Assalamualaikum
Akhir-akhir tahun ni memang akan busy sebab anak nak exam, anak nak interview dan macam-macam perkara yang nak diselesaikan. Aku sedih sebab selalunya aku akan share maklumat hala tuju anak, anak nak sekolah mana dengan arwah Kak Lin. Dua tahun lepas dan tahun ni ada anak kami yang sebaya. Tahun ni terpaksa buat keputusan sendiri nak hantar anak ke sekolah mana tahun depan. Husband memang akan serahkan semuanya untuk aku pilih, sebab aku faham dia sangat busy dengan kerja dia dan aku pun tak nak bebankan dia dengan pilihan sekolah anak2 ni. Abang ipar pun busy juga, jadi dia pun serahkan pada aku juga untuk isi permohonan anak-anak kami yang sebaya ni. Aku berbesar hati nak tolong dia sebab dulu masa arwah Kak Lin masih hidup, arwah Kak Lin banyak sangat tolong aku. Sebab tu aku sebak bila kehilangan dia. Tiada dah tempat untuk aku bercerita itu ini. Hanya Allah sahaja tempat aku serahkan segalanya. Aku sangat berharap agar Aqlan dan Ammar dapat sekolah yang terbaik buat mereka.
Tahun ini juga anak kedua arwah Kak Lin akan menduduki SPM. Semoga semangat dia terus kuat untuk meneruskan perjuangan ini. Mudah-mudahan dia berjaya mendapat 12A+ dan dapat mengejar cita-cita dia suatu hari nanti.
Berbalik pula pada permohonan untuk sekolah menengah Aqlan, disebabkan Aqlan ni tak ambil UPKK, jadi aku risau sikit la sebab mana2 permohonan pun dia nak tengok juga keputusan tu, kadang dia ada tulis UPKK atau yang setaraf dengan tu. Jadi, aku mohon banyak sikit sekolah untuk Aqlan berbanding abang-abang dia dahulu. PKSK aku mohon sekolah sama dengan Aqil sebab memandangkan senang sikit nak urus kalau sama sekolah. Kalau mohon sekolah sama dengan Adam, sempat setahun je dengan abang dia. Kalau sama sekolah dengan Aqil, lama sikit lah. MRSM mmg tak pilih la sebab aku rasa xde jodoh la dengan MRSM, merajuk ahh.. dah 2 kali permohonan utk abg-abg dia tak lepas. Aqil pulak sampai ke sudah waiting list.
Untuk SABK aku mohon SMA Nilai-KBT dan SMA Dato' Klana Petra Maamor-Dini. Alhamdulillah kedua-dua sekolah tersebut dapat panggilan temu duganya dan Aqlan hadir. Aku mohon juga untuk Ammar, tapi sebab Ammar pegi Program Simulasi pemilihan pelajar Ting 1 MTNP (Maahad Tahfiz Negeri Pahang) tarikh bertindan. Jadi Ammar tak dpt hadir temu duga kedua-dua sekolah tersebut. Permohonan MTNP untuk Ammar dan Aqlan aku buat juga, abg ipar ic pahang, arwah Kak Lin ic Selangor jadi, kalau mohon tu boleh dpt separa tajaan. Aqlan pula ic KL, aku ic Selangor, en suami ic KL, kalau dapat tu mcm kena tajaan sendiri. Macam tak sanggup juga RM2k sebulan..😅 Cuma Aqlan tu aku mohon juga untuk menemankan Ammar je, di samping tu nak tengok juga kot ada rezeki. Tapi Allah lebih tahu kan mana yang terbaik untuk diorang. Ammar je lepas untuk ke simulasi sementara Aqlan tak dapat. Abg ipar dah 3 orang anak dia sebelum ni try untuk MTNP tu, tiga-tiga sebelum ni xde rezeki untuk ke simulasi. Ammar yang ke-4, rezeki Ammar dapat join simulasi. Sedih sebab tak dapat nak kongsi kegembiraan ni dengan arwah ummi dia. Mudah-mudahan ada rezeki bersekolah di sekolah yang terbaik buat Ammar.
Sebelum tu ada mohon juga untuk Aqlan dan Ammar permata insan USIM iaitu ujian saringan USIM-QUEST 2026. Tapi dua-dua takde rezeki. Tak pe lah. Mungkin ada tempat lain yang lebih baik untuk mereka nanti, InsyaAllah. Minggu depan ni alhamdulillah Aqlan dan Ammar layak untuk ke temu duga sekolah TMUA pilihan mereka. Korang, doakan mereka semoga kedua-duanya dipermudahkan hafazan, dilancarkan bacaan, dipermudahkan menulis tahriri dan dapat jawab soalan penemuduga dengan yakin dan fasih. Semoga ada sinar buat mereka. Ameen.