Monday, 6 September 2021

Hobi bertukar side income

 Assalamualaikum..

Sejak berhenti kerja 7 tahun yang lalu, aku mmg tak bekerja dan hanya menumpukan sepenuh perhatian pada anak-anak, suami dan rumahtangga. Kakak dan mak aku pernah juga bg cadangan, buatla bisnes sikit2, buat sambil2 je contohnya buat ais krim ke.. pastu jual kt org taman. tapi masa tu mmg xpernah terfikir lagi nk buat bisnes sebab husband kalau boleh nak aku tumpukan pd rumahtangga je. Mencabar juga bg aku sebab kerja rumah ni sangat byk dan tak pernah habis.. Mengemas, mengemop, vacum, basuh baju, sidai baju, lipat baju, masak, basuh pinggan dan sebagainya.. mujur gosok baju buat masa ni dah tak buat sebab anak-anak pdpr kt rumah diorang pakai baju rumah je..dan husband pulak wfh..hahaha.. seronok betul tak yah gosok baju.. 

Berbalik pada hobi aku pulak, antara memasak lauk pauk dan baking, aku lebih suka baking.. kalau sebelum zaman covid dulu, selalu juga husband aku jemput kwn2 dia dtg rumah..jumpa2, borak2 dan makan2.. Selalunya kalau mknn berat kitorang order je dr org..kikiki..tapi kalau dessert kebanyakkannya aku buat sendiri.. kalau  jemputan ramai, terpaksa juga sub kt org utk pelbagaikan dan bykkan bilangannya. 

Aku pernah hidangkan pecan pie, red velvet, apple pie dan lain2, diorang semua ckp sedap..Alhamdulillah.. sampai ada satu ketika Ain, kwn husband minta buatkan red velvet cake utk open house rumah dia, masa tu belum covid lagi..bbrp tahun lepas tu dia order pecan pie pulak.. dialah customer pertama aku..masa tu aku mmg tak open order lagi dgn sapa2.. cuma kdg2 apa yg aku baking, aku akan share kt fb.. dari situ lah ramai yg teringin nak rasa pecan pie dan diorg tunggu je kitorang open order.

Setelah berbincang dengan husband, akhirnya kami mula open order pecan pie kpd kwn2 fb kami dan kebanyakkannya mereka terdiri dari kwn2 ofis husband, kwn2 universiti kami, kwn2 matriks dan kwn2 sekolah aku. Kwn universiti dan matriks kami sama sebab kami dr universiti dan matriks yg sama..ya, tp kami tak bercinta masa zaman u tau..haha..

Antara menu yg aku buat ialah pecan pie, apple crumble pie, pecan butterscotch cake, red velvet, berries tart dan biscoff cheesecake. Buat masa ni, rasanya itu je lah menu yg nak aku fokus.. xboleh buat byk jenis nanti aku gelabah nk siapkan mcm2..haha..

Pecan pie ni ada saiz 7", 9" & 11"

Biscoff cheesecake ni ada saiz 7", 8" dan 9"

Berries tart ni ada saiz 7", 9" dan 11"

Apple crumble pie ada saiz 7", 9" dan 11"

Pecan butterscotch cake hanya ada saiz 9''x9" sahaja

Red velvet cake ada saiz 7x7, 9x9 dan 11x11 inci

Jemputla follow ig aku: the_baking_nutritionist

Pecan pie tu, memang best seller tau.. bila sekali rasa, pasti nak rasa lagi. Customer aku pun kebanyakkannya duk ulang je order pecan pie, pernah aku close order selama 3 bulan, diorang dah cakap, rindunya pecan pie ni.. bila nak buka order balik..hehe.. Alhamdulillah semuanya dgn izin Allah. 

Berries tart tu pulak, biasanya aku akan guna berries apa yg ada pada waktu tu, kalau ada blackberry dan raspberry, aku akan guna sebab nampak lagi meriah.. tapi kdg dia tak de stok pulak.. kalau xde stok, aku akan guna blueberry dan strawberry sahaja. Harga dan tentu berbeza sebab blackberry dan raspberry mmg mahal harganya.

Pecan butterscotch tu, mmg rich dan mewah rasanya, kacang pecan mmg aku lambak byk2.. tapi kalau nak budget sikit, aku akan kurangkan kacang pecannya.. tapi setakat ni customer aku, tak kisah ttg harganya yg penting berbaloi2..

Sekarang ni aku ambil order hanya untuk weekend dan cuti sekolah sahaja, maklumlah aku ni kan cikgu pdpr tak terlatih di rumah..

Okeylah, setakat ini dahulu untuk kali ni, kalau teringin nak merasa, mai la drop order..

Saturday, 12 June 2021

Resepi Pizza Simple

Sumber: YouTube Luvita, tapi byk yg aku guna apa yg ada di dapur, dia buat sos sendiri, tapi aku guna sos prego yg ada cendawan dalam dia.

Bahan-bahan:

250g tepung roti, stok dah habis, so guna tepung superfine. Guna apa yg ada kt rumah. Kadang tepung gandum biasa je

5g yis

3g salt

1/2 sudu teh gula halus

1/2 st minyak, aku guna minyak zaitun

162 mL air sejuk

Sos: prego cendawan

Topping:

Crabstik

Lada benggala

Bawang holland

Keju parmesan

Keju mozarella






Monday, 31 May 2021

Aneka Roti

 Assalamualaikum..

Esok nak masuk PKP 3.0 dah.. dah lebih setahun kehidupan kita berubah daripada kehidupan sebelum pandemik dan sedikit demi sedikit dah terbiasa dgn kehidupan PKP ni. Aim aku sekarang ni nak improve dan upgrade ilmu meroti. Jadinya sejak akhir-akhir ni memang kerap meroti. Seronok bila tengok hasilnya menjadi dan suami serta anak-anak menyukainya.

   1) Biscoff Cinnamon Roll



Setelah di sapu dengan Biscoff spread cheese

Resepi:
300g Tepung roti
50g Butter
1 biji Telur
50g Gula halus
100mL Susu Full Cream sejuk
8g Yis
1sk Salt

Filling:
2-3 sk Cinnamon powder
40-60g Gula perang 
20g Butter suhu bilik
Biscoff spread - agak2 yg boleh spreadkan atas permukaan doh yang telah digelek bentuk petak sblm kita gulung 

Icing:
50g Cream cheese
20g Butter suhu bilik
60g Gula icing (boleh kurangkan sebab aku buat macam manis je)
secubit garam
beberapa titik esen vanilla

Bakar 180 darjah celcius selama 10 hingga 15 minit atau sehingga masak keperangan

2. Roti Sosej


Resepi: Roti Sosej Ig umikitchen88

1 biji Telur
120g air sejuk (aku guna low fat milk)
37g Gula
sedikit garam
1sb Susu pekat manis
250g Tepung roti
1sk Yis
42g Butter

Cara-cara:

Rebus sosej dan ketepikan.
Masukkan bahan2 mengikut urutan.
Untuk BM aku uli selama sejam.
Timbang doh 56g
Rehatkan 10 minit.
Bentukkan doh letak dalam cup.
Untuk doh sosej, biar kembang sikit baru letak sosej.
Dah kembang, letak sos cili, sos tomato, mayonis dan daun parsly.
Bakar 160 darjah celcius selama 15 min.

3. Wool Roll Bread 




Resepi dari YouTube Apron dan diolah sedikit:

80mL Low Fat Milk sejuk, baru keluar fridge
3g/1tsp Yis Kering
300g Tepung roti 
5g/1tsp Sea salt
30g Sugar
1 biji Telur +- 55g
100mL Whipping cream
50g Cranberry tapi aku guna kismis
Pan size 20x7 cm
Bakar 170 darjah Celcius utk 17-20 minit

Aku guna breadmaker je untuk uli. Untuk lihat cara-caranya boleh tengok dlm YouTube channel tersebut.



Hobi bertukar side income

  Assalamualaikum.. Sejak berhenti kerja 7 tahun yang lalu, aku mmg tak bekerja dan hanya menumpukan sepenuh perhatian pada anak-anak, suami...