Assalamualaikum..
Dah lama tak bersiaran. 2 minggu lepas, Adam dapat mc 5 hari, Rabu-Ahad sebab dia kena scabies. Sebelum ni masa bulan 2, budak dorm dia ramai2 yang kena, tapi dia tak kena. Tapi sebab dah duduk sebilik semua ahli bilik kena kuarantin boleh balik rumah. Tapi kali ni dia yg terkena pula. Minggu lepas, Aqil pula mc. Rabu-Ahad, dia sepatutnya sedang mengikuti aktiviti perkhemahan anjuran sekolah. Kawasan perkhemahan tu memang kawasan hutan, jalan nak ke tandas tu gelap waktu malam dan banyak pokok2 yang menjalar2 dan ada pokok yang dipangkas tapi mungkin tak betul2 diclearkan dgn baik, jadinya.. nak dijadikan cerita, kaki Aqil terkena kayu yang terjulur2 tu. Bahagian kuku tercucuk kayu..aduss.. Kuku kaki dia terpaksa dibuang. Ngeri pulak rasa. Minggu lepas meriah la anak2 semua berkumpul di rumah. Memang kebetulan minggu lepas, sekolah Adam dan Aqil balik bermalam. Cuma Aqil lama sikit la duduk kt rumah. Semoga cepat sembuh kaki Aqil tu.
Semoga cepat sembuh Aqil. Ngilu bila baca kuku kaki kena buang huhu
ReplyDelete