Awal pagi, selepas breakfast, dari stesen underground Marble Arch kami menuju ke stesen London Bridge. Tak ingat ada tukar line ke tak tengah2 tu, kalau ada pun kat stesen Bond Street. Lepas tu jalan kaki sikit untuk ke Borough Market. Lebih kurang pukul 9.30am kami dah sampai kat market tu. Kira awal juga tu kami sampai. Tak ramai lagi pengunjung. Waktu tu penjual-penjual baru nak buka gerai.
Sapa nak edible insect lollipops? 😅
Nak tunjuk gambar ni kat Arissa, nak tak ibu beli lolipop serangga utk dia..haha..tergelak2 dia sambil buat muka nk muntah bila tunjuk gambar ni..
Comel-comel sangat saiz kelapa dan tebu dia.. halah..halah..
Antara makanan-makanan yang dijual di sini.. banyak tangkap gambar tau, sebab geram tengok susunan dia..cara dia present hasil jualan sgt kemas dan menarik.
Kami tak beli pun roti ni, suka ambil gambar.. lagipun perut masih kenyang lagi sarapan pagi tadi
Banyaknya roti..
Ni kedai jual serbuk teh. Macam-macam jenis teh ada..
Segar-segar betul ceri ni. Merah berkilat.
Kami beli sikit ceri ni, beberapa gram je untuk rasa-rasa, geram sangat menengoknya.
Peach
Pelbagai jenis jus buah-buahan kat sini, kami tak beli pun..tangkap gambar je 😂
Tengok dalam Youtube pendek Khairul Aming dan Youtube Elyana Shaheera duk makan strawberi celup coklat ni, macam menarik untuk dicuba.. Strawberi dia besar-besar betul..
Harganya 8 pound, kalau tak celup coklat harganya 7.5 pound
Besar dan manis..
Macam-macam jenis cendawan, ada yang tak pernah lihat pun..
Sedapnya cendawan ni, kalau saute dengan bawang holland letak garam dan pepper sikit dah sedap dah ni, makan dengan scramble egg..yummy
Susunan dia mengancam betul kan..
Cantiknya susunan dia..
Seperti biasa, buah tropika mahal sangat kat sini, kebanyakan buah-buahan dari asia datangnya dari Thailand..
Gerai yang ni buah dia macam murah sikit berbanding kat gerai ceri yang tadi, kat sini kami beli blackberry, raspberry dan blueberry masing-masing 1 punnet kira macam 1 bekas tu la.
Ni pun tak beli juga..hihi
Cheese pun ada macam-macam jenis
Agak popular juga ni, ramai giler orang beratur..lebih kurang macam nasi goreng tapi takde la rasa macam nasi goreng kat Malaysia. Ada juga jumpa orang Malaysia kat sini, diorang dah rasa, katanya so-so je la..so, kitorang pun xbeli..tengok pun dah cukup..hihi..
Kalau ada yang suka makan tiram mentah, silakan try.. tapi saya tak gemar.. takut sakit perut..
Seterusnya bahagian gerai makanan pulak, kena tengok2 juga ada yang halal, ada yang tak halal. Tanya la diorang kalau nk confirmation.
Kat bahagian ni boleh duduk makan-makan.
Humble Crumble
Pasar sebelah sana tu saya letak satu entri lain, nama pasar tu Green Market. Dia dalam Borough Market juga.. Banyak naw gambarnya..Harap tak bosan la cuci mata ye.
Seronok dapat masuk pasar gini. Jamu mata tengok macam-macam jualan. Geram rasa nak beli buah-buahan tu.
ReplyDelete