Friday, 5 December 2025

Hari Penyerahan Slip UASA

 Assalamualaikum.

Hari ni merupakan hari penyerahan slip UASA sekolah Aqlan dan Arissa. Alhamdulillah prestasi mereka meningkat dari pertengahan tahun yang lalu. Walaupun Aqlan tak dapat tempat pertama-ketiga, tapi Aqlan dapat juga la 2 subjek tertinggi iaitu subjek Feqah dan Tajwid. Kali ni Aqlan dapat tempat ke5. 5/33 pertengahan tahun hari tu 7/33.  Harap2 semangat nak belajar dia semakin meningkat la bila nak masuk darjah 6 ni. Sejarah hari tu dia dpt D, saya minta dia banyakkan baca sejarah, tuisyen memang join, tapi kalau tak baca tak jadi juga kan. Saya selalu ingatkan dia Sejarah ni penting sebab soalan PKSK banyak juga pasal sejarah. Jadinya saya tengok usaha dia dlm memperbaiki subjek Sejarah ni, beberapa hari sebelum tu dia dah rajin baca Sejarah.. dan malam sebelum exam tu dia baca Sejarah sampai pukul 11.30mlm lps tu baru tidur. Akhirnya, alhamdulillah sejarah dia dapat A. Cuma, Imlak pula dapat C, sebelum ni A 😅. Imlak hari yg sama dgn Sejarah, dia xsempat nak cover Imlak sebab kena hafal juga yg tu.. adehhh.. Kesimpulannya, memang kena baca dan hafal dari awal takleh nak last minute. 

Arissa pula naik 1 anak tangga dari exam pertengahan tahun. Dia kata, okla tu ibu.. ish..ish.. tu dpt 10/32 tau bukan no. 1. Sabau jelah anak pompuan sorang ni. Dia boleh kata ok.. Dia ni la yang asik minta diskaun je bila suruh buat latihan.. Banyak yg nak kena perbaiki ni Arissa oii.. Kena banyakkan baca jawi, sebab dia tak faham tulisan jawi sebab tu dia hentam je subjek agama. Matematik pula dia kurang buat latihan, berbuih dah ibu dia bising tapi tak jalan juga.. Rupanya Arissa ada dpt 1 hadiah utk naik pentas, cuma ustazah dia tak bgtau hadiah apa.. surprise juga.. ke dia dpt mata pelajaran Bahasa Arab tertinggi. Dia dpt 96 tapi dia cakap dia tak tau ada lagi ke tak pelajar lain yg lebih tinggi dari tu. Exam Bahasa Arab hari tu, memang sebelum tu dia byk hafal2, dan minta tasmik, tapi lps jawab exam dia cakap..ibu.. ada soalan yg pasal jenis2 bola tu, Arissa hentam je ibu..sebab tak ingat. Saya pun, cakap je la kat dia, xpelah Cha.. benda dah lepas nak buat mcmmana.. sekalinya soalan yg bola2 tu, dia hentam2 semua betul.. dia igt 2 je, 3 dia hentam.. 😅.. Rezeki nak oii.. 

First time la amik report card day tanpa ayah diorang. Ayah diorang hari ni pegi sekolah Adam, ada prog hala tuju pelajar form 3 untuk menentukan aliran mana tahun depan. Kesimpulannya, banyak lagi usaha yg diperlukan untuk memperbaiki akademik diorang ni. Chaiyok!! 

No comments:

Post a Comment

Hari Penyerahan Slip UASA

  Assalamualaikum. Hari ni merupakan hari penyerahan slip UASA sekolah Aqlan dan Arissa. Alhamdulillah prestasi mereka meningkat dari perten...