Thursday 19 October 2017

Breadmaker Panasonic SD-P104

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama ku survey2 breadmaker, akhirnya dapat juga beli.. asalnya survey dari tahun lepas lagi.. tp ntah tiba2 tak jadi beli.. tahun ni baru survey balik dan hasilnya terbelilah breadmaker brand Panasonic SD-P104 ni..
Pada 14-15 Okt 2017 yg lalu, kat Aeon  ada sale sempena Deepavali, harga utk breadmaker ni RM699 setelah diskaun. Harga asalnya kalau xsilap aku RM899 ke RM900++ aku tak igt pulak. Bila nak beli sekalinya tak ada stok kat Aeon Cheras Selatan. Pastu call Aeon Equine, diorang pun xde stok. Diorang cakap kalau stok dah sampai nanti diorang call.

Esoknya, pegi Seng Heng saja la tengok2 kot ada sale juga.. sekalinya harga ahli mmg sama dgn harga sale kat Aeon.. kehkeh.. saje je diorang ni.. Husband aku cakap hari tu beli washer-dryer ada voucher boleh redeem.. RM375 tu.. sapa nak bagi cik kak oii.. boleh la guna utk beli breadmaker ni cuma top up sikit je lg.. Alhamdulillah dapat juga beli...akhirnya bayar cuma RM 324 je.

Nyaris2 tahun lepas nak beli Panasonic P2001W, saiz dia besar sikit dari SD-P104. Husband aku cakap alang2 nak buat roti biarla besar sikit sebab anak ramai kang tak cukup..haha.. padahal aku risau ntah sedap ke tidak..ntah jadi ke tidak rotinya.. aku survey2 tak de pun review pasal P2001W ni.. tu yg xjadi beli. Sebab kat oversea mungkin no siri dia lain kot.. Yg aku beli ni ramai juga yg beli tp mostly chineese la.

Aku berkenan juga brand Kenwood BM 450, baca review dia ckp terlalu sensitif sbb ia touch screen.. pastu xdpt nak tgk nombor dgn jelas. Katanya BM450 better dari BM250.. design dan bentuk Kenwood BM450 mmg elegan la.. tp kalau xpraktikal xyah la..
Ni lah rupanya gajet terbaru.. harap2 rajin la meroti.. malam hari breadmaker tu sampai terus aku test2.. tp aku mmg xreti buat roti.. bentuk roti pun pelik.. tp tibai je la..

Malam ni aku try buat roti paun pulak.. ntah jadi ke tidak ni.. harap2 jadi ler..

No comments:

Post a Comment

Hobi bertukar side income

  Assalamualaikum.. Sejak berhenti kerja 7 tahun yang lalu, aku mmg tak bekerja dan hanya menumpukan sepenuh perhatian pada anak-anak, suami...