Thursday, 1 October 2026

Kakak Aisyah dapat Dentistry USIM

 Assalamualaikum.. Lama tak bersiaran..Rupanya last entry 24 Ogos.. Hari ni dah 1 Oktober dah. Throwback 15 September yang lalu. Alhamdulillah Kakak Aisyah, dapat sambung belajar dalam dentistry di USIM. Maka tercapailah hasrat dan impian Kakak untuk meneruskan legasi dan perjuangan arwah umminya. Aku dan kakak sulung (Kak Yan) turut serta hantar dia masa hari pendaftaran. Sehari sebelum tu, aku temankan dia beli barang-barang keperluan untuk masuk belajar. 

Pagi sebelum ke USIM tu, kami nak ke kubur arwah Kak Lin dulu. Kak Yan jemput aku kat rumah kemudian kami terus jumpa mereka di kubur. Rasa sekejap je dah 6 bulan Kak Lin pergi meninggalkan kami. Banyak kubur baru yang bertambah kat situ. Dah semakin jauh dengan kubur Kak Lin. Hari kami melawat kubur tu, kebetulan ada 1 jenazah yang baru nak dikebumikan. Rasa insaf betul bila ada kematian ni. Kadang terfikir, cukup ke bekalan kita nak bawa ke sana nanti. Kematian tak mengenal usia. 



Subur betul pokok bunga kat kubur orang lain ni. 

Selepas baca Yasin dan doa buat arwah Kak Lin. Untungnya Kak Lin, anak-anak dan suaminya kerap melawat dia di kubur. 


Teringat saat-saat Kakak Aisyah masa nak exam akhir sem hari tu, iaitu sebelum aku berangkat menunaikan haji. Menangis2 dia sebab tak dapat study, teringat kat arwah ummi. Sebaknya aku ketika itu. Aku pun rasa kehilangan, dia apatah lagi. Kehilangan ibu lagila sedih. Dia selalu cakap, adakah ummi pergi terlalu cepat, atau Kakak yang lambat sangat nk habiskan belajar. Aku cakapla kat dia, Allah bg ujian ni sebab nak Kakak jadi kuat. Rasullullah pun, paling banyak ujiannya. Perjalanan Kakak masih jauh lagi, sepanjang perjalanan ni mungkin ada lagi ujian yang Allah nak bagi, tapi bila kita kuat, InsyaAllah semuanya kita boleh hadapi.


Semoga Kakak Aisyah dapat belajar bersungguh-sungguh ya.

Monday, 24 August 2026

Aktiviti hujung minggu

Assalamualaikum...

Terpaksa buat throwback, sebab minggu lepas tak berkesempatan nak update blog.
Selasa hingga Khamis lepas, Aqlan baru selesai menduduki peperiksaan SPPIM under Ikram-Musleh (untuk rangkaian Sekolah Al-Amin). Dia cakap, soalan ok la senang, cuma tajwid la dia kata byk juga yg dia hentam.. huhu.. Tajwid byk yg masuk topik darjah 5 katanya. Aqlan baru masuk tahun 6 ni, jadi sebenarnya bykla yg dia kena cover. 

Sabtu lepas, seperti biasa pagi-pagi hantar Aqlan pegi kelas tambahan kat sekolah dia. Lepas tu beli sarapan, santai2 je cuti2 hujung minggu ni.  Sabtu Ahad ni takde plan nak melawat Aqil kat asrama sebab minggu depan dia nak balik dah. Cuma sekolah Adam, hari Ahad je boleh outing untuk minggu yang tak balik bermalam. Pagi tu dia pun ada kelas tambahan, disebabkan rumah dekat jadinya bawala juga dia outing, tapi outingnya bawa dia balik rumah je lah..hahaha..Sebelum pukul 6 kena sampai pagar asrama.

Ahad, 23 Ogos ada Program Sutera Merdeka Berselawat kat masjid taman kitorang.


Pagi Ahad tu, aku bantu AJK Helwa untuk jadi juri pertandingan mewarna. Ada 3 kategori. Kategori A (4-6 tahun), Kategori B (7-9 tahun) dan Kategori C (10-12 tahun). Aku pula juri bg Kategori B, penyertaan umur 7-9 tahun adalah yang paling ramai. 
Bersama juri kategori lain dan Lia (belah kanan sekali) PIC bg pertandingan mewarna ni. Antara lukisan peserta yang menang.

Lepas habis penyampaian hadiah bagi peserta yang menang, aku pegi ke booth pemeriksaan kesihatan. Cek berat, tinggi, tekanan darah, gula, kolesterol dan hpv. Lepas makan tengahari dengan Ajk pelaksana, bergegas nak jemput Adam kat sekolah dia. Dalam perjalanan nak ke sekolah Adam, banyak kali pula muncul tanda merah pada dashboard yang menunjukkan hot temperature. Sebenarnya sejak minggu lepas lagi, cuma tanda tu muncul bila tengah drive waktu tengahari. Kadang-kadang ada, kadang-kadang xde. Bila makin kerap ni risau la pula. Hari ni Isnin, baru sempat nak bawa kereta ke bengkel. Ahad semalam, banyak bengkel tutup. 

Masa kat bengkel tu, mekanik tu cek rupanya penutup radiator tu spring dia dah rosak. Dia tambah air dalam tu dan tukar penutup tu. Bila dia tekan minyak lama2,buka aircond lagi tanda merah tu dah xkeluar. Dia suruh pantau dulu beberapa hari ni. Kita ni mana reti sangat pasal kereta2 ni kan. Sebab en suami kerja, terpaksa la hadap kalau salah satu kereta buat hal, tukar tayar ke, servis kereta ke, basuh kereta ke..Lepas ni dah tau la sikit2 pasal kereta. 

Sementara menulis blog ni, tengah tunggu juga orang datang baiki aircond bilik Aqlan yang rosak. Sebenarnya baru tukar aircond tu, rupanya manufacturing defect, gas dia bocor. Patutla xsejuk. Arissa pula hari ni mc sebab telinga dia sakit dari malam semalam. Doktor bg antibiotik utk telinga kena titis 7 hari, 3x sehari, 2 drop setiap kali titis. Memang ada merah sikit dalam telinga dia. Tahi telinga dia jenis yang kering, berserbuk. Mungkin dia gosok2 telinga tu yang merah kot sebab keras tahi telinga dia. Okla setakat ini dulu, nak pi jemput Aqlan balik sekolah pula.

Tuesday, 18 August 2026

Cerita MC anak-anak

 Assalamualaikum..

Dah lama tak bersiaran. 2 minggu lepas, Adam dapat mc 5 hari, Rabu-Ahad sebab dia kena scabies. Sebelum ni masa bulan 2, budak dorm dia ramai2 yang kena, tapi dia tak kena. Tapi sebab dah duduk sebilik semua ahli bilik kena kuarantin boleh balik rumah. Tapi kali ni dia yg terkena pula. Minggu lepas, Aqil pula mc. Rabu-Ahad, dia sepatutnya sedang mengikuti aktiviti perkhemahan anjuran sekolah. Kawasan perkhemahan tu memang kawasan hutan, jalan nak ke tandas tu gelap waktu malam dan  banyak pokok2 yang menjalar2 dan ada pokok yang dipangkas tapi mungkin tak betul2 diclearkan dgn baik, jadinya.. nak dijadikan cerita, kaki Aqil terkena kayu yang terjulur2 tu. Bahagian kuku tercucuk kayu..aduss.. Kuku kaki dia terpaksa dibuang. Ngeri pulak rasa. Minggu lepas meriah la anak2 semua berkumpul di rumah. Memang kebetulan minggu lepas, sekolah Adam dan Aqil balik bermalam. Cuma Aqil lama sikit la duduk kt rumah. Semoga cepat sembuh kaki Aqil tu. 


Tuesday, 4 August 2026

Korang Dah Try ke OTR CBTL yang viral tu?

 Assalamualaikum..

Throwback 30/7/2026 Khamis yang lalu. Hari ni macam-macam urusan nak buat. Aku pegi Cimb bank sebab nak tukar debit card yang dah nak dekat expired. Sekejap je pun urusannya. Alhamdulillah tak ramai orang. Dah alang-alang dekat dengan Coffee Bean Tea Leaf, terasa nak try la coffee bean OTR yang viral tu. Jarang sebenarnya nak ikut trend tapi sebab dia asik lalu2 je kat threads, jadi dah teracun nak cuba sekali..haha.. Sejak umur 40 tahun ni la baru try minum kopi. Kalau dulu memang tak minum. Faktor umur kot. Masa kat Sabah dulu, mesti nak minum kopi, kononnya nak bagi rasa bersemangat nak buat kerja rumah.. Masa tu suka dengan Old Town White Coffee yang classic. Tau 3 in 1 ni tak bagus untuk kesihatan, tapi sebab rasa dia sedap minum juga. 😅Lepas tu bila dah balik ke semenanjung, beli la juga Old Town White Coffee tu, tapi pelik kenapa rasa dia tak sama dah macam dulu. Xde Ummphh dah.. Terus stop beli kopi tu. Mungkin bagus juga la rasa dia dah tak sesedap dulu, maknanya memang kena stop terus la 3 in 1 ni.

Berbalik kepada Coffee Bean & Tea Leaf tadi, aku try yang ni.


Ada orang kata sedap, tapi ada juga orang kata xsedap. Ntah la, lain org lain kan deria rasanya. Bagi aku sedap je, lemak berkrim. 


Next time boleh try perisa lain pula.. Cuma xtau la bila, xboleh kerap sangat. Disebabkan minum ni la, malam tu aku tak boleh nak lelap mata.. Segar je.. haha. Tak boleh jadi ni, tau tak tidur malam tu adalah suatu nikmat.


 


Disebabkan post ni la aku teracun..hahaha.. Korang dah try ke? 

Thursday, 30 July 2026

Pokok Ros Anne Sophie Pic

 Pokok ros id Anne Sophie Pic meriah kali ini. Seronok tengok dia keluarkan banyak bunga. Sebenarnya pokok-pokok ros yang lain sedang berjuang melawan serangan thrips. Ni pun dah berapa hari sembur cuka kayu pada kudup bunganya. Rasanya pokok2 yang agak kritikal ni kena asingkan sementaralah. Kadang dah keluar tunas baru tapi beberapa hari lepas tu tunas tu berwarna kehitaman. Sedih rasa. Memang kena buat sesuatu ni. 

Ni gambar Sabtu lepas, bunga baru nak start berkembang

Ni gambar Ahad lepas, bunga dah berkembang

Ni gambar bunga hari Isnin. Bunga yang atas sekali tu, macam ada coklat2 kekeringan, itu kerja thrips la tu.

Wednesday, 29 July 2026

Infak Pakaian Terpakai

 Ahad lepas, ada program Pembelian dan Infak Pakaian Terpakai di Masjid Taman Cheras Jaya. Sabtu tu, kitorang 1 keluarga keluarkan mana-mana baju yang dah tak muat tapi masih elok untuk di asingkan dari almari atau laci masing-masing. Lega sangat bila tengok ada ruang dalam almari, kalau tak serabut tengok banyak sangat pakaian, pakainya tidak. Aku pun selongkar sekali almari yang simpan pakaian winter kanak-kanak dan baby, keluarkan. Jaket2 winter tu pejam mata je lah walaupun sayang tapi sebab daripada tak guna baik infakkan je. Saiz kecik, anak-anak semua dah besar. Dah ada 1 ruang lagi dalam almari yang kosong. Kalau tak silap ada 9 plastik baju, 48kg lebih kurang.


Harap ada lagi la program-program macam ni. Lapang sikit fikiran bila tengok rumah clear. Sekarang ni tengah nak tengok bahagian almari buku pula. Rasanya banyak juga tu yang perlu disingkirkan. Selalu kalau buku atau kertas, aku pegi kat Pusat Lestari Putrajaya Presint 9. Kalau sesapa ada info meh la share, kot la kalau dekat boleh la join.

Tuesday, 28 July 2026

Pengalaman Haji: Mina

 Alhamdulillah bas kami tiba di Mina dalam pukul 1.40am, lebih kurang 40 minit perjalanan dari Arafah ke Mina. 1 daripada bas kami berhenti jauh dari tempat yang sepatutnya. Jauh jemaah kami terpaksa berjalan dengan memikul beg yang berat. 

Beginilah keadaan khemah kami di Mina. Separuh khemah, separuh bangunan. Tilam aku berhadapan dengan kakak yang tengah duduk dekat beg warna biru tu. Tempat aku mmg direct aircond. Sejuk giler. Balik dari sinilah badan mula rasa seram sejuk, selsema, batuk dan demam. Ha..nak cerita pasal tilam ni. Tilam ni lengkap dengan tempat charge phone dan bahagian kepala tu boleh urut, rasa lenguh2 terus je letak kepala dan mengurut.. Best betul. Selimut tu terpaksa tinggalkan kt sana sebab beg tak muat dah barang. Selimut tu best, tebal dan lembut. 

Kitorang duduk kat Maktab 69, khemah Mina Muassim. Khemah kami berdekatan je dengan jemaah muassasah. Jadi, toilet memang share dengan diorang. Cuma tempat makan je asing. Sebenarnya bahagian atas khemah kami inilah toilet yang tahun ni baru buka tu. Toilet 2 tingkat. Memang besar yang amat toiletnya, tapi still ramai betul orang. Di sinilah ujian bermula bagi aku. Kalau nak bangun tahajjud dan subuh tu memang kena standby 2-3 jam sebelum. Subuh pukul 4, kena bangun pukul 1 kalau nk selamat. Kalau bangun pukul 3 tu alamatnya lepas subuh baru dapat turn. Ada 1 hari tu terbangun lambat, pukul 3 lebih. Memang xdpt la nk masuk toilet. Apa yg aku buat dgn sorg kwn tu ialah gosok gigi guna air mineral kat tepi longkang pastu amik wudhuk guna spray je. lepas subuh la baru pegi toilet. 


Turn kami melontar TH dah tetapkan ialah lepas isyak, jadi kami ikut jelah waktu yang telah ditetapkan. 


Berkumpul dan dengar taklimat sebelum pergi melontar jamrah.


Sesampainya ditempat melontar, okla tak berapa ramai orang, bg aku terbaiklah TH dah tetapkan waktu macamni. Walaupun agak lewat dari orang lain, tapi melontar waktu malam tidaklah terasa panas. 


Jemaah masih berpakaian ihram. Habis melontar Jamrah Qubra, dah boleh tukar ihram.

Bila berjalan ramai-ramai semasa melontar 7km pun tak terasa penat. Lagi-lagi bila tengok orang lain yang lebih tua berjalan, ada yang bongkok, ada yang sakit kaki, tapi Allah bagi kekuatan buat mereka. Alhamdulillah, kuatnya semangat mereka. Teringat masa mak dan abah pegi haji, abah gout. Macammana lah keadaan abah berjalan terhencut2 dengan kakinya yang sakit. Bila kita lihat orang yang lebih sakit atau lebih susah lagi, betapa bersyukurnya kita dapat pegi semasa masih muda dan sihat. 





Pemandangan yang pasti akan dirindukan, Hari terakhir di Mina melontar lepas subuh. So, dapat lihat pemandangan siang pula.

Pelbagai jus buah-buahan boleh amik banyak mana nak. Tapi berpada2 lah sebab aku minum ni jadi sakit tekak.. So tak la minum banyak sgt. Banyakkan minum air mineral je la sebab tekak cepat je kering nak2 duduk bawah aircond.



Selepas subuh, dlm pukul 5.30am sebelum makanan breakfast tiba, makan dulu ringan2..heheh.. Kalau kat rumah ni, anak2 yang cepat je perabih, ibu xsempat nak makan. Kat sini, ibu boleh makan dengan tenang tanpa gangguan..hihi..

Alhamdulillah, dapat jupa sahabat2, kakak senior UKMKL, tak sangka seramai ini kami dapat berkumpul untuk haji tahun ini di sini. Menangis semua masa aku bercerita pasal arwah Kak Lin, diorang semua kenal Kak Lin sebab kami berkongsi sahabat yang sama, ketika sama2 belajar dulu. Sedih..Tapi Allah hadirkan sahabat2 yang saling menguatkan dan sama-sama mendoakan. 

Serius sebenarnya sebelum dpt tau dapat pegi haji ni, aku betul2 rasa sangat sedih atas pemergian arwah Kak Lin. Asal drive sorang2 mesti nak nangis sebab teringat kat dia. Tisu tu dekat je dgn aku senang nak capai bila nangis. Gloomy je rasa, lepas hantar anak2 pegi sekolah. Banyak waktu aku tidur, rasa takde semangat nk teruskan hidup. Nak pegi beli ikan, mesti lalu klinik dia. Bila lalu situ memang sedih la sebab teringat, dulu2 sebelum aku pindah Sabah, selalu singgah klinik dia dulu.. Borak2, tapi sekarang kosong je rasa. Aku ingat, lepas aku pindah ni bolehla luangkan masa lebih banyak dengan dia, banyak benda nak cerita, banyak benda nak share tapi semuanya tak sempat.. Dapat spend masa dgn dia 3 bulan je sebelum dia pergi buat selama-lamanya. 

Bila dapat panggilan haji ni orang yang paling aku nak sampaikan berita ni ialah dia setelah mak aku. Sebab dialah aku baru survey2 harga pakej haji, walaupun ketika itu, aku bukan ada duit sebanyak itu. Dia yang cakap seronok kalau dapat pergi berdua dengan suami. Dia jeles tengok kawan2 dia yang dpt pegi berdua suami isteri. Sebab arwah Kak Lin dapat pergi dengan mak dan ayah mertua dia, jadi cabaran dan ujian banyak juga buat mereka. Bagi aku pula, aku sebenarnya risau kalau pegi berdua dgn suami, risau bergaduh je..haha.. tapi bila aku cerita dengan Kak Ika, biras aku. Dia cakap, ko jangan fikir menda negatif, ko fikir yang positif je. Doa je banyak2 semoga semuanya dipermudahkan. Dan aku memang ingat la pesan dia. Alhamdulillah setelah semuanya berlalu memang betul, Allah permudahkan segalanya. Bas yang aku dan suami naik pun semuanya berhenti betul2 dekat dgn hotel, dekat dengan tempat yang sepatutnya berhenti dan masa yang tepat. 

Bila aku ingat2 balik, setelah apa yang berlaku tahun ni, memang betul Allah jemput aku betul2 pada tahun yang tepat, tahun yang terbaik, masa yang terbaik. Rasa nak menangis bila ingat balik. Ketika Allah uji aku hilang tempat aku mengadu, bercerita masalah sebenarnya Allah nak bagitahu aku bahawa Allah sahaja tempat aku mengadu, tempat aku ceritakan semua masalah2, kesedihan dan apa yang aku rasa. Allah pujuk aku dengan perjalanan haji ini pada tahun ini. Di saat Kakak (anak arwah Kak Lin) betul2 memerlukan doa untuk dia menghadapi final exam semII dan saat2 yang dia betul2 perlukan kekuatan untuk menghadapi kehilangan umminya yg tercinta. Semoga Allah menerima ibadah dan mengabulkan doa2 kami di sini. Ya Allah kurniakan kepada kami haji yang mabrur. Ameen. 

Banyak pengajaran yang aku dapat, kat Mina inilah aku dapat bertemu dengan seseorang yang kisahnya lebih kurang sama dengan aku. Bezanya dia kehilangan adik yang dia sangat rapat, aku pula kehilangan kakak yang sangat rapat. Rupanya ramai lagi yang diuji dengan pelbagai ujian. Semoga kita semua kuat dan dapat menghadapinya dengan redha. 

Kakak Aisyah dapat Dentistry USIM

  Assalamualaikum.. Lama tak bersiaran..Rupanya last entry 24 Ogos.. Hari ni dah 1 Oktober dah. Throwback 15 September yang lalu. Alhamdulil...