Pemilihan sekolah Aqlan dan Arissa untuk tahun depan pada mulanya aku tak pasti nak masukkan diorang ni sama ada ke sekolah lama Aqlan semasa tahun 1 dahulu iaitu Sekolah Abim Sg Ramal atau Sek Al-Amin Cheras Selatan atau Sriti Bandar Tun Hussein Onn atau pun sekolah rendah biasa. Masa aku belum dapat info alumni Sekolah Abim tahun lepas dapat sekolah mana selepas tamat tahun 6, aku mcm nak masukkan diorg kat Sek Al-Amin Cheras Selatan. Sebab kawan aku cikgu di situ dia cakap ex-student dia ada dapat Superb, sama sekolah dengan Aqil. Abang dia pun sama dapat Superb.
Bila aku dapat info dari kawan aku yg anaknya sekelas dgn Aqil masa Aqil kat Abim dulu, ramai antara diorang yang dapat MRSM, SBP, SMKA, SMKA TMUA, SAM, SMA dan lain-lain. Kira hebat2 la diorang punya pencapaian ni. Jadinya setelah berbincang dengan encik suami, maka..kami memutuskan untuk memasukkan Aqlan dan Arissa ke Sekolah Abim. Tambahan pula yuran Sekolah Abim lebih kurang RM400 lebih ikut tahap. Kalau Sekolah Al-Amin Cheras Selatan, yuran bulanan dia je dah RM652. Ni belum termasuk yuran pendaftaran dan yuran tahunan. Kena rujuk sekolah untuk maklumat lanjut.
Manakala Sriti Bandar Tun Hussein Onn pula aku tak dpt maklumat, kawan yg hantar anaknya di situ tak reply2 pula wassap dan message. So, aku tolak tepilah pilihan ni. Pilihan terakhir adalah sekolah kebangsaan, tapi itulah kalau boleh nak persekitaran yang islamik. Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan oleh Allah. Adam selalu cerita pasal bestnya sekolah ni sebab kat kantin dia jual macam-macam makanan, rambang mata nak memilihnya..dulu sempatla dia merasa 5 tahun kat sana. Aqlan sempat setahun itu pun tak berapa menikmatinya sebab melalui zaman covid di mana kelas banyak dibuat secara online di rumah.
Pagi tadi aku call pejabat sekolah Abim, nak tanya permohonan untuk kemasukan tahun depan ada kekosongan tak.. dia cakap tunggu bulan 10 nanti, sekarang tengah uruskan permohonan untuk tahun 1 tahun depan. Kalau dia call, maknanya ada kekosongan, kalau tak call xde la maksudnya. Harap-harap adalah nanti. Semoga dipermudahkanlah segalanya.
No comments:
Post a Comment