Thursday, 10 December 2020

Resepi Kek Coklat Kacang Pecan

Bahan-bahan di blender:

1 cup serbuk koko
1 cup susu pekat
1 cup susu cair
1 cup gula
1 cup minyak jagung
4 biji telur gred c, kalau gred B 3 biji- yg ni aku ikut apa yg ada je

Panaskan kukusan

Bahan ayak:
1 1/4 cup tepung gandum, aku guna tepung kek
1 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder

Bahan tabur atau gaul sekali dalam adunan:
Kacang pecan- ikut suka hati nak banyak mana...

Cara-cara:
1) Adunan yang diblender dimasukkan ke dalam bekas dan masukkan bahan-bahan ayak.
2) Kaup balikkan atau kacau sehingga sebati
3) Tapis dan letak dalam loyang
4) Kukus 45 minit dgn api yg sederhana

Semalam aku nak cepat, jadinya 1 adunan ni boleh dapat 2 loyang 7.5 inci. 1 loyang aku kukus, 1 loyang aku bakar guna kaedah waterbath. Sebab nak dptkan teksture yg moist. Yg bakar ni aku bakar lebih kurang 50 minit, agak2 je, kalau kita cucuk dgn cake tester, takde kek yg melekat, kira dah masak la tu..

1 loyang, aku just tabur kacang pecan atas dia, dan 1 lagi, gaul2 sikit biar dia sebati dgn adunan sebab aku baru nk test mana yg lagi ok.. so mana mana2 pun ok..

Coklat Ganache
300 g coklat masakan Beryl's- aku campur dark choc dan milk choc
200 g UHT whipping cream
1 sb butter

Panaskan whipping cream di atas api sehingga mendidih, pastu matikan api, then masukkan choc dan kacau hingga sebati, akhir sekali masukkan mentega dan sebatikan

Tuang atas kek dan hias ikut kreativiti


Semalam kek ni nak bawa pegi rumah kakak aku, jadinya yg dah siap tuang choc ganache tak sempat nak snap, sebab nak cepat.Yang ni kek yg dikukus dan kacang pecan aku gaul sekali dlm adunan.. merekah pulak dia maybe sebab terlebih masa atau terlampau panas suhu dia kot.


Yang ni pulak kek yang aku bakar secara kaedah water bath. Loyang diletakkan dalam dulang pembakar yang diisi air. Kacang pecan pulak aku just tabur atas kek je. 




Hobi bertukar side income

  Assalamualaikum.. Sejak berhenti kerja 7 tahun yang lalu, aku mmg tak bekerja dan hanya menumpukan sepenuh perhatian pada anak-anak, suami...