Pokok ros id Anne Sophie Pic meriah kali ini. Seronok tengok dia keluarkan banyak bunga. Sebenarnya pokok-pokok ros yang lain sedang berjuang melawan serangan thrips. Ni pun dah berapa hari sembur cuka kayu pada kudup bunganya. Rasanya pokok2 yang agak kritikal ni kena asingkan sementaralah. Kadang dah keluar tunas baru tapi beberapa hari lepas tu tunas tu berwarna kehitaman. Sedih rasa. Memang kena buat sesuatu ni.
Thursday, 30 July 2026
Pokok Ros Anne Sophie Pic
Wednesday, 29 July 2026
Infak Pakaian Terpakai
Ahad lepas, ada program Pembelian dan Infak Pakaian Terpakai di Masjid Taman Cheras Jaya. Sabtu tu, kitorang 1 keluarga keluarkan mana-mana baju yang dah tak muat tapi masih elok untuk di asingkan dari almari atau laci masing-masing. Lega sangat bila tengok ada ruang dalam almari, kalau tak serabut tengok banyak sangat pakaian, pakainya tidak. Aku pun selongkar sekali almari yang simpan pakaian winter kanak-kanak dan baby, keluarkan. Jaket2 winter tu pejam mata je lah walaupun sayang tapi sebab daripada tak guna baik infakkan je. Saiz kecik, anak-anak semua dah besar. Dah ada 1 ruang lagi dalam almari yang kosong. Kalau tak silap ada 9 plastik baju, 48kg lebih kurang.
Harap ada lagi la program-program macam ni. Lapang sikit fikiran bila tengok rumah clear. Sekarang ni tengah nak tengok bahagian almari buku pula. Rasanya banyak juga tu yang perlu disingkirkan. Selalu kalau buku atau kertas, aku pegi kat Pusat Lestari Putrajaya Presint 9. Kalau sesapa ada info meh la share, kot la kalau dekat boleh la join.
Tuesday, 28 July 2026
Pengalaman Haji: Mina
Alhamdulillah bas kami tiba di Mina dalam pukul 1.40am, lebih kurang 40 minit perjalanan dari Arafah ke Mina. 1 daripada bas kami berhenti jauh dari tempat yang sepatutnya. Jauh jemaah kami terpaksa berjalan dengan memikul beg yang berat.
Beginilah keadaan khemah kami di Mina. Separuh khemah, separuh bangunan. Tilam aku berhadapan dengan kakak yang tengah duduk dekat beg warna biru tu. Tempat aku mmg direct aircond. Sejuk giler. Balik dari sinilah badan mula rasa seram sejuk, selsema, batuk dan demam. Ha..nak cerita pasal tilam ni. Tilam ni lengkap dengan tempat charge phone dan bahagian kepala tu boleh urut, rasa lenguh2 terus je letak kepala dan mengurut.. Best betul. Selimut tu terpaksa tinggalkan kt sana sebab beg tak muat dah barang. Selimut tu best, tebal dan lembut.Kitorang duduk kat Maktab 69, khemah Mina Muassim. Khemah kami berdekatan je dengan jemaah muassasah. Jadi, toilet memang share dengan diorang. Cuma tempat makan je asing. Sebenarnya bahagian atas khemah kami inilah toilet yang tahun ni baru buka tu. Toilet 2 tingkat. Memang besar yang amat toiletnya, tapi still ramai betul orang. Di sinilah ujian bermula bagi aku. Kalau nak bangun tahajjud dan subuh tu memang kena standby 2-3 jam sebelum. Subuh pukul 4, kena bangun pukul 1 kalau nk selamat. Kalau bangun pukul 3 tu alamatnya lepas subuh baru dapat turn. Ada 1 hari tu terbangun lambat, pukul 3 lebih. Memang xdpt la nk masuk toilet. Apa yg aku buat dgn sorg kwn tu ialah gosok gigi guna air mineral kat tepi longkang pastu amik wudhuk guna spray je. lepas subuh la baru pegi toilet.
Turn kami melontar TH dah tetapkan ialah lepas isyak, jadi kami ikut jelah waktu yang telah ditetapkan.
Berkumpul dan dengar taklimat sebelum pergi melontar jamrah.
Sesampainya ditempat melontar, okla tak berapa ramai orang, bg aku terbaiklah TH dah tetapkan waktu macamni. Walaupun agak lewat dari orang lain, tapi melontar waktu malam tidaklah terasa panas.
Jemaah masih berpakaian ihram. Habis melontar Jamrah Qubra, dah boleh tukar ihram.Bila berjalan ramai-ramai semasa melontar 7km pun tak terasa penat. Lagi-lagi bila tengok orang lain yang lebih tua berjalan, ada yang bongkok, ada yang sakit kaki, tapi Allah bagi kekuatan buat mereka. Alhamdulillah, kuatnya semangat mereka. Teringat masa mak dan abah pegi haji, abah gout. Macammana lah keadaan abah berjalan terhencut2 dengan kakinya yang sakit. Bila kita lihat orang yang lebih sakit atau lebih susah lagi, betapa bersyukurnya kita dapat pegi semasa masih muda dan sihat.
Pemandangan yang pasti akan dirindukan, Hari terakhir di Mina melontar lepas subuh. So, dapat lihat pemandangan siang pula.
Selepas subuh, dlm pukul 5.30am sebelum makanan breakfast tiba, makan dulu ringan2..heheh.. Kalau kat rumah ni, anak2 yang cepat je perabih, ibu xsempat nak makan. Kat sini, ibu boleh makan dengan tenang tanpa gangguan..hihi..
Friday, 24 July 2026
Senang ke nak cari kerja bila umur dah 40-an
Assalamualaikum..
Seminggu tak tulis blog, banyak sebenarnya yang berlaku dalam seminggu ni. Sedar tak sedar dah 24 Julai dah.. Haih cepatnya masa berlalu. Akhir-akhir ni selalu duk terfikir, bila umur dah 40-an ni, senang ke kalau nak kerja semula. Bila cakap kat husband, dia cakap..tak payah lah kerja..hehe.. sebenarnya memang best pun tak kerja.. sebab tak yah pening nak fikir pasal kerja.. dulu masa awal-awal berhenti kerja selalu mimpi pegi interview nak masuk kerja semula..kdg mimpi dapat kerja semula kerja yg kita buat dulu.. kdg mimpi dpt gaji dalam akaun kita..haha.. sampai ke situ pulak ye.. mmg akaun tu rindu dengan duit gaji yang masuk setiap bulan..haha..
Tapi bila tengok kat threads tadi, katanya susah kalau umur dah 40-an nk dapat kerja. Betulla kan. Cuma ada juga yang cakap boleh je dapat kerja. Tapi tak ramai. Kira memang rezeki la kalau yang dapat tu. Bagi aku la kan, bila umur2 dah 40-an ni, mungkin kerja yang berkaitan dengan kemahiran la kot yang mudah nak dapat, atau pun buat bisness ikut kemahiran yang kita ada. Contohnya kalau kita mahir memasak, menjahit, baking atau apa-apa hobi yang boleh mendatangkan hasil pendapatan, itu la yang senang nk buat. Perkara yang paling penting ialah perlu kuat semangat dan memang nekad nak kerjalah.
Husband ada bagitau tadi, kawan-kawan dia ramai dah yang tanya bila nak start baking pecan pie semula. Hohoho.. Aku sebenarnya memang minat baking, cuma kadang-kadang tu rasa malas naw nk buat. Nak-nak sekarang ada 2 orang anak di rumah yang masih memerlukan perhatian, risau jadi macam beberapa tahun lepas, terlalu sibuk, kdg tak sempat nak masak, cuti xdapat bersama keluarga, duk siapkan tempahan, Aqil pulak siap cakap.."Ibu, xyah la baking dah, kitorang ni dah macam terbiar".. Kesian Aqil. 😅
Hari tu, pernah cakap kat Arissa, "Arissa, kalau ibu kerja semula ok tak?" Pastu dia cakap, tak payah la ibu, nanti Cha akan jumpa bos ibu, cakap kat dia pecat ibu saya sekarang juga." Haha..nak tergelak pula. Dia cakap nanti ibu saya tak masak untuk saya. Adoi..macam2 la.. Macam la ibu dia rajin sgt masak.. kadang beli juga.. 😂Tula, mungkin lepas Aqlan masuk asrama ke boleh la kot kalau nak open order semula. Tapi tahun depan la tu maksudnya.
Kadang kan tgk kat youtube, nenek2 atuk2 kat Jepun tu dah tua-tua pun masih lagi baking roti untuk jual. Kuat betul diorang kan. Selagi hayat dikandung badan, selagi itulah diorang mencari rezeki untuk menyara kehidupan.
Wednesday, 15 July 2026
Pengalaman Haji: Arafah
Group kami bertolak ke Arafah ialah pada 8 Zulhijjah 1447 pada waktu malam selepas solat maghrib dan isyak secara jamak tamam. Sebelum bertolak kami berkumpul di lobi hotel untuk mendengar taklimat ringkas dan membaca niat haji beramai-ramai.
Group kami kebanyakannya melaksanakan haji tamattuk, ada beberapa orang sahaja yang mengerjakan haji ifrad. Kami suami isteri buat haji tamattuk. Sebanyak 4 bas yang membawa kesemua ahli group kami. Alhamdulillah 3 bas sampai di Arafah pada waktu tengah malam. Ada 1 bas yang terlewat sampai sebab masalah lalulintas. Mereka tiba di Arafah sebelum waktu subuh.
Tuesday, 14 July 2026
Selesai isi borang PKSK
Assalamualaikum..
Awal2 pagi hari ni, sebelum subuh lagi kakak dah isi borang permohonan sekolah khusus untuk Ammar. Sekarang dialah yang menjadi pengganti ummi mengisi borang permohonan untuk adik-adik. Semoga segalanya dipermudahkan olehNya. Aku pun lepas hantar anak-anak pegi sekolah, baru on laptop dan isi borang permohonan. Semoga ada rezeki buat Aqlan dan Ammar untuk panggilan pertama. Setiap tahun ada je perubahan yang dibuat berkenaan permohonan ni. Dengar cerita, kalau kita mohon MRSM premier, kalau lepas markah PKSK, akan dipanggil untuk jawab UKKM pula. Kitorang memang tak mohon MRSM lah selepas 2 kali kecewa. Mungkin rezeki tidak di situ.
Minggu ni Aqlan ada exam dalaman. Setiap malam duduk study dengan dia lah. Arissa pula, ayah la yang tengok-tengokkan kerja sekolah dia.
Semalam, Kak Yan datang hantar durian dari kg. Otw dia balik sini dia singgah rumah aku dan rumah kakak. Alhamdulillah. Dapat merasa durian yang kali ni baru ada rezeki, itupun mak kata, berkongsi rezeki dengan monyet. Mak dah call masing2 minggu lepas, sapa yang free hjg minggu minta ambil durian, Kak Yan kebetulan memang cuti peristiwa jadi, dialah yang free. Kami yang ada anak darjah 6 ni, hjg minggu ada je aktivitinya.. kadang rasa bersalah juga dah lama tak balik kg. InsyaAllah, cuti sekolah nanti kami balik ye mak.
Saturday, 11 July 2026
Aktiviti Hari Sabtu
Assalamualaikum..
Sekejap je dah hujung minggu. Hari ni sepatutnya Aqlan ada kelas tambahan, tapi hari ni dia jadi wakil sekolah untuk pertandingan Hafazan di Sekolah Al Amin Gombak. Maka, pagi2 lagi kami berempat pun mengiringi dia ke sana. Aqlan dapat saguhati dalam pertandingan ini. Tak pe lah Aqlan, mungkin ada banyak lagi yang perlu diperbaiki. Adat pertandingan kan, ada menang, ada kalah.
Sekarang dah buka link kemasukan ke sekolah-sekolah khusus. Aku belum buka lagi link. Minggu depan ni Aqlan exam. Muallim kata, result ni nanti akan digunakan untuk apply PKSK tu. Risau juga ni. Banyak lagi yang belum study.
Minggu ni tak lawat Aqil kat sekolah dia, minggu lepas dia baru balik. Tu pun ada barang yang dia minta pos kan. Minggu lepas dia call dia cakap selipar toilet dia hilang, puas cari tak jumpa. Tu yang dia minta poskan selipar. Tapi tadi dia call, selipar dia dah jumpa balik. Alhamdulillah.. macamtu la kehidupan di asrama, kalau ada rezeki jumpa la balik barang tu.. kalau tak, wakaf/sedekah je la.
Adam pula minggu ni dia jadi wakil Putrajaya untuk bertanding dalam pertandingan Pracerpen Daiee Pena dalam tulisan jawi di Smkakl. Esok keputusannya.. Seriau juga nak menanti hasilnya. Semoga Adam dapat mengumpul pengalaman sepanjang berkampung di sana.
Thursday, 9 July 2026
Tanaman Pokok Lagi
Selasa lepas, Aqlan dan Arissa ajak pegi Gadek Nursery Cheras. Balik sekolah singgah sekejap. Aqlan cakap dia nak beli kaktus dan venus fly trap. Rasanya sebelum ni harga dia RM12.90, tapi yg ni harga dia RM28. Macam mahal la pula. Tak jadilah beli. Beli kaktus je utk Aqlan. 3 pokok RM10. Okla, kaktus senang sikit jaga daripada succulent. Arissa punya succulent hari tu dah togel je..haha.. Tak reti la mcmmana nak maintain dia sentiasa cantik berseri. Korang pernah tanam/jaga succulent tak?
Tuesday, 7 July 2026
Tanaman Pokok Hiasan
Pokok Aglaonema Silver Bay dikenali juga sebagai Chinese Evergreen. Pokok ni senang nak jaganya. Cepat je merimbun. Suka tengok corak daunnya. Sebelah kanan pasu pokok ni la tempat kucing selalu berak. Hari-hari mesti ada. Pening kepala fikir macammana nak elakkan kucing berak kat situ..
Pokok Rubber Plant atau nama saintifiknya Ficus Elastica pun jenis yang senang nak jaga, setakat ni tengok dia subur ja. Kadang-kadang atas daunnya berhabuk, jadi kena rajin-rajinkan diri mengelapnya sekali sekala. Kalau daun tu berhabuk, nanti akan mengganggu proses fotosintesis, sebab tu kena rajin lap. Sebenarnya tempat pokok tu selalu kena tempias air hujan, bila daun tu basah, habuk cepat melekat.
Pokok orkid pemberian Fadhilat, sahabat di Sabah, sekarang dah mula mengeluarkan anak pokok yang comel. Inilah kali pertama bela orkid. Harap-harapnya dapat hidup dengan baik.
Sekarang ni tengah merajinkan diri tengok youtube, penjagaan pokok orkid dan cara nak repot pokok orkid. Pokok orkid ni kalau dia tak nak berbunga, kena tengok juga akar dia. Mungkin ada akar yang dah rosak. Kalau akar dia dah melimpah2 macam nak terkeluar dari pasu, tu tandanya kena tukar pasu.
Sunday, 5 July 2026
Aktiviti Hujung Minggu
Assalamualaikum..
Hari ni, Ahad. Macam2 nak buat, terpaksa bahagi-bahagi tugas dengan en suami. Kalau ikutkan hari ni Aqlan ada tuisyen BI tapi teacher dia cancel last minute. Aqil pula balik asrama hari ni. Dah beli tiket bas dari TBS ke sekolah dia. Jumaat lepas, sekolah Aqil ada report card day, so untuk pertama kalinya kami laki bini ke sekolah Aqil, tahun lepas memang tak dapat la nak datang sebab masih di Sabah. Jadi, tahun ni kami cuba untuk datang, boleh jumpa cikgu2 dia dan minta nasihat subjek mana yang perlu diperbaiki lagi. Result Aqil, setakat ni alhamdulillah ok, cuma dia perlu baiki subjek BM dan Sains. BM dah tau dah kenapa, Aqil ni kena banyak lagi minta dia lebih rajin baca buku cerita atau apa2 bahan bacaan. Dia kurang kat situ. Sains pula, kali ni dia careless.
Lepas hantar Aqil kat TBS, en suami ke sekolah Adam pula, dia outing hari ni. So, en suami bawa Adam makan dan beli barang keperluan sikit. Aqlan pula, pukul 3 pm ada ujian saringan USIM-Quest, kena jawab secara online tapi dalam masa yang sama kena masuk zoom meeting juga, wajib buka kamera supaya pengawas boleh nampak tingkah laku student sama ada calon dibantu atau jawab sendiri soalan. Ibu bapa, abang dan kakak kena duduk jauh2, biar calon berjuang sendiri..hihi..
Arissa pula, kena buat latihan 3 subjek, 2 ms. Lepas dah siap latihan, baru boleh main. Begitulah aktiviti kami hujung minggu, bila ada anak darjah 6 ni, tak tau nak selit kat mana waktu nak balik kg. Mungkin kena tunggu cuti sekolah baru boleh. Kak sulung pula hari ni bawa anak2 arwah Kak Lin mana yg free tu pegi jalan2, main kat waterpark.
Saturday, 4 July 2026
Buat IC Aqlan
Hari ni Aqlan ada kelas tambahan Tajwid dan Bahasa Arab, lepas ambil dia kat sekolah, terus gerak ke UTC Sentul untuk buat IC dia, kemain jauh kan kami pergi. Ye la kalau buat kat JPN Kajang, Isnin hingga Jumaat je dia buka, malas nak cutikan dia semata-mata nak buat IC, dah la minggu lepas 3 hari dia tak pegi sekolah, MC sebab lelah. Sampai UTC Sentul dah pukul 1pm, mujur tak lama sangat kalau berurusan kat sini. Dulu masa Adam dan Aqil pun, buat kat UTC juga, tapi UTC Sabah, Kota Kinabalu. Sementara tunggu IC siap, aku bawa Aqlan makan dulu, sebab dia dah lapar. Aku pula tak nak makan lagi sebab risau balik kang drive ngantuk pula kalau makan kenyang2 ni. Last2 bungkus je, sekali dgn makanan Aqil dan Arissa. En suami pula katanya diet tak nak makan.. hehe..yelah tu. Tapaw nasi kerabu dan nasi dagang.. lama tak makan.
Masa tengah makan, cek qr yang diorg bagi untuk semak sama ada kad dah siap ke belum, mulanya masa kat kaunter pegawai tu cakap, kad akan siap dalam masa 24 jam, esok datang la semula untuk collect. Tapi aku tengok, ramai je mcm dah boleh ambil terus. Mula2 cek, dalam proses. Kali kedua cek, dia tulis, kad sedia diambil. Alhamdulillah, boleh dapat terus. Esok banyak benda nak buat. Tak terkejar nanti.
Lepas settle ambil IC Aqlan, terus gerak balik rumah. Hantar Aqlan dan makanan ke rumah, aku terus keluar semula nak cari tailor untuk jahit seluar Aqil, sementara orang tu jahit, aku jalan-jalan cuci mata kt kedai Eco yang berhampiran..hmm.. bukan cuci mata, cuci dompet sekali..haha.. tapi beli barang yg memang perlu. okla kan.. tak sampai RM20 pun. Beli selipar tandas, scoop tanah utk gardening, bekas tos sudu garfu, cekak rambut, plastik zip lock dan tisu. Bekas tos sudu garfu yg lama tu dah kuning2, warna asalnya putih.. bekas tu mmg aku tinggalkan kt Kajang je, tak bawa pindah Sabah.. mungkin dia dah dimamah usia kot, tu yg kuning2.. sayang..
Sekian untuk laporan hari ini, semoga aku rajin menulis lagi. hihi
Cerita MC anak-anak
Assalamualaikum.. Dah lama tak bersiaran. 2 minggu lepas, Adam dapat mc 5 hari, Rabu-Ahad sebab dia kena scabies. Sebelum ni masa bulan 2,...
-
Assalamualaikum.. A lhamdulillah, kali ni ada rezeki lagi menjejakkan kaki ke negara matahari terbit. Tahun 2012 du lu aku pegi dgn suami...
-
Hari keempat di Sapporo, setelah selesai bersihkan diri, solat subuh, kami bersarapan dirumah sebelum keluar. Hari ni menu dari mak mertua, ...
-
Assalamualaikum.. Lama dah sebenarnya nak berkongsi sedikit sebanyak pengalaman menghantar anak di tadika. Ye lah, skg ni ibu bapa sdg sibu...















































