Assalamualaikum..
Setelah kerunsingan melanda hari tu, malam tu juga saya isi borang permohonan online sekolah al-amin Cheras Selatan. Keesokan harinya terus diorang bagi emel untuk menetapkan tarikh untuk temubual ibubapa dan ujian kemasukan murid pada 24/12. Namun, pada tarikh tersebut kami tidak dapat hadir sebab itulah tarikh flight kami balik ke semenanjung for good. Saya terus call sekolah untuk menukar tarikh. Tak lama selepas itu, diorang call balik saya untuk tukar ke tarikh 26/12 untuk temubual dan ujian kemasukan murid baru. Setelah persetujuan dibuat, barulah saya membuat bayaran proses pendaftaran sebanyak RM30 seorang serta borang kehadiran untuk sesi temubual ibubapa dan ujian kemasukan murid. Semoga semuanya dipermudahkan dan dilancarkan.
En suami sangat berharap dapat sekolah SRI Abim, manakala saya pulak tak kisah mana-mana pun. Cuma saya sangat berharap agar Allah berikan petunjuk sekolah mana yg terbaik untuk mereka pada masa akan datang, untuk dunia dan akhirat mereka. Bezanya sekolah itu, Abim ada bangunan sendiri 4 tingkat kalau xsilap, ada kantin, surau dan bangunan untuk pelajar sekolah menengah. Sekolah tadika dia pulak bersebelahan je dengan pagar sekolah, lot rumah yg dijadikan tadika. Manakala sek al amin cheras selatan tu pulak bangunan shoplot, di mana en suami kurang sikit berkenan. Dari segi nak hantar anak-anak ke sekolah pula-semestinya saya la yang jadi mak supir. Sek Abim menghala ke Putrajaya, pagi-pagi memang sesak berebut jalan dengan org yg nak masuk opis di Putrajaya. Manakala sekolah al-amin Cheras Selatan pula rasanya menentang arus, saya rasa tak jem sgt.. rasanya la sebab dah berapa tahun tak hantar anak ke area belah sana. Dulu anak2 sekolah tadika area situ.. so far ok je. Tenang2 sikit, balik hantar anak, kalau rajin boleh la jogging atau brisk walk kat Lake Valley..
semoga dipermudah segala urusannya
ReplyDelete