Tuesday, 28 July 2026

Pengalaman Haji: Mina

 Alhamdulillah bas kami tiba di Mina dalam pukul 1.40am, lebih kurang 40 minit perjalanan dari Arafah ke Mina. 1 daripada bas kami berhenti jauh dari tempat yang sepatutnya. Jauh jemaah kami terpaksa berjalan dengan memikul beg yang berat. 

Beginilah keadaan khemah kami di Mina. Separuh khemah, separuh bangunan. Tilam aku berhadapan dengan kakak yang tengah duduk dekat beg warna biru tu. Tempat aku mmg direct aircond. Sejuk giler. Balik dari sinilah badan mula rasa seram sejuk, selsema, batuk dan demam. Ha..nak cerita pasal tilam ni. Tilam ni lengkap dengan tempat charge phone dan bahagian kepala tu boleh urut, rasa lenguh2 terus je letak kepala dan mengurut.. Best betul. Selimut tu terpaksa tinggalkan kt sana sebab beg tak muat dah barang. Selimut tu best, tebal dan lembut. 

Kitorang duduk kat Maktab 69, khemah Mina Muassim. Khemah kami berdekatan je dengan jemaah muassasah. Jadi, toilet memang share dengan diorang. Cuma tempat makan je asing. Sebenarnya bahagian atas khemah kami inilah toilet yang tahun ni baru buka tu. Toilet 2 tingkat. Memang besar yang amat toiletnya, tapi still ramai betul orang. Di sinilah ujian bermula bagi aku. Kalau nak bangun tahajjud dan subuh tu memang kena standby 2-3 jam sebelum. Subuh pukul 4, kena bangun pukul 1 kalau nk selamat. Kalau bangun pukul 3 tu alamatnya lepas subuh baru dapat turn. Ada 1 hari tu terbangun lambat, pukul 3 lebih. Memang xdpt la nk masuk toilet. Apa yg aku buat dgn sorg kwn tu ialah gosok gigi guna air mineral kat tepi longkang pastu amik wudhuk guna spray je. lepas subuh la baru pegi toilet. 


Turn kami melontar TH dah tetapkan ialah lepas isyak, jadi kami ikut jelah waktu yang telah ditetapkan. 


Berkumpul dan dengar taklimat sebelum pergi melontar jamrah.


Sesampainya ditempat melontar, okla tak berapa ramai orang, bg aku terbaiklah TH dah tetapkan waktu macamni. Walaupun agak lewat dari orang lain, tapi melontar waktu malam tidaklah terasa panas. 


Jemaah masih berpakaian ihram. Habis melontar Jamrah Qubra, dah boleh tukar ihram.

Bila berjalan ramai-ramai semasa melontar 7km pun tak terasa penat. Lagi-lagi bila tengok orang lain yang lebih tua berjalan, ada yang bongkok, ada yang sakit kaki, tapi Allah bagi kekuatan buat mereka. Alhamdulillah, kuatnya semangat mereka. Teringat masa mak dan abah pegi haji, abah gout. Macammana lah keadaan abah berjalan terhencut2 dengan kakinya yang sakit. Bila kita lihat orang yang lebih sakit atau lebih susah lagi, betapa bersyukurnya kita dapat pegi semasa masih muda dan sihat. 





Pemandangan yang pasti akan dirindukan, Hari terakhir di Mina melontar lepas subuh. So, dapat lihat pemandangan siang pula.

Pelbagai jus buah-buahan boleh amik banyak mana nak. Tapi berpada2 lah sebab aku minum ni jadi sakit tekak.. So tak la minum banyak sgt. Banyakkan minum air mineral je la sebab tekak cepat je kering nak2 duduk bawah aircond.



Selepas subuh, dlm pukul 5.30am sebelum makanan breakfast tiba, makan dulu ringan2..heheh.. Kalau kat rumah ni, anak2 yang cepat je perabih, ibu xsempat nak makan. Kat sini, ibu boleh makan dengan tenang tanpa gangguan..hihi..

Alhamdulillah, dapat jupa sahabat2, kakak senior UKMKL, tak sangka seramai ini kami dapat berkumpul untuk haji tahun ini di sini. Menangis semua masa aku bercerita pasal arwah Kak Lin, diorang semua kenal Kak Lin sebab kami berkongsi sahabat yang sama, ketika sama2 belajar dulu. Sedih..Tapi Allah hadirkan sahabat2 yang saling menguatkan dan sama-sama mendoakan. 

Serius sebenarnya sebelum dpt tau dapat pegi haji ni, aku betul2 rasa sangat sedih atas pemergian arwah Kak Lin. Asal drive sorang2 mesti nak nangis sebab teringat kat dia. Tisu tu dekat je dgn aku senang nak capai bila nangis. Gloomy je rasa, lepas hantar anak2 pegi sekolah. Banyak waktu aku tidur, rasa takde semangat nk teruskan hidup. Nak pegi beli ikan, mesti lalu klinik dia. Bila lalu situ memang sedih la sebab teringat, dulu2 sebelum aku pindah Sabah, selalu singgah klinik dia dulu.. Borak2, tapi sekarang kosong je rasa. Aku ingat, lepas aku pindah ni bolehla luangkan masa lebih banyak dengan dia, banyak benda nak cerita, banyak benda nak share tapi semuanya tak sempat.. Dapat spend masa dgn dia 3 bulan je sebelum dia pergi buat selama-lamanya. 

Bila dapat panggilan haji ni orang yang paling aku nak sampaikan berita ni ialah dia setelah mak aku. Sebab dialah aku baru survey2 harga pakej haji, walaupun ketika itu, aku bukan ada duit sebanyak itu. Dia yang cakap seronok kalau dapat pergi berdua dengan suami. Dia jeles tengok kawan2 dia yang dpt pegi berdua suami isteri. Sebab arwah Kak Lin dapat pergi dengan mak dan ayah mertua dia, jadi cabaran dan ujian banyak juga buat mereka. Bagi aku pula, aku sebenarnya risau kalau pegi berdua dgn suami, risau bergaduh je..haha.. tapi bila aku cerita dengan Kak Ika, biras aku. Dia cakap, ko jangan fikir menda negatif, ko fikir yang positif je. Doa je banyak2 semoga semuanya dipermudahkan. Dan aku memang ingat la pesan dia. Alhamdulillah setelah semuanya berlalu memang betul, Allah permudahkan segalanya. Bas yang aku dan suami naik pun semuanya berhenti betul2 dekat dgn hotel, dekat dengan tempat yang sepatutnya berhenti dan masa yang tepat. 

Bila aku ingat2 balik, setelah apa yang berlaku tahun ni, memang betul Allah jemput aku betul2 pada tahun yang tepat, tahun yang terbaik, masa yang terbaik. Rasa nak menangis bila ingat balik. Ketika Allah uji aku hilang tempat aku mengadu, bercerita masalah sebenarnya Allah nak bagitahu aku bahawa Allah sahaja tempat aku mengadu, tempat aku ceritakan semua masalah2, kesedihan dan apa yang aku rasa. Allah pujuk aku dengan perjalanan haji ini pada tahun ini. Di saat Kakak (anak arwah Kak Lin) betul2 memerlukan doa untuk dia menghadapi final exam semII dan saat2 yang dia betul2 perlukan kekuatan untuk menghadapi kehilangan umminya yg tercinta. Semoga Allah menerima ibadah dan mengabulkan doa2 kami di sini. Ya Allah kurniakan kepada kami haji yang mabrur. Ameen. 

Banyak pengajaran yang aku dapat, kat Mina inilah aku dapat bertemu dengan seseorang yang kisahnya lebih kurang sama dengan aku. Bezanya dia kehilangan adik yang dia sangat rapat, aku pula kehilangan kakak yang sangat rapat. Rupanya ramai lagi yang diuji dengan pelbagai ujian. Semoga kita semua kuat dan dapat menghadapinya dengan redha. 

No comments:

Post a Comment

Pengalaman Haji: Mina

  Alhamdulillah bas kami tiba di Mina dalam pukul 1.40am, lebih kurang 40 minit perjalanan dari Arafah ke Mina. 1 daripada bas kami berhenti...