Wednesday, 22 April 2026

Menerima berita kematian

 Awal pagi mendapat perkhabaran suami kepada sepupu encik suami telah meninggal dunia di rumah. Sebenarnya aku plan nak beli pokok ros kat Sendayan. Tapi tak jadilah. Bila mendengar pasal kematian ni, serta merta terfikir sendiri sudahkah aku bersedia untuk menghadapi kematian? Apakah amalan yang aku akan bawa sebagai bekalan untuk ke sana nanti? Tiba-tiba teringat perbualan aku dengan arwah Kak Lin bulan 1 hari tu masa aku lawat dia masa di IKN. Masa tu ada sekumpulan Ahli Lembaga Pelawat Hospital IKN datang melawat ke wad Kak Lin. Waktu tu diorang datang bawa sedikit cenderahati seperti buku agama dan tasbih digital. Ahli lembaga tu datang bertanya khabar dan berborak sedikit sebanyak tentang keadaan Kak Lin. Selepas diorang balik, aku belek2 juga sikit buku tu, pasal kerohanian lah secara amnya.. dengan spontan aku ada tanya Kak Lin, Kak Lin ko dah bersedia ke? Kitorang sebenarnya memang selalu bercerita, menyembang macam-macam perkara bersama. Dia selalu cakap, apa yang Allah dah takdirkan kita terima sahajalah.. kena redha..jalan terus.. Apa2 sahaja yg berlalu semua bersandarkan kepada Allah. Kalau ikutkan semua org akan takut bila nak menghadapi kematian. Lebih-lebih lagi bila mengingatkan yang amalan kita nk bawa ni.. cukup ke.. 

Semasa pengkebumian dia hari tu pun, ramai sahabat-sahabat kami yang datang. Kawan dia cakap, Kak Nurin selalu cakap.. apa yang kita ada ni semua Allah punya. Semua nikmat yang Allah kurniakan adalah pinjaman dariNya.. Allah dah beri rezeki anak lelaki, Allah dah beri rezeki anak perempuan..sampai masa Allah ambil balik rahim/uterus dia.. Allah dah beri kesihatan sebelum ni, sampai masa, Allah ambil balik. Sampaikan anak-anak Kak Lin semua dah recognize lagu Mana Milik Kita by Rabbani tu adalah lagu tema ummi mereka. Mereka selalu dengar lagu tu. Selepas kematian dia, bila dengar lagu ni pasti sedih..

Sekarang ni aku dah kurang tempat mengadu, selama ni dialah yg menjadi tempat luahan hati sejak dari zaman belajar sampailah ke zaman dah berkahwin ni. Dia selalu cakap kat anak-anak dia, xpe. Allah kan ada. Terngiang-ngiang lagi..anak sulung dia cakap.. ummi selalu cakap, kalau kakak nak apa-apa, minta lah pada Allah..Allah kan ada. Ya, kata-kata tu sebenarnya tepat untuk aku juga.. 😭Dulu masa aku kerja, kalau stress pasal kerja...balik dari kerja selalu singgah klinik dia sebab klinik dia kira otw juga nak balik rumah aku.. 

Waktu zaman belajar dulu, kalau dia berselisih faham dengan kawan baik dia pun, dia selalu lepak bilik aku.. makan makanan aku sampai licin.. 😂 Masa dia nk masukkan makanan ke dalam mulut tu dia tanya dulu.. Jiha, ko tak nak dah kan... haha.. mmg lawak kalau nk diingatkan sebab dia mmg kuat makan masa tu.. makanlah Kak Lin.. 

Banyaknya kenangan kami bersama, tak dpt nak diceritakan lagi.. Pengajaran yg dapat aku ambil ialah apa sahaja yang kita lakukan di dunia ini sentiasa niatkan semuanya kerana Allah, supaya dapatlah dijadikan bekalan kita untuk akhirat nanti. 



No comments:

Post a Comment

Menanam ros semula

Sebelum berpindah ke Sabah tahun 2022 yang lalu, kesemua koleksi pokok ros dan pokok bunga berpasu, saya hantar ke rumah kakak sulung iaitu ...