Wednesday, 27 August 2025

Krishna Curry House dan Kokol Hill

 Hari ni, kakak ipar dah free, meeting 2 hari berturut2 di sini. En suami pula mohon cuti hari ni. Dapatla kami bawa kakak jalan-jalan area KK ni. Pukul 9.30 pagi ambil kakak di hotel tempat penginapan dia dan bawa dia cuci-cuci mata di Jamilah Jewellery. Kat KK ni ada 2 jenis kedai Jamilah Jewellery, satu yg jual perhiasan yg agak mahal tapi kualiti dia bagus dan design dia lebih cantik. Lagi satu yg murah sikit dan ada juga jual macam-macam cenderahati. Sesuai untuk bagi kawan-kawan atau saudara-mara sebagai buah tangan dari Sabah. Bagi saya terpulang la nak pilih yang mana. Cantik itu subjektif.

Lepas dah cuci-cuci mata, adalah beberapa kerongsang yang menarik minatnya untuk dibeli. Lepas pegi Jamilah Jewellery, kami lunch di Krishna Curry House di Penampang. Kedai ni halal tau dan kari dia memang sedap meletop. 

Kari kepala ikan merah


Roti canai dia lembut, tak liat

Nasi, sayur kobis goreng dan terung sambal

Sotong sambal

Kakak ipar dan en suami pilih sayur kacang panjang dan terung, adik-beradik selera sama..

Lepas lunch, kami ke Kokol hill. Nak tengok pemandangan KK dari atas bukit ni. Mulanya nak pegi Hillside Kokol, tapi hari Selasa dia tutup pula. last-last kami ke Kokol Haven Resort. Tiket masuk dia RM20 seorang, boleh redeem RM10 setiap tiket untuk makanan atau minuman kat cafe dia. So ok la, buleh kupi-kupi juga di sini. 

Banyak spot menarik untuk bergambar. Kitorang pegi hari sekolah memang seronok la bergambar, xde orang lain melainkan kami..haha.. Ada orang lain juga tapi diorang tak bergambar pun..diorang datang minum2 kopi kat situ sambil berborak.


Nampak pulau-pulau dari atas bukit ni





Dah puas bergambar, baru kami order minum petang.. ice latte, Manggo cheesetart dan chocolate cheesetart. Sangat kecoklatan cheesetartnya. Yang manggo tu ada rasa masam-masam manis, tapi tak terlalu manis. Ok ok la kemanisannya. Lepas kupi-kupi terus kami gerak ke airport untuk hantar kakak balik KL. Cuti bulan 9 nanti, kami dah booking untuk menginap kat sini. Saja nak menghabiskan baki-baki percutian di Sabah sebelum kami berpindah balik ke semenanjung nanti. Sebelum ke Kokol Hill ni, kami akan bercuti di Ranau dahulu. InsyaAllah nanti saya akan ceritakan di blog. Kena cerita untuk catatan kenangan di sini, pasti saya akan merindui semua tempat-tempat menarik di Sabah. Sebenarnya banyak saya nak cerita, terutama kisah jalan-jalan Sabah sepanjang kami menetap di sini tapi itulah semoga ada kekuatan dan kerajinan untuk menulisnya nanti. 

1 comment:

Proses tukar sekolah dari Sabah ke Semenanjung

Dua minggu lepas, masa nak jemput Adam balik bermalam, singgah pejabat sekolah dia kejap. Nak minta borang tukar sekolah. Masa tu kebetulan ...