Wednesday 10 February 2016

LOMBOK: Day 8 dan 9 (Lombok-Bali-Surabaya)

6/11/2015 (Jumaat), 7/11/2015, (Sabtu) dan 18/11/2015 (Ahad)  Sepatutnya hari ni (Jumaat) jadual baru penerbangan balik ke KL, tapi airport masih belum beroperasi lagi, setelah berbincang pjg dgn staff air asia dan juga beberapa org yg senasib dgn kami, makanya kami membuat keputusan utk pulang ke Malaysia melalui Surabaya. Dari Lombok ke Bali ke Surabaya. Menaiki bas, dari Lombok ke Bali, bas merentasi lautan dgn menaiki feri, dan dari Bali ke Surabaya bas merentasi lautan dgn menaiki feri lagi utk ke Surabaya.. Panjang sungguh perjalanan percutian kali ini disebabkan penutupan Airport Lombok akibat anak gunung Rinjani yg meletus ni. Tak pe lah dapat pengalaman baru.. Mujur sblm ke Lombok ni aku dah study pasal Lombok melalui blog2 org yg telah ke sini dan ada juga aku terbaca pasal org yg terkandas ni, dan mereka juga menaiki bas dr Lombok ke Surabaya. Kalau aku tak baca blog tu, mesti aku tak berani amik risiko dgn menaiki bas ni, dah la perjalanan memakan masa hampir 24jam atas bas dan feri.. naik kematu bontot duduk je.. tak selesa dgn anak2 lagi.. huu.. mmg dugaan betul. Tapi alhamdulillah sepanjang perjalanan, anak-anak tak banyak ragam. Seakan memahami apa yang dilalui.

Malam tu kitorang tidur di hotel di Mataram iaitu hotel yg berdekatan dgn stesen bas Mataram. Senang dekat xdelah susah2 nk bgn awal pagi dgn anak2 semua. Xdela kelam kabut sangat. 

Antara gambar2 sekitar hotel dan cafe dia..tak banyak plak amik gambar. Byk kat phone husband la..Bangun pagi2, solat dan mandi  then sarapan di hotel. Bas pukul 11.00am jadi sempat la nk bersarapan dgn relax2..








Masa kitorang naik bas ni, kebetulan bos besar syarikat bas ni pun naik sama, dia dan kaum keluarga dia nak ke Surabaya untuk menghadiri Majlis Perkahwinan anak sedara, asalnya nak naik flight, tp dah flight semua cancel, jd beramai2la naik bas.

Harga tiket bas ialah RP 375 000 seorang, Adam dan Aqil kira separuh-separuh, Aqlan free, jadinya bayar untuk 3 org la. Kitorang amik syarikat Langsung Indah.

Ni gambar dlm bas dan feri sepanjang perjalanan Lombok-Bali-Surabaya. Kitorang semua pakai baju sempoi2 je.. mentang-mentangla duk dlm bas je.. tido..celik..tido.. celik.. selesa pakai baju tshirt je.. Bas yang kami naik ni memang tersangat2 laju.. takut giler naik.. diorang bawa mcm apa je, alasan diorg sbb tak nak jem kat jeti.. hu.. sabar je la..

Bas bertolak dari Mataram pukul 11.00am hari Sabtu, dijangka tiba di Surabaya 8.00am hari Ahad. Flight kitorang ke KUL 8.00 pm.. dlm fikiran, sempat lg nk merewang..haks..




Dah serupa macam pelarian je kan.. Dari Stesen Bas Mataram ke Pelabuhan Penyeberangan Lembar pukul 11.30am, pukul 12.15pm baru feri bergerak. punyala lama sebab byk juga kenderaan yg beratur nak masuk feri. Sebelum feri bergerak, ramai penjaja makanan duk hulur2 makanan dan minuman utk sapa2 yg nak beli sbg bekal sepanjang perjalanan. Bila feri nak bergerak je, cepat2 penjaja2 ni turun dr feri. Perjalanan menaiki feri ada la dlm 4-5 jam. Dalam feri ada juga tempat jual makanan tapi limited dan mahal sikit la drpd penjaja. kitorang xbeli apa2 pun, cuma husband tiba2 teringin nak mkn mi cawan, padahal penjaja2 tu jual lg murah, masa tu tak terpikir nk beli. last2 beli dlm feri, harga mahal sikit la. budak2 aku bg mkn biskut je. 

Tanda dah sampai Bali

Feri tiba di Pelabuhan Padang Bai pukul 4.15pm. Ni dah sampai bahagian timur Bali. Bas bergerak dari pelabuhan ini pukul 4.45pm ke Pelabuhan belah barat Bali, aku tak ingat apa nama pelabuhan tu. Sampai pelabuhan tu pukul 12.00am, bas naik feri lagi tapi para penumpang tak perlu turun dari bas, sebab sekejap je perjalanannya 15-30 minit je. feri tiba di Pelabuhan Penyeberangan Ketapang dlm pukul... haha aku pun tak sedar time tu pukul brp.. sbb tdo dlm bas. sedar2 je dah sampai Terminal Purabaya pukul 6.30am. waktu Surabaya lambat 1 jam, mknanyanya baru pukul 5.30am. tapi dah cerah. 

Sepanjang perjalanan dr Lombok ke Surabaya, bas hanya berhenti 2 kali sahaja, tu pun sekejap sgt. Kali pertama berhenti tak sampai 5 minit pun. Kali kedua berhenti, tu pun berhenti makan je, cepat giler diorg makan, mujur sempat solat sekali masa tu. anak aku pun sempatla "membuang" bhn yg tak perlu dulu.. he.. 

Bersambung di entri last : Surabaya

2 comments:

  1. wahhh nice kak. tak tahu pula saya ada direct bas Lombok-Surabaya. thanks for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah.. mujur akk ada terbaca blog org yg pernah senasib..kalau tak bertapa lama lg la kt Lombok tu tunggu airport dibuka semula..

      Delete

Hobi bertukar side income

  Assalamualaikum.. Sejak berhenti kerja 7 tahun yang lalu, aku mmg tak bekerja dan hanya menumpukan sepenuh perhatian pada anak-anak, suami...