Tuesday, 14 April 2026

Pemergian kakak yang tersayang pada 6 Mac 2026



 Assalamualaikum..

Lama sangat saya tak update blog. Hari tu mcm bersemangat nak sentiasa menulis, tapi itulah kdg2 xde mood lah. Apa-apa pun saya still nak menulis di sini sebagai kenangan. 6 Mac yang lalu, dah lebih sebulan masa berlalu, kakak saya yang kedua telah pergi meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya. Kehilangan ini benar2 terasa pada saya kerana kami agak rapat, lagi2 sejak kami berdua belajar tempat yang sama, sempat 2 tahun, saya tahun pertama dan kedua di universiti, dia pula tahun keempat dan kelima, selepas masing-masing berkahwin kami sama-sama menetap di Kajang, rumah pula tidak begitu jauh adalah 10 minit lebih kurang, berbanding dengan adik-beradik yg lain yg lebih jauh rumah mereka. 

Kakak saya telah didiagnos breast cancer sejak tahun 2022, iaitu tahun saya berpindah ke Sabah. Jadinya, dalam waktu 4 tahun ni kami berhubung melalui telefon atau berjumpa waktu cuti hari raya Aidilfitri atau cuti hujung tahun sahaja. Hujung tahun lepas, sy dah berpindah semula ke semenanjung. Bulan 1 hari tu dia ada warded sebab paru-paru dia ada air, doc nak keluarkan air yg berlebihan dari paru2 dia. Jadi, dapatlah saya temankan dia di wad setelah selesai hantar anak-anak ke sekolah dan settlekan urusan rumah sikit. Sebenarnya cancer dia sangat cepat merebak, tahun 2022 tu dah buat operation untuk buang sebelah breast. Saya tak ingat sangat kronologinya tapi yg pasti dia dah buang ovari, rahim dan 15 lymph nodes. Cuma akhir tahun lps ada ketulan baru dpt dikesan dibwh ketiak dia yg mana ia menyebabkan tangan belah kiri dia bengkak. Ketulan itu agak besar sehingga menekan paru-paru dan hampir ke jantungnya. 

Sehari sebelum dia meninggal, saya ada melawat dia, suap dia makan tengahari, masa tu keadaan dia mmg dah sangat lemah berbanding masa bulan 1 tu. Dia pun tak banyak cakap macam selalu. Dia lebih banyak tidur. Masa saya datang tu dia tengah tidur, saya risau saya ganggu dia je, saya ingatkan mungkin itu sebab kesan ubat (morfin) yg dia ambil. Petang tu, nurse dtg cek oksigen di jari, nurse ckp bacaan oksigen dia makin rendah, lps tu nurse pasangkan tiub oksigen dihidung kakak sy. Petang tu sebelum sy balik, timbalan pengarah IKN dtg lawat kakak sy sekejap sebab diorg saling mengenali sebab sama tmpt belajar dulu. Lps tu saya pun minta diri kat kakak saya nak balik sebab nak ambil anak-anak kami balik sekolah. Mula-mula ambil anak saya kemudian amik anak-anak dia pulak, selalunya kalau kakak saya warded, anak-anak dia stay kat rumah saya sebab nak mudahkan urusan abg ipar, biar dia uruskan kakak saya. Anak-anak dia biar kami yang uruskan.

Tak sangka rupanya petang itu, itulah lambaian, senyuman dan pandangan terakhir dia pada saya. Lewat petang dan awal malam tu pula, abg ipar datang dan jaga dia. Tapi agak terbatas sebab wad yg dia masuk tu 4 katil, xboleh lelaki yg jaga sepanjang mlm. Abg ipar tidur di parking ikn je supaya apa2 berlaku boleh terus je ke wad. Mlm itu plan doc sbnrnya nak buat prosedur buang air dari paru2 keesokan harinya. Tapi tak sempat. Sebelum subuh hari Jumaat 6/3/26, abg ipar call saya cakap dia xdpt nak ambil anak-anak dia dan hantar ke sekolah pagi tu sebab doc nak jumpa dia urgent pagi tu. Saya cakap kat dia xpe, nanti sy uruskan. Sebenarnya sekolah anak-anak kami arah yg bertentangan, kalau saya hantar mereka pasti ada salah satu sekolah yg akan lambat masuk sebab dengan jemnya lagi, terutama jem pagi ramadhan, mmg lain mcm jemnya. Kalau balik sekolah xpe, lambat pun kira selamat lagi diorang masih di sekolah. Masa abg ipar call tu, kami tengah bersahur. Lebih kurang 8-10 minit lps tu abg ipar call lagi, masa tu saya tgh basuh pinggan kat dapur, husband sy yang angkat call. Sy dengar dari jauh diorg dh menangis2 dan husband sedaya upaya menenangkan emosi abg ipar. 

Memang betul berita sedih yang dtg menyusul. Sedih sangat. Abg ipar ckp, sebelum doc call abg ipar, rupanya doc dh buat cpr pada kakak sy, tapi tak dpt diselamatkan. Kami rasa oksigen yg drop sikit2 dari petang hingga ke malam seterusnya hingga ke sebelum subuh tu merupakan petanda bahawa Allah sedikit2 sedang mengambil nyawanya. Kami redha dengan ketentuan ini, semoga dengan sakit yang dia tanggung, mudah-mudahan Allah mengampunkan segala dosa-dosanya dan tempatkannya bersama org2 yg soleh. Aminn.. 

Kami suami isteri serba salah macammana nak sampaikan berita ini pada anak-anak kakak saya yg ketika itu berada bersama kami, anak-anak dia Ammar darjah 6, Fateh darjah 4 dan Ali 6 tahun.  Aisyah, Aiman dan Asmaa' berada di asrama. Lepas dpt berita itu, kami terus call ahli keluarga yg lain. Sebelum keluar rumah hari tu untuk ke IKN, kami buat bulatan kt ruang tamu untuk beritahu anak-anak kakak saya pasal berita kematian ummi mereka, Ammar dan Fateh terus menangis mendengar berita itu, Ali lambat sikit responnya sebab dia kecik lagi tak berapa faham, tapi lepas tengok abg2 dia nangis terus dia nangis juga. Kami semua menangis termasuk Aqlan dan Arissa.. 

Setibanya di Jab Forensik IKN, pertama kali dalam hidup saya melihat sekujur tubuh arwah kakak saya yang tidak lagi bernyawa di situ. Terus kami menangis lagi. Kakak sulung dah sampai dulu dari kami rupanya. Abg ipar minta saya kemas brg arwah di wad. Jadi, saya pun terus nak naik ke atas, dlm perjalanan tu terserempak dgn Aiman yang diiringi ustaz halaqah, pengetua ke atau ustaz lagi seorang tu, xpasti pula saya dan beberapa kwn rapat Aiman. Pandangan Aiman masa tu terasa kosong tapi nampak tenang. Masa saya kemas2 barang arwah, memang mengalir je air mata ni. Baru je semalam jumpa dia. Memang tak sangka betul. Semalam tu saya sempat borak2 dengan ketiga-tiga pesakit sebelah katil dan katil depan arwah. Makcik sebelah tu cakap, kakak saya memang kat katil tu sahaja. 

Alhamdulillah semua urusan sangat mudah, pagi tu jenazah di bawa ke Masjid Prima Saujana untuk urusan memandikan, mengkafankan dan solat jenazah. 1 bas dari sekolah Aiman datang untuk turut sama solatkan jenazah ummi mereka. Solat jenazah pertama, Aiman yg jadi imamnya. Manakala solat jenazah kedua dibuat setelah selesai solat Jumaat. Mak, abah, Jannah dan family, Nasrun dan family serta Izzat dan family bergerak dari Pahang. Jadinya mereka sampai lambat sikit, waktu tu dah selesai memandikan jenazah Kak Lin. Rezeki Aisyah, Asmaa', saya, kakak sulung (Kak Yan) dan 4 org muslimat kariah Masjid Prima Saujana yg memandikan jenazah. Sedih.. waktu tu air mata mengalir, air hidung pun mengalir sama.. Rasanya baru je tahun lps sy join kurus pengurusan jenazah, tak sangka inilah amali yg sebenar-benarnya yang saya praktikkan. 

Ramai sahabat-sahabat kami terutamanya dari universiti (Ukm Bangi dan UkmKL) datang, saudara-mara, guru-guru dari Smakl, Permata Insan Usim, Tamhidi Usim, Al Amin Bangi, rakan-rakan abg ipar dr Ipg Bangi dan staf2 klinik kak Lin (klinik Pergigian Smile and Syifa') serta jiran-jiran. Sementara menunggu jemaah lelaki selesai solat jumaat, kami yg muslimat ni tunggu di satu bilik mesyuarat/bilik seminar masjid untuk membaca surah yasin, tahlil dan doa yang diketuai oleh Aisyah. Alhamdulillah rezeki arwah Kak Lin dapat anak-anak yg soleh dan solehah dpt mengetuai bacaan yasin dan menjadi imam. Pemergian Kak Lin, banyak meyentuh hati kami semua. Bukan sahaja buat kami sebagai ahli keluarga, bahkan juga buat sahabat-sahabat kami di universiti. Dia sangat positif, terlalu banyak kata-kata motivasi, kata-kata semangat dan nasihat yg dia berikan. Sepatutnya kita yang bagi semangat kat dia, tapi terbalik pula. Tapi itulah dia, dia sangat baik, percakapannya sangat lemah lembut, tak pernah mengadu sakit pada orang lain termasuk adik-beradik dia sendiri. Cuma kita yang jaga dia, kita tahu dia sebenarnya sedang menanggung sakit yang tak tertanggung rasanya. Sebelum pemergiannya, banyak amanat yang telah disampaikan buat anak-anaknya. Akhir-akhir hayatnya sempat dia memohon maaf buat semua yang melawat dan berhubung melalui wasap. Masa tu kami tak terfikir langsung yg dia akan pergi meninggalkan kami dalam masa yang terdekat ini. 

Bertuahnya dia kembali ke pangkuan Ilahi pada hari Jumaat, bulan Ramadhan yang mulia. 16 Ramadhan 1447H. Semoga kita bertemu semula di syurga nanti, InsyaAllah. 


No comments:

Post a Comment

Pemergian kakak yang tersayang pada 6 Mac 2026

  Assalamualaikum.. Lama sangat saya tak update blog. Hari tu mcm bersemangat nak sentiasa menulis, tapi itulah kdg2 xde mood lah. Apa-apa p...