Thursday 19 October 2017

Breadmaker Panasonic SD-P104

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama ku survey2 breadmaker, akhirnya dapat juga beli.. asalnya survey dari tahun lepas lagi.. tp ntah tiba2 tak jadi beli.. tahun ni baru survey balik dan hasilnya terbelilah breadmaker brand Panasonic SD-P104 ni..
Pada 14-15 Okt 2017 yg lalu, kat Aeon  ada sale sempena Deepavali, harga utk breadmaker ni RM699 setelah diskaun. Harga asalnya kalau xsilap aku RM899 ke RM900++ aku tak igt pulak. Bila nak beli sekalinya tak ada stok kat Aeon Cheras Selatan. Pastu call Aeon Equine, diorang pun xde stok. Diorang cakap kalau stok dah sampai nanti diorang call.

Esoknya, pegi Seng Heng saja la tengok2 kot ada sale juga.. sekalinya harga ahli mmg sama dgn harga sale kat Aeon.. kehkeh.. saje je diorang ni.. Husband aku cakap hari tu beli washer-dryer ada voucher boleh redeem.. RM375 tu.. sapa nak bagi cik kak oii.. boleh la guna utk beli breadmaker ni cuma top up sikit je lg.. Alhamdulillah dapat juga beli...akhirnya bayar cuma RM 324 je.

Nyaris2 tahun lepas nak beli Panasonic P2001W, saiz dia besar sikit dari SD-P104. Husband aku cakap alang2 nak buat roti biarla besar sikit sebab anak ramai kang tak cukup..haha.. padahal aku risau ntah sedap ke tidak..ntah jadi ke tidak rotinya.. aku survey2 tak de pun review pasal P2001W ni.. tu yg xjadi beli. Sebab kat oversea mungkin no siri dia lain kot.. Yg aku beli ni ramai juga yg beli tp mostly chineese la.

Aku berkenan juga brand Kenwood BM 450, baca review dia ckp terlalu sensitif sbb ia touch screen.. pastu xdpt nak tgk nombor dgn jelas. Katanya BM450 better dari BM250.. design dan bentuk Kenwood BM450 mmg elegan la.. tp kalau xpraktikal xyah la..
Ni lah rupanya gajet terbaru.. harap2 rajin la meroti.. malam hari breadmaker tu sampai terus aku test2.. tp aku mmg xreti buat roti.. bentuk roti pun pelik.. tp tibai je la..

Malam ni aku try buat roti paun pulak.. ntah jadi ke tidak ni.. harap2 jadi ler..

Friday 13 October 2017

Rutin Surirumah~

Assalamualaikum..
Sejak dah beranak 4 ni memang bertambah bz.. sampai tak sempat nk jenguk blog sendiri.. apatah lg up status kat fb.. lg jarang.. baca pun sepintas lalu je apa2 yg lalu kat wall. Birthday kawan2 pun dah lama xwish.. 

Sekarang ni aku banyak tengok ig je.. teruja tgk blogger2 share gambar diorang masak2, baking2.. rasa nak buat roti sendiri tapi aku tak pandai uli.. pernah try nak buat roti tp keras keletung..haha.. masa nilah rasa nak ada bread maker. tengah survey2 bread maker mana yg paling ok. sebab anak2 aku suka sangat makan roti, rasanya dah tiba masa nk buat roti sendiri. 

Sejak menjadi surirumah ni, aku jadi superduper busy, jadi driver hantar dan amik Aqil pergi dan balik sekolah, mujur si abang sulung tu van yang amik dan hantar balik rumah.. mandikan si baby yg dah 6 bulan lebih dan abg baby yg dah 3 tahun lebih ni, sediakan makanan diorang, belum lagi dengan nak hadap perangai anak2 yg macam2 kerenah, pening kepala wei.. tapi puas hati sebab dapat tengok anak2 membesar depan mata. 

Aku suka tengok orang yg pandai masak macam2.. nak jugak jadi mcm tu.. aku waktu tengahari masak mana yg sempat je. ringkas2, kalau ada balance lauk mlm tadi, makan yg tu je lah.. tak pun tapau je tepi jalan atau Kedai Makan Gulai Panas.. balik dari amik Aqil, kadang2 singgah mana2 kedai kot2 nak beli barang2 dapur yg dh habis. lepas zohor biasanya aku tidurkan Arissa, aku pun rehat sekejap.. lepas tu baru gigih nak masak utk makan malam atau baru nak sidai kain, mesin basuh tu nak basuh je dah 3 jam.. kadang aku start lambat, lambat la dia siap.. time tu ngam2 matahari dah kat belakang rumah, jadi bila aku sidai baju, sekejap je dah kering.. pukul 3 -4 dah boleh angkat baju. tapi kalau hari mendung dan gerimis sikit2 macam hari ni.. rasa lemau je nak buat kerja rumah.. time ni barulah guna dryer..

Petang lepas asar, baru aku start vacum rumah dan kemas rumah..kang laki balik tak la nampak rumah mcm kapal pecah.. haha.. rumah aku ni kalau sehari tak vacum memang berhabuk semacam.. kadang2 settle masak, vacum tak settle.. bila settle kemas rumah mop, lap habuk, vacum segala masak pulak tak settle.. aku sorang je ke macam tu.. tak siap2 kerjanya.. haih.. kalau anak meragam lagi delay la masa nak settle2 semua mende..

Bab gosok baju, selalu buat hari sabtu atau ahad.. kalau weekend tu ada program lain atau keluar jalan ke, terbantutla kerja menggosok baju.. kang malam2 buta stay up gosok baju.. tu pun gosok mana yg perlu je.. ada lagi balance yang tak settle.. adeh... 

Lepas Adam balik sekolah dalam pukul 4.30-4.45pm cmtu, nak suruh dia mandi dan solat asar je dah makan masa berejam.. time tu la dia lapar sangat2 la.. padahal dia nak tengok tv sambil makan, tu alasan dia.. mmg balik sekolah aku tau lapar, tp lepas makan sikit2 tu pegi la mandi dan solat asar.. ni kdg sampai pukul 6.30pm baru nk pi mandi.. adehh.. lepas maghrib, ajar Adam, Aqil dan Aqlan baca Qiraati.. Aqlan tu kalau sempat je dan mood dia ok baru ajar. Ajar Qiraati kalau nak cepat kene bahagi2, sorang baca dgn aku, sorang baca dengan ayah dia.. Lepas baca Qiraati baru makan malam, tengok keadaan sama ada aku atau ayah dia suap atau makan sendiri.

Kalau time nak dekat exam, atau hari exam, masakla Adam mengadap belajar dgn ayah dia. Biasanya ayah dia ajar BM, BI, Math, Sains, PJK. Aku pulak, Bahasa Arab, Pendidikan Teras Islam, Jawi, Quran, Seni. Kadang2 mana2 je ikut dan. Adam kalau belajar dgn ayah dia memang fokusla, tak bergerak dari kerusi kecuali nak minum atau ke tandas. Kalau dgn aku, kdg2 dia boleh ngelat2 lagi.. main2..  

Baru2 ni Adam habis exam akhir tahun, harap2 dapat markah yang cemerlang, setakat ni markah dia atas 90 , ada 1 subjek je yg 80 lebih.. Adam ni mmg kene bg perhatian lebih.. kalau tak nanti dia xfokus dan main2..

Okla, penat dah luah kt blog..misi survey bread maker perlu diteruskan!!!

Hobi bertukar side income

  Assalamualaikum.. Sejak berhenti kerja 7 tahun yang lalu, aku mmg tak bekerja dan hanya menumpukan sepenuh perhatian pada anak-anak, suami...