Monday, 31 May 2021

Aneka Roti

 Assalamualaikum..

Esok nak masuk PKP 3.0 dah.. dah lebih setahun kehidupan kita berubah daripada kehidupan sebelum pandemik dan sedikit demi sedikit dah terbiasa dgn kehidupan PKP ni. Aim aku sekarang ni nak improve dan upgrade ilmu meroti. Jadinya sejak akhir-akhir ni memang kerap meroti. Seronok bila tengok hasilnya menjadi dan suami serta anak-anak menyukainya.

   1) Biscoff Cinnamon Roll



Setelah di sapu dengan Biscoff spread cheese

Resepi:
300g Tepung roti
50g Butter
1 biji Telur
50g Gula halus
100mL Susu Full Cream sejuk
8g Yis
1sk Salt

Filling:
2-3 sk Cinnamon powder
40-60g Gula perang 
20g Butter suhu bilik
Biscoff spread - agak2 yg boleh spreadkan atas permukaan doh yang telah digelek bentuk petak sblm kita gulung 

Icing:
50g Cream cheese
20g Butter suhu bilik
60g Gula icing (boleh kurangkan sebab aku buat macam manis je)
secubit garam
beberapa titik esen vanilla

Bakar 180 darjah celcius selama 10 hingga 15 minit atau sehingga masak keperangan

2. Roti Sosej


Resepi: Roti Sosej Ig umikitchen88

1 biji Telur
120g air sejuk (aku guna low fat milk)
37g Gula
sedikit garam
1sb Susu pekat manis
250g Tepung roti
1sk Yis
42g Butter

Cara-cara:

Rebus sosej dan ketepikan.
Masukkan bahan2 mengikut urutan.
Untuk BM aku uli selama sejam.
Timbang doh 56g
Rehatkan 10 minit.
Bentukkan doh letak dalam cup.
Untuk doh sosej, biar kembang sikit baru letak sosej.
Dah kembang, letak sos cili, sos tomato, mayonis dan daun parsly.
Bakar 160 darjah celcius selama 15 min.

3. Wool Roll Bread 




Resepi dari YouTube Apron dan diolah sedikit:

80mL Low Fat Milk sejuk, baru keluar fridge
3g/1tsp Yis Kering
300g Tepung roti 
5g/1tsp Sea salt
30g Sugar
1 biji Telur +- 55g
100mL Whipping cream
50g Cranberry tapi aku guna kismis
Pan size 20x7 cm
Bakar 170 darjah Celcius utk 17-20 minit

Aku guna breadmaker je untuk uli. Untuk lihat cara-caranya boleh tengok dlm YouTube channel tersebut.



No comments:

Post a Comment

Hobi bertukar side income

  Assalamualaikum.. Sejak berhenti kerja 7 tahun yang lalu, aku mmg tak bekerja dan hanya menumpukan sepenuh perhatian pada anak-anak, suami...