Friday 12 February 2016

JEPUN: Sapporo Day 1

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, kali ni ada rezeki lagi menjejakkan kaki ke negara matahari terbit. Tahun 2012 dulu aku pegi dgn suami je. Masa tu musim panas. Kali ni nak merasa musim sejuk pula. Setelah buat survey beberapa tempat yang menarik musim winter ni, akhirnya kami memilih Sapporo sebagai destinasi percutian kami. Kali ni aku, suami, mak dan ayah mertua serta anak2 kecil kami Adam, Aqil dan Aqlan. Cukup 4 musim percutian kami, cuma org je yg berbeza2.. Musim bunga di Korea : Aku, husband dan Aqlan. Musim Luruh di Istanbul: Aku, husband, Adam dan Aqil. tu pun baru nk masuk luruh, boleh la kan.. daun baru sikit2 berwarna kuning keorenan.

Banyak tempat-tempat yang menarik sebenarnya di Sapporo ni, tapi biasala kekangan masa dan mengambil kira anak2 punya kondisi.. Musim winter yg teramat sejuk ni mmg menjadi satu cabaran utk kami utk mengharunginya lagi2 bila anak2 menangis2 kesejukan, mengadu penatlah.. jadinya jarak yg dekat dari satu tempat ke satu tempat menjadi begitu jauh, nk betulkan sarung tgn la.. mafla la.. kesian betul.. tu belum lg merengek2 bila snow jatuh atas bulu mata lg.. kenapa snow ni suka kat mata Adam.. nk tergelak pun ada dgr dia ckp cmtu..

Hari pertama, sesampainya di airport kami terus ke kaunter untuk membeli tiket train jr chitose-airport ke Sapporo (1380 yen) dan beli SAPPORO-OTARU WELCOME PASS. Harganya 1700 yen.  hu.. masa nk tunggu train tu, Ya Allah mmg sejuk giler angin yg bertiup.. 

Ada kawan bagitau yg snow kat Sapporo ni tak setebal tahun2 yg sebelum ni.. dia ckp kira mcm warm winter je. Tp bg kitorang yg baru first time merasai snow, mmg sejuk yg amat dah. Suhu pun mmg bawah paras beku je.. ada sampai -8°C, ada satu hari tu snow lebat aku rs mcm -ve belas2 je.. 


Assalamualaikum Sapporo.. bumi yang indah.. sungguh putih..

Dari Sapporo station kami naik 3 teksi sbb beg byk.. dan kami je dah 4 dewasa, 2 kanak2 dan 1 kanak2 kecil utk ke apartment yang kami sewa di Sapporo-shi Chuo-ku Minami 3 (San) Jo Nishi 12(Juni) Chome 326 (San-ni-roku)-10 (Ju). Panjang bebenor plak alamatnya.. nak pendekkan pun tak tau.. haha.. yang penting apartment kami berdekatan dgn Prince Hotel. 

Hari pertama sampai ni kami jalan-jalan di Odori Park. Nampak diorang tengah buat persediaan utk Snow Festival bln Februari. Kami pergi hari tu 13 Jan 2016 hingga 18 Jan 2016. Jadi, memang tak sempat nak tengok festival ni. nampak diorng tgh bina block2 ais je.. belum ukir2 ais lagi. 



Konon2 nak cover TV Tower, Nijo Market, Clock Tower dan Former Hokkaido Government Building.. tapi tak sempat.. hari ni sempat cover Odori Park dan Sapporo Underground Pedestrian Space je..  Musim2 winter ni orang-orang Jepun lebih suka jalan kt undergroud sebab xsejuk dan ada pemanas, banyak sangat kedai2 kat bawah tanah ni..memang meriah..



Percutian kali ni mmg aku dan suami banyak buat research dgn baca blog2 orang.. itenerary memang detail.. byk yg suami aku buat la.. siap ada peta.. kene jln berapa meter then harga train berapa pun dah dpt tau.. pukul berapa nak naik train pun dh siap2 decide.. siap waktu solat semua ada.. mmg detail.. takut kalau dpt bos mcm dia.. kahkah.. aku tolong print je.. hehehe

Persediaan musim winter ni mmg sangat2 mahal sebab kene beli winter jaket, winter boot, long john, mana yg dah ada dulu pakai je yg tu.. ada gak pinjam jaket kawan2, kasut.. tapi last2 pakai yg sendiri punya je.. tak kuasa nak bertukar2 fesyen.. haha.. nak siapkan anak2 satu hal.. tak nak pakai glove lah.. kang tangan sejuk kejung baru tau.. Aqlan ler tu.. macam kebal je tangan dia xnak pakai glove.. haishh..



Masuk bab makanan plak.. kat sini kitorang dah jimat sgtt byk sebab dgn rela hatinya mak mertua dah siap frozen kan beberapa jenis lauk utk kami makan sepanjang berada di sana. Memang cukup dan ada lebih lagi. Aku pula bawa beras yg dah siap sukat 3 pot setiap bungkus x 10 kali makan. Sebab 5 hari full tambah 2 hari dlm perjalanan tu anggaran aku je. Husband aku ckp nanti mungkin ada hari2 yg makan makanan kat sana. Yelah dah sampai sana pasti nak merasa juga masakan sana.. tapi bukan sushi mushi lah.. aku kureng sikit sbb mentah, xberapa nak masuk pulak. Tambah2 bawa org tua dan anak2 kecil lg la tak. 


Antara makanan yang aku bawa juga adalah seperti biskut2, coklat, susu kotak, makanan dlm tin ni prepare je, serunding, tuna mayonis, bubur segera. Mak mertua aku pun bawa biskut, roti, teh, kopi, horlicks, susu pekat, susu kotak juga.. makanan pasti lengkap..hehe.. org yg dah byk pengalaman tu..pasti ingat keperluan anak2 dan cucu2..



Masa aku survey2 tempat mana yg cantik saljinya, rupanya Sapporo ni memiliki salji yang berkualiti tinggi.. maknanya salji tu sgt powdery.. kalau tengok mmg mcm gula icing yg ditabur diseluruh tempat di Sapporo ni.. memang cantik..

En suami pegang itenerary dan peta, mmg sgt berguna.. 
Aku suka sangat gambar reranting pokok.. ntah.. rasa cantik sgt..


okey, nanti sambung next entri ye..
 

Thursday 11 February 2016

Day 10: Lombok - Surabaya

Setibanya di Surabaya, hari dah pun cerah. Kami sempat book bilik di Hotel Sinar II, hotel ni berdekatan dengan airport. Tujuan utama book hotel ni adalah untuk bersiap2 mandi, solat sebelum flight pukul 8.00pm nnt, walaupun tak tidur pun kt hotel ni. Disebabkan hari masih awal lagi, maka kami mengambil keputusan untuk bersiar-siar di sekitar Bandar Surabaya ni. 
Setibanya di Surabaya, tangkap gambar dulu..
Mirota ni tempat jual cenderahati..kami cuma beli fridge magnet je.tanda dah sampai Surabaya ni.
Jembatan Merah Plasa ni kami beli tshirt n makan tengahari je..

Tapau air ni.. semestinya sedap.. Avocado coklat..
Terjumpa kedai ni.. haha
Suasana dlm shopping complex ni..
Tips memilih teksi, better guna teksi yg biru tu sbb guna meter. Teksi yg hijau ni xguna meter, charge mahal plak tu..

Pemandu teksi berenti sat kt taman ni, katanya taman yg femes di Surabaya ni.. jd, kitorang tangkap gmbr la.. 
Katanya internet laju kt Juanda Airport ni.. so, amik peluang download lagu kanak2..
Kali ni betul2 berangkat ye.. tak nak terkandas lagi.. 

Sekian itu sahaja cerita trip Lombok kali ini, tak semena2 pegi ke Bali dan Surabaya sekali.. hehehe..
Ni la tshirt yg sempat dibeli di Surabaya..
 Bahagian belakang t shirt boleh sulam nama lagi.. 




Wednesday 10 February 2016

LOMBOK: Day 8 dan 9 (Lombok-Bali-Surabaya)

6/11/2015 (Jumaat), 7/11/2015, (Sabtu) dan 18/11/2015 (Ahad)  Sepatutnya hari ni (Jumaat) jadual baru penerbangan balik ke KL, tapi airport masih belum beroperasi lagi, setelah berbincang pjg dgn staff air asia dan juga beberapa org yg senasib dgn kami, makanya kami membuat keputusan utk pulang ke Malaysia melalui Surabaya. Dari Lombok ke Bali ke Surabaya. Menaiki bas, dari Lombok ke Bali, bas merentasi lautan dgn menaiki feri, dan dari Bali ke Surabaya bas merentasi lautan dgn menaiki feri lagi utk ke Surabaya.. Panjang sungguh perjalanan percutian kali ini disebabkan penutupan Airport Lombok akibat anak gunung Rinjani yg meletus ni. Tak pe lah dapat pengalaman baru.. Mujur sblm ke Lombok ni aku dah study pasal Lombok melalui blog2 org yg telah ke sini dan ada juga aku terbaca pasal org yg terkandas ni, dan mereka juga menaiki bas dr Lombok ke Surabaya. Kalau aku tak baca blog tu, mesti aku tak berani amik risiko dgn menaiki bas ni, dah la perjalanan memakan masa hampir 24jam atas bas dan feri.. naik kematu bontot duduk je.. tak selesa dgn anak2 lagi.. huu.. mmg dugaan betul. Tapi alhamdulillah sepanjang perjalanan, anak-anak tak banyak ragam. Seakan memahami apa yang dilalui.

Malam tu kitorang tidur di hotel di Mataram iaitu hotel yg berdekatan dgn stesen bas Mataram. Senang dekat xdelah susah2 nk bgn awal pagi dgn anak2 semua. Xdela kelam kabut sangat. 

Antara gambar2 sekitar hotel dan cafe dia..tak banyak plak amik gambar. Byk kat phone husband la..Bangun pagi2, solat dan mandi  then sarapan di hotel. Bas pukul 11.00am jadi sempat la nk bersarapan dgn relax2..








Masa kitorang naik bas ni, kebetulan bos besar syarikat bas ni pun naik sama, dia dan kaum keluarga dia nak ke Surabaya untuk menghadiri Majlis Perkahwinan anak sedara, asalnya nak naik flight, tp dah flight semua cancel, jd beramai2la naik bas.

Harga tiket bas ialah RP 375 000 seorang, Adam dan Aqil kira separuh-separuh, Aqlan free, jadinya bayar untuk 3 org la. Kitorang amik syarikat Langsung Indah.

Ni gambar dlm bas dan feri sepanjang perjalanan Lombok-Bali-Surabaya. Kitorang semua pakai baju sempoi2 je.. mentang-mentangla duk dlm bas je.. tido..celik..tido.. celik.. selesa pakai baju tshirt je.. Bas yang kami naik ni memang tersangat2 laju.. takut giler naik.. diorang bawa mcm apa je, alasan diorg sbb tak nak jem kat jeti.. hu.. sabar je la..

Bas bertolak dari Mataram pukul 11.00am hari Sabtu, dijangka tiba di Surabaya 8.00am hari Ahad. Flight kitorang ke KUL 8.00 pm.. dlm fikiran, sempat lg nk merewang..haks..




Dah serupa macam pelarian je kan.. Dari Stesen Bas Mataram ke Pelabuhan Penyeberangan Lembar pukul 11.30am, pukul 12.15pm baru feri bergerak. punyala lama sebab byk juga kenderaan yg beratur nak masuk feri. Sebelum feri bergerak, ramai penjaja makanan duk hulur2 makanan dan minuman utk sapa2 yg nak beli sbg bekal sepanjang perjalanan. Bila feri nak bergerak je, cepat2 penjaja2 ni turun dr feri. Perjalanan menaiki feri ada la dlm 4-5 jam. Dalam feri ada juga tempat jual makanan tapi limited dan mahal sikit la drpd penjaja. kitorang xbeli apa2 pun, cuma husband tiba2 teringin nak mkn mi cawan, padahal penjaja2 tu jual lg murah, masa tu tak terpikir nk beli. last2 beli dlm feri, harga mahal sikit la. budak2 aku bg mkn biskut je. 

Tanda dah sampai Bali

Feri tiba di Pelabuhan Padang Bai pukul 4.15pm. Ni dah sampai bahagian timur Bali. Bas bergerak dari pelabuhan ini pukul 4.45pm ke Pelabuhan belah barat Bali, aku tak ingat apa nama pelabuhan tu. Sampai pelabuhan tu pukul 12.00am, bas naik feri lagi tapi para penumpang tak perlu turun dari bas, sebab sekejap je perjalanannya 15-30 minit je. feri tiba di Pelabuhan Penyeberangan Ketapang dlm pukul... haha aku pun tak sedar time tu pukul brp.. sbb tdo dlm bas. sedar2 je dah sampai Terminal Purabaya pukul 6.30am. waktu Surabaya lambat 1 jam, mknanyanya baru pukul 5.30am. tapi dah cerah. 

Sepanjang perjalanan dr Lombok ke Surabaya, bas hanya berhenti 2 kali sahaja, tu pun sekejap sgt. Kali pertama berhenti tak sampai 5 minit pun. Kali kedua berhenti, tu pun berhenti makan je, cepat giler diorg makan, mujur sempat solat sekali masa tu. anak aku pun sempatla "membuang" bhn yg tak perlu dulu.. he.. 

Bersambung di entri last : Surabaya

Hobi bertukar side income

  Assalamualaikum.. Sejak berhenti kerja 7 tahun yang lalu, aku mmg tak bekerja dan hanya menumpukan sepenuh perhatian pada anak-anak, suami...