makan la. Banyak betul haiwannya dan memang berbaloi pergi ke sini. Nak masuk sini berbayar, cuma tak ingat berapa bayarannya. Ada gerai jualan makanan juga di sini. Ada air kelapa, ais krim, jagung kukus dan lain-lain.

Permaisuri Imperal City Mall, Miri


Antara shopping mall terbaru di Miri. Kami jalan-jalan dan makan tengahari di sini.

Hiasan sempena Hari Gawai, cantik.


Seperti biasa anak-anak yang suka nak beli belon, Arissa pilih belon bentuk buah oren ke buah pisang kaki eh.. apa-apa je lah ye.

Nasi ayam

Aqlan pilih spaghetti bolognese

En suami pilih laksa sarawak

Saya pilih nasi ayam bakar

Eh dua kali upload pulop

Aqil pilih nasi ayam

Dessert pisang yang dimasak dia atas pan dan ditabur kelapa parut serta gula perang.. tak ingat namanya apa.. tapi sedap sangat sampai minta en suami tambah 1 set lagi..hihi. Selepas makan kami pun pulang ke homestay.

Pemandangan laut dari balkoni homestay, balkoni kami tak betul2 menhadap sunset, siring-siring saja.. mungkin blok yang belah sana tu betul2 menghadap laut dan mesti pemandangan dia lagi cantik. 

Belah lagi satu menghadap jalan

4 Jun 2025 (Rabu)


Pagi tu kami siap-siap berkemas, check out dan bersarapan di Laksa Lovita.


Ni mi rebus, ayah pilih untuk Arissa

Yang lain pilih laksa sarawak

Siap letak tisu dileher untuk mengelakkan kuah terpercik ke baju..

Selesai bersarapan, kami bergerak ke Miri Handicraft Centre untuk membeli sedikit cenderamata untuk kawan-kawan sekelas Adam, Aqil, Aqlan dan Arissa. Diorang belikan untuk yang sejantina sahaja..haha.. masing-masing segan kan nak bagi yang berlainan jantina. anti betul kata mereka..hihi.





Cantik-cantik beg2 kat situ, kalau ikutkan hati nak je beli, tapi memandangkan kat rumah tu dah banyak beg2 yang menganggur tak digunakan. Beg anyaman tu ada beli satu kat jalan area Kundasang-Pekan Nabalu, jadilah untuk kenang-kenangan di Borneo. Flight kami balik KK hari tu waktu malam, jadinya ada sedikit masa lagi sementara menunggu waktu nak pulangkan kereta, en suami kata nak basuh kereta dulu sebab kotor sangat dah, tak tahan menengoknya. Sementara menunggu untuk basuh kereta tu, kami lepak2 dulu kat kedai makan yang berdekatan. Anak-anak cakap, bukan ke kita baru lepas makan.. hehe.. en suami kata, kita makan dessert2 je lah.

Suka sangat nak bergaya dengan spek mata ibu.

Mangkuk oren tu ABC, yang mangkuk silver tu cendol kelapa laut

En suami kata, kita order lah satu kue tiaw goreng share2..

Gambar tadi tu tak nampak kelapa lautnya. Yang ni baru nampak.

Kat Miri pun ada mural ballon 3D ni. Jenuh juga mencarinya, rupa-rupanya dia kat area Times Square.
So, tamatlah percutian kami di Miri.. Bye..bye Miri, lepas ni tak tau lagi bila boleh sampai sini, en suami kata dah alang-alang kita di Borneo ni, kita cuti-cuti di sinilah. Kalau dah pindah semenanjung nanti tak tau la bila akan jejak kaki ke sini. Tempat2 di semenanjung pun banyak lagi yang belum kami jejaki. 

Terima Kasih Ya Allah atas Jemputan ini

  Sambungan yg semalam. Ngantuk sgt mlm td. Pagi ni sambung balik. En suami kata, kita jumpa kat Klinik MZ terus lah lepas maghrib. So, mlm ...