2 Jun 2025 (Isnin)
Pukul 9 lebih kami dah sampai di Taman Tumbina Bintulu. Taman ni aku rasa la tum tu untuk tumbuhan dan bina tu untuk binatang. Secara keseluruhannya boleh la, haiwan-haiwan yang ada kat situ macam kera/monyet dan beruang (sun bear) dia kurus la, macam tak cukup makan. Kesian pula melihatnya. Waktu kami datang tu tiada dikenakan bayaran sebab ada bahagian yang sedang dalam penyelenggaraan. Tapi haiwan lain seperti burung ok la.
Tia si burung hantu
Sun bearnya terlalu jauh, tak berapa nampak dengan mataku yang rabun, cuma nampak dia berulang alik kiri ke kanan dengan cepat, tak tau la kenapa
Selepas kami melawat Taman Tumbina, kami singgah di UPM Kampus Bintulu tempat anak saudara ada belajar di situ, tapi waktu tu kan diorang tengah cuti sem, jadi tak dapat la jumpa sebab dia balik semenanjung. Bergambar depan pagar dan banner je lah.
Seterusnya kami bergerak ke Gua Niah, pada mulanya Gua Niah ni takde pun dalam perancangan untuk melawatnya tetapi masa jumpa Ustaz Hakim dan Ustaz Hasnizam, diorang kata pergilah Gua Niah, dah alang-alang sampai sini. Sekalinya diorang yang tak jadi ke Gua Niah, kami pula yang jadi pergi. Laluan untuk ke Gua Niah ni ada 2. Pertama melalui jalan ladang kelapa sawit yang berakhir di Rumah Libau. Yang kedua dari pekan Niah ke Tanjung Belipat sebelum menyeberangi Sungai Niah ke Pangkalan Lobang dan berjalan kaki ke tapak melalui laluan pejalan kaki khas yang dibina.
Sebenarnya saya terkeliru juga nak melalui jalan yang mana satu, tapi google maps menunjukkan laluan kelapa sawit. Jadi saya follow je lah. Sebenarnya saya tak sangka la pulak yang jalannya agak mencabar, mula2 batu2 dia kecil je, bila dah lama2 tu makin lama makin besar pulak batunya. Risau juga takut tayar kereta tersangkut je, nak-nak masa nak naik bukit, kitorang bukan naik 4WD pun. Perjalanan 8-9km je tapi terasa lama sangat nak sampainya. Kalau ikut google maps 27 minit, tapi kami lalu hari tu macam 40 minit lebih je. Huhu.
Masa laluan sukar tu tak tertangkap gambar pulak sebab berdebar2 bila la nak berakhir laluan ni. Laluan ni memang berakhir di kampung ni takde laluan lain, itulah jalan masuk, itu juga lah jalan keluar. Ingat boleh la ikut laluan lain sebab rasa insaf pulak dengan jalannya.
Google maps stop kat kampung ni. Laluan seterusnya kami terpaksa tanya budak-budak kat situ sebab dah tersesat-sesat mencari laluan ke arah Gua Niah. Terdapat juga beberapa pengunjung lain yang tercari-cari laluan yang betul juga. Memang agak keliru juga sebab tiada petunjuk arah jalan.
Laluan ni sangatla panjang, mula-mula nak masuk kawasan yang berpokok tu kan, aku ada terbau, mcm hancing sangat. Tapi sebab kawasan hutan kan, jadi diam-diam je lah. Masa nak balik, bila lalu kat situ lagi masih ada lagi bau tu. Di penghujung laluan khas pejalan kaki tu, ada beberapa gerai jualan minuman, makanan ringan, tandas dan cenderamata. Salah seorang penjual di situ akan mengutip bayaran masuk ke Gua Niah. Memang kena bayar ikut per orang. Tak ingat la berapa kena bayar.
Alhamdulillah sampai juga akhirnya kami di Gua Niah, kebanyakan pengunjung mereka memakai pakaian hiking. Kitorang sahaja yang pakai baju jalan.. haha.. nampak sangat tak plan nak pergi tapi terpergi pulak.
Macam berada di planet lain pula.
First time kami ke gua, tak sangka macam tu dalam dia. Cantik sangat. Kami tak sampai pun ke gua yang lagi dalam sebab Arissa dah tak larat nak jalan. Kami ada berborak dengan pengunjung lain yang dah sampai ke gua yang lagi dalam, dan kami hanya tengok gambar dari telephonenya. Dia dapat gambar yang ada sinaran cahaya matahari masuk ikut lubang-lubang gua. Cantik.
No comments:
Post a Comment