Thursday, 26 November 2020

Aktiviti harian semasa PKP

Assalamualaikum... sedikit coretan aktiviti harian semasa PKPB untuk bacaan akan datang. Rutin harian aku mmg sangat2 berubah, suami bekerja dari rumah dan anak2 class online. Sebelum ni rasanya ketika suami pergi kerja dan anak-anak ke sekolah, ada byk masa untuk diri sendiri.. skg mmg xcukup masa.. terkejar2 dgn masa. 

Biasanya selepas subuh, aku relax2 jap baca wassap, tgk fb, pastu keluar rumah tengok pokok2 bunga, kalau ada yg baru berkembang, snap2 sikit guna kamera, kalau rajin la, kalau x snap guna hp je, kalau malas, simpan dlm memori kepala je..haha.. pastu siram pokok, cantas2 mana yg patut, sapu2 sikit kt garaj.. lepas tu baru sediakan sarapan.

Kalau dulu, aku selalu sediakan sarapan yang ringkas utk diorg.. skg ni nak tak nak mmg kena sediakan sarapan yang agak berat.  Lepas tu aku pantau kelas anak2, nk pastikan diorg join kelas, dan tak tgk YouTube semasa kelas.. ini mmg pantang, ada bbrp kali aku tangkap diorg tgh tgk YouTube semasa kelas.. tak pun main game dlm hp.. Adoiii.. mencabar betul ..

Paling mencabar ialah menemankan kelas online Aqlan, dah macam aku pulak yg belajar, kene duduk sebelah dia..salin nota sambil pegang rotan..nk suruh dia hadap dan duduk betul2..mmg menguji kesabaran betul.. pastu nk salin, bukan main lambat lg, dah aku pulak yg salin dlm kertas pastu kalau dia tak sempat salin, aku suruh dia salin dr nota aku...adududu...kdg tu dia mcm dh xde mood nk salin, sampai terbaring2 dah kat kerusi.. anak korg macammana ada yg mcm ni tak? stress mak nak oii... 

Time reading class lagi la nk pujuk dia ada mood nk baca tu, aduhai...mmg menyirap je.. rotan mmg dh siap sedia dh..

Habis je diorg kelas utk sesi pagi, apalagi bergegas la ke dapur utk siapkan makanan tengahari pulak, kalau time aku buat sarapan berat, ada berbaki lg, so, diorg mkn je lagi mknn tu.. Kalau aku buat sarapan yg ringkas macam roti bakar je ke, mmg nk kene settlekan makanan tghri cepat sikit, sambil tgk2 kan Aqlan, sambil masak.. Pastu nak sidai baju lagi.. Kadang2 nak mandikan Arissa, itu kalau dia tak mandi lg, kadang dia mandi awal, kadang dia mandi lewat..

Ayah diorg kadang2 tengahari nak makan salad2, so, aku sediakan la salad2, kadang2 dia mkn juga nasi.. tapi mmg sgt jarang dia mkn nasi.. lps makan tghri dan solat zohor, kelas bersambung semula.kdg2 diorg buat homework atau buku kerja yg aku belikan utkdiorg buat latihan...sampaila pukul 5 ptg.. Biasanya laki aku tak habis lg meeting dia, mmg bercakap je la dlm meeting tu, atau dia yg dgr org bercakap.. penat aku dgr.. mcmtu la kan demi mencari rezeki.. WFH ni ada juga kebaikannya, nampak depan mata..hahaha..

Petang2, biasanya aku mmg akan tengok2 pokok sekali lg, siram2 pokok, kdg2 replant balik ros jepun.. sehari kdg dpt replant 1-2 pasu je, ada bbrp lg yg aku belum replant.. kdg kalau tak sempat sangat, aku trim2 je. Seronok sebenarnya menghadap pokok2 ni, kadang2 itulah cara utk kurangkan stress, sejuk je mata melihat tumbuhan hijau.. best kalau dpt lihat tunas baru keluar, kudup baru keluar.. lagi seronok bila lihat bunga yg dah berkembang... 

Dalam pukul 6.30pm aku suruh anak2 semua mandi dan makan malam, by pukul 7 pm biasanya dah siap2 utk solat Maghrib.. Lps solat maghrib, aku akan ajar Adam dan Aqil mengaji dan suami aku tgk Aqlan mengaji dan reading sekali.. Arissa belum ajar lg dia mengaji, tunggu thn depan la.. Biasanya mengaji sampai masuk Isyak, lps solat Isyak, kami sekeluarga akan membaca Surah Al-Kahfi ayat 1-10 dan 10 ayat terakhir, Surah As-Sajadah dan Surah Al-Mulk. Lepas tu dengar tazkirah ringkas dr Youtube.. Lps dh habis tu, barulah aktiviti bebas, kdg2 tgk neftlix, kdg2 diorg terus naik tidur.. tgk keadaan.. Biasanya kalau tgk Neftlix tu hari cuti, Jumaat mlm Sabtu atau Sabtu malam Ahad..

Begitulah aktiviti harian kami.. banyak lagi yg perlu diperbaiki hari demi hari..





No comments:

Post a Comment

Hobi bertukar side income

  Assalamualaikum.. Sejak berhenti kerja 7 tahun yang lalu, aku mmg tak bekerja dan hanya menumpukan sepenuh perhatian pada anak-anak, suami...