Sunday 19 June 2016

Kuih Raya

Assalamualaikum..

Semoga sihat-sihat selalu hendaknya.. Hari ni dah hari ke-14 puasa.. Setakat hari ni aku dah siapkan beberapa jenis kuih raya.. hehe.. senarai kuih raya berangan drpd post yg lepas menjadi kenyataan.. mungkin ada jenis kuih raya yg digugurkan dan ditambah dgn jenis yg lain..kikiki.. last minute tukar plan.. aku terpaksa buat awal kuih raya ni sebab time aku tak boleh puasalah aku buat kuih raya.. drpd aku melanguk tak tau nak buat apa.. asik duk bergolek je dgn si Aqlan tu, baik aku buat kuih raya.. boleh gak ngap..ngap.. nanti bila dah start boleh puasa, tak boleh dah nak ngap..ngap.. heheh.. sbnrnya target aku Ramadhan kali ni nak khatamkan 30 juzuk al-quran.. bila dah xboleh baca ni..ni lah masa aku nk fokus buat kuih raya.. bila dh boleh puasa nanti kene pulunlah nk cover balik juzuk yg dah tertinggal tu.. dah brp tahun dah aku xdapat nk khatamkan al-quran..rasa rugi sgt.. sblm ni sebab dlm pantang bulan puasa..mmg kaw..kaw lah 30 hari xdpt.. thn sblm2 tu duk mengandung lah.. aku bila mengandung mengah sgt baca quran.. dugaan betul.. nafas pendek sgt.. 

Berbalik kpd kuih raya tu.. ni antara yg berjaya aku hasilkan.. takla byk mana.. semuanya buat 1 adunan je.

Biskut first aku buat sblm ramadhan.. konon utk mkn2 dan test resepi semperit susu.. rasanya macam kuih bangkit plak.. jenuh jugak nk tekan dlm acuan ni.. bila dah fed up, aku simpan dlm fridge dulu.. tunggu mood dtg... bila mood dah dtg bbrp hari kemudian, baru aku tambah butter sikit lagi, baru ok.. 

Biskut tart nenas

Sebelum tu jem tu aku dah siap-siap buat kat kampung hari tu.. kalau harap nak buat kat sini mmg tak la kot.. dok bertangguh je nk buatnya..

Dapat 1 balang sederhana je.. tp hari ni aku rasa kuantiti biskut dlm balang tu dah menyusut sikit..hihihi..


Biskut semperit ni paling tragis bagi aku.. uwaa...

Mana tak tragisnya.. drpd belas2 biji, adalah seketui dua yg selamat.. payah benor nak tanggalkan dr tray.. kesimpulan yg aku buat sendiri ialah aku xguna gula icing..aku guna gula kastor.. adakah sbb tu dia melekat sgt?? Mak aku ckp cer tambah tepung gandum.. bila aku dah tambah tepung gandum.. jadi keras plak doh tu..nk tekan pd acuan semperit, ya ampun sakit tgn.. pastu aku tambah lagi butter.. baru lembut sikit dan senang nak tekan pd acuan.. tp still melekat jugak..waaa...

Ni je yg selamat.. tu pun masa panas2 aku duk cungkil2 .. ada yg selamat.. ada juga yg tak selamat.. hu.. yg tak selamat tu dah selamat masuk dlm perut aku dan aqlan..haha.. adam pun dah baham jugak..

Sebenarnya masa aku buat kuih semperit ni, aku dah give up sebab asik melekat je.. last2 aku simpan doh dlm fridge tunggu mood nk baking dtg balik baru aku start baking balik.. stress woo bila kuih tak jadi.. 

So, kuih seterusnya ialah jejari nestum..

Mengembang jugak biskut ni rupanya.. kene tkr nama.. biskut jejari tembam nestum..hehehe...

Biskut ni aku baru je buat tadi.. gigih bangun awal nak buat biskut ni..last2 si Aqlan terjaga juga.. bagi dia 2 ketul senyap la dia.. siap jilat2 tangan lagi si Aqlan tu.. Biskut ni aku salut dgn gula aising+susu anlene tu je yg ada.. nk salut dgn susu sustagen 3+ (susu Adam dan Aqil) kang lain benor rasanya.. selalunya aku beli susu utk aku.. kdg2 nespray..kdg2 everyday..kdg2 dutch lady..kdg2 anlene.. so, skg giliran anlene.. mmg berkalsium tinggilah biskut tu.. kikiki.. 


Hobi bertukar side income

  Assalamualaikum.. Sejak berhenti kerja 7 tahun yang lalu, aku mmg tak bekerja dan hanya menumpukan sepenuh perhatian pada anak-anak, suami...