Thursday, 18 September 2025

Air Terjun Langanan di Poring Hot Spring

Assalamualaikum..

Cuti sekolah kali ni, kami ke Hot Spring Poring, Ranau. Mungkin ini merupakan percutian terakhir kami di Borneo..huhu.. sedih la pulak nak meninggalkan bumi Sabah ni. Banyak lagi tempat yang belum kami pergi. Bunga Raffelsia pun belum tengok lagi.

Kami menginap di Sutera Sanctuary Lodges @ Poring Hot Spring selama 3 hari 2 malam. Kali ni kami nak cuba menjelajah air terjun dan mandi di kolam air panas yang terdapat di sini. Ada 2 air terjun. Yang pertama, Air Terjun Kipungit dan yang kedua Air Terjun Langanan.

Sebelum ni kami pernah datang sini 2 tahun lepas dengan family belah saya. Waktu tu kami pergi ke Canopi Walk sahaja. Mandi air panas pun tak. Kali ni Canopi Walk tutup untuk penyelenggaraan. So, kami nk try ke Air Terjun Langanan pula. Jarak dia lebih kurang 4km. 


Mari memulakan pendakian, Arissa memang berkepit je dengan ayah dia sebab kalau dengan saya nanti dia banyak songeh. hihi.. Biar ayah dia yang settlekan. Ibu boleh jalan dengan tenang. Adam, Aqil dan Aqlan memang laju je diorang, jauh meninggalkan kami di belakang. 


Masa ni tak tau lagi betapa mencabarnya jalan yang bakal kami lalui, maklumlah kami ni jarang hiking. Pengalaman yang sangat bermakna bagi kami. 

Kawasan ni biasanya ramai pengunjung bermandi-manda, sebab air terjun ni lah yang paling dekat. Tak jauh nak berjalan. Tapi kami singgah sini sekejap je, just tangkap2 gambar pastu terus meneruskan perjalanan. 


Air terjun Kipungit ni masih sama macam 20 tahun lebih yang lalu kakak sulung saya pernah pergi masa dia mengajar kat Ranau suatu ketika dulu. 


Kena merentas sungai untuk ke seberang dan perjalanan harus diteruskan.


Kami mengambil masa selama 2 jam setengah untuk pergi dan 2 jam 15 minit untuk balik. Cuaca ketika pergi baik, cerah.. tapi bila nak dekat sampai air terjun Langanan tu dah start hujan rintik-rintik. Kejap berhenti kejap rintik-rintik. Baliknya pula, hujan dah semakin lebat, baju pun basah. Jalan licin, banyak kali la menggelongsor. hehe.. Mujur la ada beberapa pendaki lain yang tolong memimpin tangan saya bila saya nak tergelincir. Baiknya diorang. Kasut saya tak berapa sesuai untuk mendaki. Persediaan diorang memang lengkap la nak mendaki berbanding kami yang masih amatur ni. Diorang kebanyakannya pakai kasut yang khas untuk hiking, ada gerigi dan lebih cengkam. Patutla diorang steady je jalan kat jalan yang berlumpur dan berlecak.. laju-laju lagi. 


Kawasan gua kelawar, manusia tak boleh masuk..hanya kelawar sahaja. hehe.


Merentas sungai kedua

Kakak sulung ada tanya, ada jumpa pacat tak. Saya cakap tak. Cuma Aqil dan encik suami je yang kena. Dalam perjalanan tu jumpa cendawan. Comel. 

Sudah 3 km berjalan dan mendaki. Masa pergi haus, air pun dah tinggal sikit. Tapi masa balik tak minum pun. Mungkin sebab hujan dan menurun bukit jadi tak terasa terlalu haus.


Seterusnya dah 3.5km, lagi sikit nak sampai. 


Cantik pula sawang labah-labah ni. 


Akhirnya, alhamdulillah sampai juga ke air terjun Langanan ni. MasyaAllah tinggi betul air terjunnya. Berbaloi juga 4km mendaki. Tak pernah-pernah sejauh ini kakiku mendaki. Takde pun orang mandi kat sini. Cuma ramai bergambar dan berehat2 setelah penat mendaki.

Dua-tiga hari lepas hiking tu, kaki ni sakit betul. Nak melangkah pun payah. Apatah lagi nak naik tangga. Saya urut-urut sendiri je kaki ni dengan minyak gamat. Saya tanya anak-anak. Korang tak lenguh kaki ke? Diorang jawab tak. Nampak sangat saya dan en suami dah meningkat umur, cepat rasa lenguh. Budak2 muda bergagah lagi. Okeylah nanti saya sambung pasal tempat penginapan kami dan hari kedua kami buat apa pula k. Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment

Air Terjun Langanan di Poring Hot Spring

Assalamualaikum.. Cuti sekolah kali ni, kami ke Hot Spring Poring, Ranau. Mungkin ini merupakan percutian terakhir kami di Borneo..huhu.. se...