Assalamualaikum..
Sambil2 menidurkan baby curik masa sikit untuk update blog.. Di tempat kerja aku, iaitu di klinik kesihatan, hampir setiap minggu, aku akan bagi ceramah pasal penyusuan susu ibu.. sebelum aku bersalin anak pertama lagi tugas bg ceramah aku dah buat walaupun waktu tu aku hanya ada teori sahaja, pengalaman tak de... kebetulan masa aku tengah mengandung tu, nama aku tersenarai untuk menghadiri kursus pengurusan laktasi 20 jam..so, kira pengetahuan aku mengenai penyusuan susu ibu bertambahlah sikit..alhamdulillah..
Sebenarnya tugas memberi ceramah kepada pesakit yang sedang menunggu sementara pengambilan darah kali kedua setelah minum air gula di klinik kesihatan ni bukanlah suatu perkara yang mudah sebab persediaan sebelum nak bagi ceramah tu penting.. pengalaman+ilmu sangat2 diperlukan..sebab aku bukanlah orang yang benar2 arif pasal penyusuan, ramai lagi diluar sana yang lebih arif dan lebih berjaya dari aku..aku pun masih banyak lagi yang perlu belajar..
Aku sendiri pun, gagal menyusukan anak pertama selama 2 tahun.. dia dapat dalam 6-7bulan sahaja, sebab aku dah mengandung anak kedua..waktu tu aku sedih sangat dan rasa bersalah sebab tak dapat menyusukan anak lama.. :( husband cakap janganla sedih sangat, mungkin rezeki dia setakat tu je utk menyusu susu bdn..selepas tu aku berazam untuk anak kedua nak menyusukan 2 tahun.. alhamdulillah dapat menyusukan dia lebih lama iaitu setahun 10 bulan..lagi 2 bulan je nak 2 tahun tu pun sebab aku dah mengandung anak ketiga..kalau nak ikutkan, aku nk je menyusukan dia tapi bila dia menyusu, aku bleeding.. dan doc nasihatkan aku utk stopkan breastfeeding sebab takut keguguran..siap doc bg ubat kuatkan rahim lagi waktu tu.. untuk anak ketiga ni mudah-mudahan dapat menyusukan dia 2 tahun..
Cabaran sepanjang menyusukan anak terutama masa berpantang anak pertama bila berhadapan dgn situasi mertua yang tidak begitu faham tentang penyusuan susu ibu begitu melemahkan semangat..mujur suami sangat memahami dan memberi sokongan.. dialah yang memberitahu ibunya pasal penyusuan susu ibu..apa yang boleh diberi..apa yang tidak boleh diberi..aku sebagai menantu kdg tak berani nak menyatakan pendirian..kat sinilah pentingnya sokongan dari suami..pertama sekali pengetahuan mengenai penyusuan susu ibu haruslah dikongsi dengan suami supaya dia dpt bg sokongan pd kita terutamanya sokongan emosi..sgt penting ni..
Walaupun kita tak berjaya macam orang lain, tapi pengalaman ni lah yang aku kongsikan pada ibu2 untuk menjadikan mereka lebih bersemangat dan lebih berjaya dari aku.. sampaikan ada seorang ibu tu cakap, disebabkan sy dengar ceramah awakla sy berjaya menyusukan anak saya 2 tahun walaupun ketika itu agak payah sy mendapat sokongan dr org sekeliling termasuk suami sy.. terharu aku mendengar pengakuannya.. ada juga seorang ibu yang bgtau aku.. kenapa biras dia masa mengandung takde pun dipanggil utk dengar ceramah mcmni..padahal dia mengandung anak ke3, biras dia pulak mengandung anak pertama.. sebenà rnya pengetahuan tentang penyusuan susu ibu ni perlu kita dpt semasa setiap kali mengandung..terutama bg ibu2 yang baru mengandung anak petama lagi..kalau suami dengar lagi bagus..
Mungkin inilah limitasi yang tidak dpt dicover oleh klinik kesihatan sbb kadang2 bukan kita tak buat ceramah tp kadang2 ada ibu2 yg balik ke rumah setelah minum air gula..sebenarnya tak boleh balik sbb nnt bacaan tahap gula akan jd tak accurate.. kadang2 peserta ceramah, aku amik yg minum air gula je..yang tak minum xdpt dengar.. kadang bila aku nk buat ceramah sementara ibu tunggu giliran nk jumpa doc, diorang dah buat muka..siap tanya lg lama tak?..lepas ni sy ada meeting.. suami dah tunggu la.. anak kt rumah xde org jaga.. mcm2 alasan diorg bg..diorang mcm malas nk dengar... xpe ni mungkin cabaran juga bg aku nk sebarkan ilmu mengenai penyusuan ni..sebab tu lah rasa terpanggil untuk menulis di dlm blog sendiri..
Mengenai sokongan dari suami dan keluarga tu kan..mmg sgt penting..alhamdulillah family belah aku mmg sgt2 menyokong penyusuan susu ibu..terutama kakak aku yg kedua (kak lin)..anak2 dia semua susu bdn rasanya dpt 2thn ..waktu mengandung pun dia masih boleh menyusukan.. suami aku pulak mmg sgt2 menyokong .. sgt bersyukur sbb dia sgt memahami dan sanggup membelikan aku breastpump yang best..masa anak pertama abg ipar hadiahkan spektra3.. pakai sampai 6-7bln..spectra3 kan berat..masa tu kerja aku byk kene travel sbb kene cover 3 klinik.. mmg berat nk hangkut breastpump, beg icepack,beg kerja,laptop..dah la masa tu laptop besar n berat..tambah2 kene naik turun tangga sbb waktu tu duk apartment yang xde lift..tingkat 3..bila anak no2, dia belikan laptop yg kecil dan ringan dan breastpump medela mini elektrik plus..sgt ringan.. skg ni anak no3, dia belikan medela fs..sgt2 terharu dgn pemberiannya.. ni menunjukkan yg dia sgt2 menyokong dan memberi galakan kpd aku utk terus memberikan susu ibu kpd anak2.. breastpump tu dia ckp kalau xguna dah nanti boleh turunkan kpd adik aku..mujur adik-beradik ramai perempuan..so tak la rasa membazir..
Aku sgt berharap agar sapa2 yg berpeluang mendengar ceramah penyusuan di klinik cedoklah seberapa byk ilmu supaya dpt dijadikan pedoman dan panduan.. sebab byk kebaikan yg diperolehi bila menyusukan anak dgn susu ibu.contohnya antibodi baby lebih kuat, hubungan ibu dan anak lebih rapat, IQ anak lg tinggi, kurang risiko kanser payudara dan ovari, mempercepatkan pengecutan rahim dan sbgnya..
Showing posts with label Penyusuan. Show all posts
Showing posts with label Penyusuan. Show all posts
Thursday, 17 July 2014
Monday, 25 March 2013
Jangan Tersilap Memilih Cooler Bag atau Cooler Box
Assalamu'alaikum....
Sejak beg pam susu aku tercabut zip, aku tercari2 beg yg sesuai utk menggantikannya..dlm masa yg sama, aku pulak kalau pergi kerja, byk sgt beg yg aku bawa...beg notebook, cooler bag, beg pam (yg ni aku asingkn sbb beg pam yg sebenar, dh bagi pd kakak aku), botol air, kdg2 bw bekal ke tempat kerja, kdg2 xbw, hand bag pun kdg2 je bawa... pernah jugak aku tertinggal beg kt tempat kerja, kdg2 hand bag la, kdg2 beg pam...tu la serabut tul..
sejak dari kes tertinggal beg tu la, aku cuba cari beg yang boleh jimatkan ruang dan bolehla sumbatkan brg2 selagi boleh..mulanya aku sgt berkenan dgn beg ini...
gmbr beg yg aku dah terbeli..huhu..
sebab bhgn atas boleh simpan pam susu, bahagian bawah boleh letak ice pack dan susu.. mujur pam susu aku jenis ringan..iaitu Medela Mini Elektrik Plus..
sekalinya, ada satu perkara yg aku xpuas hati iaitu setelah aku simpan susu perahan dlm beg tu..ia x sesejuk kalau aku guna cooler bag Mom's Little One spt gmbr di bawah..tambahan pula, ice pack cepat lak cair...
Kesimpulannya, aku lebih suka cooler bag hitam ni..ice pack lambat sikit cair..lapisan polistrin pd beg tu agak tebal..
jadinya beg yg baru aku beli tu, aku buat simpan pam dan bekal mknn yg di bawa dari rumah..aku still guna beg hitam tu utk simpan susu... so, xde maknanya la nk kurangkn beg..haha..byk tu jugak beg yg aku bawa... cuma hand beg je la yg xperlu bawa nampaknya..
alang2 aku buat entri pasal cooler bag ni, aku nak bg tips2 memilih cooler box pulak...bukan apa, ni semua pun berdasarkan pengalaman aku sendiri..xnak org lain pun mengalami nasib yg sama mcm aku...
1) sekiranya korang terpaksa membawa ebm semasa travel, aku nasihatkan agar korang memilih cooler box spt ini..
kenapa aku sarankan box mcm ni? sbbnya mengikut pengalaman aku, box ni mmg dapat menyimpan ebm dlm jangkamasa yg lama...mcm aku hari tu 12-13jam jugakla dpt tahan ebm aku dari cair..petuanya letakkan ais banyak2..letak2 botol ebm di celah2 ais dan taburkan garam pd ais tersebut..mmg beku lama la ais tu..
2) menurut pengalaman aku, cooler box spt ini..xla tahan sgt..
sbb habis cair ais tu walaupun dah tabur garam, mungkin sbb xkedap sgt berbanding box polistrin tu..
rasanya itu sahaja yg dpt aku kongsikan menurut pengalaman aku..
Saturday, 4 August 2012
Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 1-7 Ogos
Sempena Minggu Penyusuan Sedunia ni, aku nak ucapkan selamat menyusukan bayi anda, semoga kita dapat beri yg terbaik buat mereka.. polisi penyusuan susu ibu di Malaysia ialah semua ibu2 digalakkan menyusukan bayi mereka dengan susu ibu sahaja dari lahir hingga berumur 6 bulan dan meneruskannya hingga berumur 2 tahun. Makanan pelengkap mula diberikan apabila bayi berumur 6 bulan (180 hari)...
2 ogos yg lalu, aku tlh menghadiri Majlis Pelancaran Minggu Penyusuan sedunia peringkat kebangsaan di Putrajaya..
Ni adalah buku programnya..
hari tu, aku sampai agak awal jugakla..dh lama xke Putrajaya sejak aku posting kt Sepang ni..rupa2nya dh byk perubahan yg dilakukan..termasuklah bilangan parking yg tlh bertambah..alhamdulillah..xla jauh sgt nk menapak ke auditorium.. tambahan pula jln masuk ke parcel E dr Alamanda pun dh ditebuk...tebuk?haih..xtau nk guna perkataan ape..ekeke..sbb sblm ni asal lalu ikut Alamanda je mesti kene lalu bulatan kecik tu, tp skg dia dh tebuk jln tu, xyah nak lalu bulatan tu lg..bagus2x..xla jem memanjang..
Majlis ni telah dirasmikan oleh Menteri Kesihatan kita.. Dato' Seri Liow Tiong Lai.. aku duduk agak depan jugak time tu.. ye la..biar mudah ilmu masuk..hihi.. amin..
Forum
makanan pelengkap utk bayi yg berumur 6-8 bulan..(gmbr atas)teksturnya berbeza dgn bayi yg berumur 9-11 bulan..(gmbr bwh)
mknn bayi 6-8bln (tekstur-lenyek), waktu minggu pertama 6bln, mknn perlu dikisar.. lepas tu, boleh lenyek2..bubur jgn terlalu cair, sbb kalau terlalu cair, nnt bby akan kurang zat makanan, bby akan mudah rs lapar..
keperluan kalori bagi baby berumur 6-8bln..
yg ni mknn utk bayi 9-11 bln (tekstur- potong kecil2, membantu bayi belajar mengunyah walaupun xde gigi lg, ia blh menguatkan gusi)
ni pun blh bg bby gk..mana yg ketul2 tu utk 9-11bln..
okla setakat ini dulu buat kali ini... jumpa lg..
Tuesday, 24 July 2012
EBM utk Aqil
Alhamdulillah..syukur sgt2 sbb bekalan susu seperti biasa..aku hrp ia tetap maintain hingga Aqil berusia 2 tahun..amin..
semasa proses pindah rumah hari tu, stok2 susu berada dlm keadaan yg selamat..
husband belikan ais berbungkus2 dan aku masukkan stok2 susu ke dlm ice box..
aku tabur sedikit garam pd ais spy ais xmudah cair..
beginilah stok susu aku dlm peti ais lama..
aku dh let go peti ais ni bg kat mak dan abah di kg..
susu dh selamat dimasukkan ke dlm ice box..
Sampai je rumah baru, terus aku transfer ke dlm peti ais baru yg dah di 'on'kan semalam..
semasa proses pindah rumah hari tu, stok2 susu berada dlm keadaan yg selamat..
husband belikan ais berbungkus2 dan aku masukkan stok2 susu ke dlm ice box..
aku tabur sedikit garam pd ais spy ais xmudah cair..
beginilah stok susu aku dlm peti ais lama..
aku dh let go peti ais ni bg kat mak dan abah di kg..
susu dh selamat dimasukkan ke dlm ice box..
Sampai je rumah baru, terus aku transfer ke dlm peti ais baru yg dah di 'on'kan semalam..
Wednesday, 18 July 2012
Apa yg aku xboleh makan@minum??
Entri kali ni pasal apa yg aku xboleh mkn sepanjang aku menyusukan anak ni..huhu..mmg cepat tul efek dia kalau xjaga mkn ni...semalam aku mkn roti paparoti~ada kafein kt ctu..sbb mcm ada rasa kopi2 gitu...agaknya tu la yg menyebabkan Aqil tomen xdpt tido mlm dgn tenang..nangis kuat2...tertekan betul..esok dhla keje...sabar...sabar.. byk tul dugaan, nak2 dah jd mak2 ni.. hehe..
gmbr ehsan dr en google..
sebelum ni, aku penah melantak kuih keria disalut dgn gula melaka...nyum..nyum..mmg sedap giler..tu sbb aku melantak agak byk...kah..kah.. last2..amek ko, mlm tu gak Aqil xboleh tdo..menangis2x..mujur esoknya aku xkeje...
Gambar ehsan dr en google gak..
Dulu masa menyusukan Adam, aku xleh minum carbonated drink, mmg drop susu..sedih giler..padahal aku minum sikit je..sbb dh lama sgt xminum sjk pregnant..lepas tu dah xberani aku nak minum dah..nengok je la org lain dok sedut..
Ni pon gmbr dr Google..time kaseh ye en Google sbb sudi share..hehe..
Tuesday, 10 July 2012
Susu Kembali Ok..
Alhamdulillah...sgt2 bersyukur kpd Allah bila susu dh ok balik..minggu lepas mungkin aku sgt stress tambah2 pulak dgn aku kurang minum air kot..sbb mesin yg aku selalu beli air tu rosak...tu sbb susu merudum.. so, kesimpulannya jgn stress2...rileks ja...walau apa jua rintangan dan masalah yg dihadapi, tempuhilah dgn tenang...minum air byk2..tingkatkan kualiti pemakanan...minum susu hari2..insyaAllah, semoga perjalanan penyusuanku berjaya...Amin..
Hasil perahan tengahari semalam..
Wednesday, 4 July 2012
Susu Merudum... =(
Sejak akhir2 ni penghasilan susu utk Aqil agak menyusut
sedikit.. aku rasa mungkin aku agak
stress disebabkan tugas seharian yg mmg sibuk...kalau korg tgk planner aku,
mesti stress jugak..kui..kui.. sgt byk bebanan tugas sebenarnya..mana taknya..1 daerah aku kene cover sorg2..huhu..
Selalu time tengahari aku pam biasa dpt mcmni.. seronoknya bila dpt mcmni..kdg2 xperasan susu sampai melimpah..habis basah kain aku..igt terkencing...haha..kusyuk sgt tgk fb kumpulan ibu2 yg menyusukan..
Tp hari ni dpt mcmni..
Ya Allah, bantulah aku...kalau ptg, balik dr kerja aku pam jugak..
teruk sgt kot aku stress smpi dpt mcmni...huk..huk..
Tp walau byk mana pun yg dapat..rezeki dr Allah jugak ni..alhamdulillah..semoga perjalanan penyusuanku utk Aqil berjaya hingga dia berumur 2 tahun.. itulah azam aku..
Semalam, genap usia Aqil 6 bulan iaitu 180 hari, siap mark dlm kelender lg.. jadi semalam jugaklah aku buatkan dia bubur nasi yang diblender+susu ibu... amatlah gelojoh beliau makan..kelaka pulak tgk...
time ni Adam dah tido...amanlah sikit..kang dia lak yg nak..pantang nampak makanan..
So, kpd Aqilku sayang selamat menikmati dunia merasai pelbagai rasa semulajadi makanan, tanpa garam, tanpa gula..nanti ibu buat resepi baru lg utk Aqil ye...first time rasa macamni dulu..
teruk sgt kot aku stress smpi dpt mcmni...huk..huk..
Tp walau byk mana pun yg dapat..rezeki dr Allah jugak ni..alhamdulillah..semoga perjalanan penyusuanku utk Aqil berjaya hingga dia berumur 2 tahun.. itulah azam aku..
Semalam, genap usia Aqil 6 bulan iaitu 180 hari, siap mark dlm kelender lg.. jadi semalam jugaklah aku buatkan dia bubur nasi yang diblender+susu ibu... amatlah gelojoh beliau makan..kelaka pulak tgk...
time ni Adam dah tido...amanlah sikit..kang dia lak yg nak..pantang nampak makanan..
So, kpd Aqilku sayang selamat menikmati dunia merasai pelbagai rasa semulajadi makanan, tanpa garam, tanpa gula..nanti ibu buat resepi baru lg utk Aqil ye...first time rasa macamni dulu..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Terima Kasih Ya Allah atas Jemputan ini
Sambungan yg semalam. Ngantuk sgt mlm td. Pagi ni sambung balik. En suami kata, kita jumpa kat Klinik MZ terus lah lepas maghrib. So, mlm ...
-
Assalamualaikum.. A lhamdulillah, kali ni ada rezeki lagi menjejakkan kaki ke negara matahari terbit. Tahun 2012 du lu aku pegi dgn suami...
-
Assalamualaikum.. Lama dah sebenarnya nak berkongsi sedikit sebanyak pengalaman menghantar anak di tadika. Ye lah, skg ni ibu bapa sdg sibu...
-
Hari keempat di Sapporo, setelah selesai bersihkan diri, solat subuh, kami bersarapan dirumah sebelum keluar. Hari ni menu dari mak mertua, ...






















