Saturday 1 November 2014

Turki: Hari Keempat di Ephesus Part II

Lama juga entri ni duk dlm draf dan tak siap2.. skg ada masa baru boleh sambung balik.. dah setahun berlalu pun.. cerita dah basi...kiki..
Ni sambungan part I ye..
Selepas makan, kitorang melawat ke kilang karpet. Kalau ke Turki memang tak sah kalau tak ke kilang karpet.. Kebanyakan karpet yang berkualiti tinggi memang berasal dari Turki..  Tapi harganya memang kerat leher la.. haha... nak2 karpet yg diperbuat dr sutera.. teksturnya lebih lembut dan best dipijak..

Diorang buat dengan tangan je. 
Nah.. tengok dekat2..

First time tengok ulat sutera depan mata..
Lepas tu, kitorang melawat masjid yang tertua di Turki, yang telah dibina pada tahun 1375M. Lama tu.. 
 Bahagian dalam masjid

Bahagian luar masjid.. memang binaan lama..

Setelah habis melawat masjid, kitorang meneruskan perjalanan ke hotel tempat kitorang menginap untuk satu malam.. nama tempat ni Kusadasi.. area tepi pantai.. di lereng2 bukit, banyak sangat rumah atau hotel..jalan dah la berbukit... naik semput jugak nak mendaki.. kene tolak stroller lagi.. kalau nak ke kedai kene turun bukit yang menjunam, pastu jalan sikit, baru jumpa macam pekan yang banyak sikit kedai2 dan restoran2..
Petang tu,kira nak dekat maghrib tu kitorang jalan2 di sekitar pekan untuk cuci2 mata.. pastu makan malam di hotel..dan merehatkan diri setelah penat seharian berjalan..
Ok, selesai untuk hari ini..
Moh kita layan gambar..
So far, okla bilik ni.. tidur utk satu malam je pun..esoknya balik ke Istanbul semula.. cuma yang tak bestnya ialah air paip dia, rasa mcm air laut..xbest bila gosok gigi nk kumur2..

Pemandangan dari sliding door hotel.. ada balkoni.
Memang sangat berbukit..
 Macam padat je tempat ni..sbb byk sgt rumah2 bertingkek2..
 Pemandangan menghadap laut..
Pemandangan ketika sunset..byk syaitan berkeliaran ni..haha..tp nk jalan juga.. kawasan ni tepi laut, seafood dia segar..

Design kedai2 kat sini cantik jugak..

Lanskap dia pun boleh tahan juga..

dinner di hotel saja sbb dh include dlm pakej..
Syoknya dpt mkn anggur ni..

Ok, sekian utk hari ini.. 

No comments:

Post a Comment

Hobi bertukar side income

  Assalamualaikum.. Sejak berhenti kerja 7 tahun yang lalu, aku mmg tak bekerja dan hanya menumpukan sepenuh perhatian pada anak-anak, suami...