Hari ni masak sup daging, mula nak masak guna pressure cooker, tapi tak berfungsi pulak.. mungkin dah rosak sebab lama tak guna, last-last masak atas api juga. Memang lama sikitla merebusnya. Arissa suka sangat makan sup daging.
Semalam Adam call dia cakap, hari ni dia buat presentation PBL peringkat sekolah.
Tadi pula Aqil call, dia cerita sekolah dia buat jamuan untuk meraikan pelajar yang dapat Principal Award, dapat makan spaghetti dan chicken chop. Aku cakap kat dia, nanti exam akhir sesi akademik buat la betul2 juga ye, mana tau rezeki dpt award lagi. Dia cakap memang dia nak cuba buat yg terbaik nanti. Semoga Aqil berjaya dengan cemerlang ye. Esok dia balik rumah nenek dia di Sentul, katanya nak video call.. rindu la tu..hehe..



No comments:
Post a Comment